Friday, March 10, 2006

27, February 2006

Burn amik cuti 2 hari, hari nie dan esok untuk menjaga hero2nya. Pagi nie I rasa macam tak sedap perut lak! Macam kena diarrhea... adalah 2-3x ke toilet.. lepas tu bila dah lega.. perut rasa kembunglah pulak! Rasa tak sedap badan pun ada... Aish! macam2 hal pulak hari ini. Ikutkan hati rasa macam tak larat nak p ke kelas. Tetapi bila difikirkan balik terasa rugi pulak kalau tak datang sebab hari nie Eddie akan mengajar teknik solekan untuk formal dinner dan make-up pengantin. Nak tak nak terpaksalah I kuatkan semangat untuk ke kelas hari nie.

Tepat pukul 2ptg baru I sampai di Jalinan Kasih.
Tak sempat untuk sembahyang zohor terus ajer masuk ke kelas. Kelas hari ini Eddie menerangkan bahawa teknik make-up untuk formal dinner adalah sama dengan teknik make-up untuk funky dinner. Apa yang membezakan antara make-up untuk formal dan funky adalah pilihan warna eyeshadow dan warna lipstick yang dipilih. Selalunya warna solekan untuk funky dinner akan lebih menyerlah tetapi untuk formal dinner warna solekan perlulah dipilih dari warna2 tanah seperti chocolate & kuning.

Setelah selesai menerangkan cara solekan untuk formal dinner dan memastikan semua student faham apa yang diterangkan, Eddie terus
mendemonstrasikan make-up untuk pengantin (smokey eyes). Apa yang difahamkan, make-up pengantin perlu teliti dan kemas solekannya. Iyerlah.. kan ker pengantin tu menjadi tumpuan untuk semua orang yang hadir di kendurinya. Kalau make-up pengantin comot2 mahu dek kata orang pulak nanti.. Teknik solekan untuk eyeshadow pengantin juga lain sedikit drp yang biasa kerana solekannya perlu tahan lama. Kalau tidak alamatnya cayaq laa eyeshadow tu... tak dan nak sanding, dah togel semua... hehehe... Dalam banyak2 teknik solekan, I rasa I lebih gemar solekan smokey eyes. Nampak mata kita cantik ajer... (Iyorlah tu..) Selepas habis demontrasi I terus request for a break sebab tak sembahyang zohor lagi.

Hari ni practical hanya seorang sahaja yang perlu menyolek pasangan mereka. Seperti biasa Mami telah request untuk menyolekkan I. So, I perlu menadahkan muka kali kedua untuk disolek. The result, hmmm... not bad, cantik. I puji cara Mami make-upkan I, sayangnya hari nie I tak dapat tunjukkan skill I. Tak perlah esok masih ada... iyer tak?

Lesson terakhir untuk hari ini adalah cara untuk membuat sanggul. Eddie demonstrated to one of d free hair student. Selepas tu masing2 dok practise kat partner memasing. Yang kelakarnya I berambut pendek, agak susah sikit untuk Mami buat sanggul. Namun dengan kesungguhan dan kecekalan Mami untuk belajar membuat sanggul, akhirnya berjaya juga dia menyiapkan I. Alhamdulillah... hasilnya, cuba lihat digambar. Cun tak?

p/s - soory yang, gambar x senset.

 Posted by Picasa

5 comments:

misz beauty said...

perghhhhh!!!!!!!!!cun siot mak cik cek nih.....:-p kalah mase time dier kawin dulu......;-) senang lah eija nnt ye achik...tak yah nak import mak andam jauh2...asve budget...:-p...huhuhu....oh ya.....ader org tanyer...achik blh jadi mak andam dier tak bln 5 nih....dier nak bwk achik andam dier kat johor......so..pertimbangkan n bg tau price nyer nnt eiks......chow.......

hbo said...

cik eija - bln 5 nih? hmm... dia nak package apa? nak baju sekali ker or nak make-up ajer? nie dia memang orang JB ker or kahwin kat sebelah pihak lelaki? semua nie nak kena tahu baru boleh quote the cost. anyway, thanks for d compliment. acik dah tahu sejak azali lagi.. ;D

Anonymous said...

dier nak make up je rasenyer...nnt eija tanye balik k....

Anonymous said...

wah..hasnah..u mmg dah leh jadi mak andam laaa...cantik banget!

hbo said...

thank you. tapi... sapa nie?