Wednesday, March 29, 2006


19, March 2006
Last weekend we went back to Kedah coz my MIL buat kenduri kesyukuran for Cik Kak, d one and only flower in Burn's family. She got 8A1, 1A2 and 1B4 for her SPM result. Dia inform kat I yang dia nak further study dalam bidang kedoktoran (a surgeon). Phergghh! jangan main2, nie bakal jadi doktor satu hari nanti nie. (Insyaallah)

Sebenarnya kami bercadang untuk keluar awal dari rumah memandangkan kendurinya after zohor. Tetapi apakan daya.. kami tidak dapat berbuat demikian kerana masing2 (Burn & I) mengantuk sebab x cukup tido. Mata terasa berat ajer... kalau bukan disebabkan nak balik Kedah punya pasal, I rasa pasti I n Burn akan sambung tido sampai ke pukul 10pg. Mana taknya... malam tu pukul 4.30 pagi baru kami masuk tido. Haa.. nak tahu apa yang kami buat sampai mengantuk??. Hmmm.. jangan fikir yang bukan2laa.... Kami sebenarnya mengemas rumah ditengah malam buta. Mengalihkan rak buku dari bilik kami ke bilik bawah dan mengalihkan almari dari bilik tetamu ke bilik kami. Tahu tak, nak mengalihkan rak buku dari bilik kami ke bilik bawah tu, kuuuuss semangat punyalah berat! Tak terdaya I nak mengangkatnya... tetapi terpaksa jua I gagahi sebab takkanlah nak biarkan Burn sorang yang mengangkatnya. Mahu bengkok tulang dia... kalau tulang dia bengkok siapa jugak yang susah? I jugak yang susah... betul tak?. Hmmm.. asyik macam tu ajerlah kerja I & Burn.. yang nie alih sana, yang tu alih sini.. alih2 balik semula ke tempat asal ;) tak habis2 dengan mengemas, ada ajer yang perlu diubah. Feninlah I, fenin!

Kami tiba di rumah my MIL around 1pm. Macam orang jauh ajer yang datang. Sesampai ajer dirumah, kami terus ajer makan tengahari. Aik! macam tetamu ajerlah pulak!. Segan pun ada gak dengan my in-laws, tapi nak buat macam mana... keadaan tak mengizinkan untuk kami datang awal. Selidik punya selidik, rupa2nya dia orang pun lebih kurang sama jugak macam I.. datang lewat. Yang syoknya I dengar, adik ipar I yang dok kat Jitra tu pun baru sampai jugak. Hehehehe... kesian my MIL, nak harapkan menantu pun susah. Nasib baiklah ada sorang menantu dia yang dok dekat ngan kampung tu datang dari malam semalam. Boleh jugaklah dia tolong my MIL apa2 yang patut. I feel sorry to my MIL sebab tak dapat nak merajinkan diri menolong dia menyediakan makan tengahari. Nasib baiklah my MIL ni jenis yang mudah faham dengan menantunya. Kalau tidak, takut jugak I nak balik ke kampung.

Haa.. cerita pulak pasal anak, semasa kenduri hari tu... boleh dikatakan kesemua anak2 menakan I ada aktiviti masing2. Semuanya joli sakan berpesta di tengahari bagaikan merai kejayaan depalah pulak! Sekejap lari kat sana, kejap kat sini... masuk kat bawah rumah, p kat atas batas, p kat rumah jiran.. dan macam2 lagilah. Kalau ditengokkan, depa berpeluh2 macam lumba lari bukan 100mtr lagi, mau 400mtr gamaknya. Maklumlah inilah masanya untuk depa bertemu dengan sepupu sepipit depa. Riuh rendah lah jadinya. Tak larat nak larang.. tak makan saman kesemuanya. Termasuklah anak teruna I yang sorang tu (Irsyad). Namun, sempat gak I snap satu dua gambar dia orang yang bermandi peluh dan berdaki tu. Yang depa nie pulak, pandai berposing walaupun dah berpeluh dan berdaki sakan. Haaiii.. budak2lah katakan....

Setelah majlis membaca yasin selesai, tetamu pun dah makan dan berangkat pulang, tibalah masanya untuk I memberikan hadiah sempena kejayaan cemerlang Cik Kak dalam keputusan SPMnya. I belikan Cik Kak "sling bag" brand Carlo Rino. At first I bagitau kat Burn I nak beli bag pack brand "Balenciaga" tapi bila I p tengok harga, phergghh.. nak cecah RM400 terus I tak jadi beli. Finally, I pilihlah bag brand "Carlo Rino". Harga pun boleh tahan jugak.. tapi OK laa... masih mampu lagi membelinya. Nak tahu tak? masa beli bag tu, sikit punya lamalah I kat Sunshine nak decide which one to buy for her. Mana dengan kedua2 hero I yang buat perangai... Ish! rasa tak aman nak membelinya. Nasiblah sales promoter tu faham dengan keadaan I, kalau tidak mahu dia malas nak melayan. I berharap sangat Cik Kak suka dengan pemberian hadiah tu sebab I tak pernah nengok dia memakai feminin style.
Okeylah. To Cik Kak aka Nor Hafiza bt Ismail, Congratulations on
your SPM result. May you always success in whatever you do. Cau cin cauuu....









Cik Kak beserta hadiah yang baru dimilikinya.. suka x?






Tengoklah anak dara & teruna berposing..

5 beradik sepupu sepipit, Dari kiri belakang - Hakimi, Aleya dan Syazwan

Hadapan - Alysa dan Irsyad

Cik Abang sedang mengasuh baby Farhana..

Kak Fiza sedang beri Adila mamam....

Burn jugak yang kena mengasuh Irfan.....

Saturday, March 25, 2006

14, March 2006
Hari nie I plan nak p Anjung. Saja jer nak jenjalan dan berborak dengan cik Mimie. Actually I dah plan lama nak bergebang ngan dia tetapi asyik tergendala sahaja. So today lepas amik Irsyad from school I terus p pulau. Dah planning siap2 nak makan kat Anjung saja dan I mintak tolong daripada Fizi untuk tapaukan makanan untuk I anak beranak.

I sampai di Jaring around 1.15pm kalau tak silap I. Lepas berborak sekejap dengan Cik Mimie barulah I makan tengahari. Actually I dok tunggu Fizi turun untuk bawa makanan, tapi dia tak turun2 lah pulak!. Perut I pun dah mula mengeroncong... kalau perut I dah mengeroncong, perut anak2 I lagilah... pasti berdangdut agaknya. Nasib baiklah Cik Mimie tolong "jerit" panggilkan Fizi, kalau tidak jenuhlah I dan anak2 menahan kelaparan sebab rupa2nya memang Fizi menunggu I di tingkat atas. Selepas makan I hanya sempat berborak dengan cik Mimie sekejap sahaja memandangkan Irfan dah mula boring dan panas punggung. So, nak bagi Irfan dok diam I pun bawalah dia dan abangnya berjalan2 di Sunshine. (untuk sesapa yang tak tahu Sunshine tu apa, sebenarnya Sunshine tu adalah Shopping mall). Phergh! penat jugaklah nak mengendong si Irfan walaupun tak jauh mana Sunshine tu dengan Anjung.

Sampai di Sunshine I pun apa lagi.. "Window shoppinglah" tengok mana yang murah.. mana yang cantik.. mana yang next time kalau nak shopping boleh beli. Actually, plan nak bershopping kali nie memang tak der.. TETAPI... jeng, jeng, jeng... alamak! I dah berkenan pulak dengan kasut sarung brand "Carlo Rino" yang sememangnya when I first time saw the shoes... jantung I macam nak luruh. It's so sweeeet!. Tengok pulak dengan harganya yang bagi diri I amatlah murah sebab sale 50%. Apa lagi masa tu.. mulalah hati I berbelah bagi, nak beli ker idak, perlu beli ker idak, patut beli ker idak dan macam2 lagi lah. berkali2 I round kat bahagian kasut.. tetapi tiap kali I round mesti I stop kat tempat kasut tu. Hati dah mula gelisah.. kalau tak beli rasa rugilah pulak! At last I called Burn minta nasihat.. hehehe (nak beli kasut pun minta nasihat). He said, "If you like, just buy it... bukannya tak der duit". Hmmm...... apa lagi I pun terus ajerlah beli. Tak payah nak fikir panjang lagi... hati pun terasa lega dah dapat jawaban.
Sedar x sedar dah pukul 5 lebih I masih lagi berada di Sunshine. Itu pun nasib Fizi called tanya do I need any help. Kot2lah I beli barang banyak sampai x terbawa.... bolehlah dia tolong bawakan. Tapi kisah yang sebenarnya adalah nak atau x beli kasut. Lepas tu I pun
bergegaslah balik ke Anjung sebab botol air anak I ada di sana. Nasib baiklah depa tak tutup awai Anjung tu... kalau tidak memang padan dengan muka I. Masa nak balik hujan dah mula turun renyai2. Mintak tolong pinjam payung dengan Fizi, pastu terus I balik takut jam di Penang bridge.

Dalam hati I gembira sangat sebab dapat beli kasut tu. Walaupun i tak tahu bilakah masa untuk I memakainya. Oh! ya tak lupa juga, thanks a lot to Fizi sebab belanja I anak beranak makan tengahari. Actually, I tak tahu dia nak belanja kami makan, kalau tidak mesti I soh dia belanja pizza ker.. mc d ker... hehehhe..barulah sodapp! (gurau ajer ya Fizi).

Posted by Picasa

Wednesday, March 15, 2006

28, February 2006
Hari ini adalah hari yang terakhir untuk kursus tatarias I. Terasa sedih pun ada sebab after this mungkin dah tak jumpa lagi dengan student2 yang lain. Tetapi biasalah, dah menjadi lumrah hidup... sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya.

I sampai lewat sikit ke kelas pada hari ini, agak2 dalam pukul 2.15 baru sampai sebab perlu ke Maybank Jelutong untuk mengambil released letter kereta. Hari ini Burn hantar I ke kelas kemudian dia membawa anak2nya berjalan2 ke Gurney Plaza sementara nak menunggu I habis kelas pukul 5 ptg. Sampai ajer di Jalinan Kasih, I tengok all d students tgh sibuk memilih pakaian pengantin mereka. Setelah Burn dan I sembahyang, barulah tiba giliran I untuk memilih pakaian pengantin. Huish! naik rambang biji mata I dibuatnya ketika memilih pakaian sebab boleh dikatakan kesemua koleksi pakaian pengantin di sana semuanya cantik2 belaka. Akhirnya hati I berkenan pada baju kebaya bewarna hijau epal. Setelah diukur size badan, barulah masing2 berangkat menuju ke kelas di tingkat atas.

Kelas hari ini bermula dengan teknik solekan socket eyes untuk pengantin. Solekan socket eyes ini hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai kelopak mata sahaja. Oleh itu kepada bakal2 pengantin, jika anda telah sedia maklum bahawasanya mata anda itu sepet.. janganlah sesekali nak memandai menyuruh mak andam menyolek dengan solekan socket eyes ini. Buruk rupanya nanti. Setelah selesai demonstrasi dengan solekan tersebut, kami terus make-up partner masing2. Eddie memberi kami masa selama 1 jam setiap seorang untuk menyiapkan partner kami. Menggelabah gaban jugak I apabila mendengar Eddie hanya memberi masa selama 1 jam. Namun I tak cepat melatah, bak kata orang...masih boleh lagi control cun... tak nampak menggelabahnya... hehehhe..cuma dalam hati duk.. dak.. duk.. dak.. tuhan ajer yang tahu. Kali ini I minta untuk make-upkan Mami dulu supaya selepas itu I boleh rileks dan tak berpeluh2 untuk bersiap memakai pakaian pengantin.

Apabila masing2 dah siap dimake-upkan kami terus bergegas menukar pakaian. Pakaian untuk I dan Herni (tak tahulah betul ker idak ejaan namanya) perlu dipinkan kerana almaklumlah....kami nie kan ker terlalu slim.. heheheh.. Setelah siap berpakaian pengantin barulah Eddie menunjukkan teknik memakai tudung dan juga teknik membuat sanggul kelopak (actually, I tak tahu apa nama sanggul tu, tapi disebabkan sanggul tu nampak berkelopak, so I just called it sanggul kelopak! OK tak?). Nak buat sanggul tu tgk macam senang ajer, tapi kalau nak buat sendiri tak tahulah jadi ker idak!

Hampir pukul 5.30ptg barulah kami ready untuk photo shoot dan penyerahan sijil. Apabila I turun sahaja dari kelas, I tengok Burn dah menunggu I di ruang tamu Spa Jalinan Kasih memangku Irfan yang sedang tidur sambil terisak2. Hmmm.. dalam hati kesian tengok anak I tidur dalam keadaan macam tu. Tapi nak buat macam mana? Dalam fikiran I pada masa tu cuma mahu photo shoot dan penyerahan sijil segera diselesaikan. Kami bergambar dan menerima sijil di ruang tamu Spa Jalinan Kasih. Setelah semuanya selesai.. I bergegas untuk salin pakaian, say good-bye to everyone.. and chow....

Untuk semua pekerja di Jalinan Kasih terutama sekali untuk Pn Zubaidah dan Eddie, terima kasih banyak2 di atas tunjuk ajar yang telah diberikan. I amat berpuas hati dengan ilmu yang telah dikongsi bersama. Sesungguhnya pengalaman menyertai kursus di Jalinan Kasih amat manis sekali ... Terima kasih juga kerana telah menawarkan kami untuk datang ke Jalinan Kasih pada hari sabtu dan ahad (walaupun kami telah tamat kursus!) sekiranya kami ingin mendalami teknik solekan pengantin ( jika ada pengantin yang perlu disolek pada hari tersebut). Insyaallah, jika ada masa terluang pasti I akan datang lagi....



Posted by Picasa

Sunday, March 12, 2006

Kami berdua sedang disiapkan....Wajah Mami b4 and after make-up..
Seri pengantin.. hehehehe...
Wajah yang mempersona... (Iyer ker?)

Friday, March 10, 2006

27, February 2006

Burn amik cuti 2 hari, hari nie dan esok untuk menjaga hero2nya. Pagi nie I rasa macam tak sedap perut lak! Macam kena diarrhea... adalah 2-3x ke toilet.. lepas tu bila dah lega.. perut rasa kembunglah pulak! Rasa tak sedap badan pun ada... Aish! macam2 hal pulak hari ini. Ikutkan hati rasa macam tak larat nak p ke kelas. Tetapi bila difikirkan balik terasa rugi pulak kalau tak datang sebab hari nie Eddie akan mengajar teknik solekan untuk formal dinner dan make-up pengantin. Nak tak nak terpaksalah I kuatkan semangat untuk ke kelas hari nie.

Tepat pukul 2ptg baru I sampai di Jalinan Kasih.
Tak sempat untuk sembahyang zohor terus ajer masuk ke kelas. Kelas hari ini Eddie menerangkan bahawa teknik make-up untuk formal dinner adalah sama dengan teknik make-up untuk funky dinner. Apa yang membezakan antara make-up untuk formal dan funky adalah pilihan warna eyeshadow dan warna lipstick yang dipilih. Selalunya warna solekan untuk funky dinner akan lebih menyerlah tetapi untuk formal dinner warna solekan perlulah dipilih dari warna2 tanah seperti chocolate & kuning.

Setelah selesai menerangkan cara solekan untuk formal dinner dan memastikan semua student faham apa yang diterangkan, Eddie terus
mendemonstrasikan make-up untuk pengantin (smokey eyes). Apa yang difahamkan, make-up pengantin perlu teliti dan kemas solekannya. Iyerlah.. kan ker pengantin tu menjadi tumpuan untuk semua orang yang hadir di kendurinya. Kalau make-up pengantin comot2 mahu dek kata orang pulak nanti.. Teknik solekan untuk eyeshadow pengantin juga lain sedikit drp yang biasa kerana solekannya perlu tahan lama. Kalau tidak alamatnya cayaq laa eyeshadow tu... tak dan nak sanding, dah togel semua... hehehe... Dalam banyak2 teknik solekan, I rasa I lebih gemar solekan smokey eyes. Nampak mata kita cantik ajer... (Iyorlah tu..) Selepas habis demontrasi I terus request for a break sebab tak sembahyang zohor lagi.

Hari ni practical hanya seorang sahaja yang perlu menyolek pasangan mereka. Seperti biasa Mami telah request untuk menyolekkan I. So, I perlu menadahkan muka kali kedua untuk disolek. The result, hmmm... not bad, cantik. I puji cara Mami make-upkan I, sayangnya hari nie I tak dapat tunjukkan skill I. Tak perlah esok masih ada... iyer tak?

Lesson terakhir untuk hari ini adalah cara untuk membuat sanggul. Eddie demonstrated to one of d free hair student. Selepas tu masing2 dok practise kat partner memasing. Yang kelakarnya I berambut pendek, agak susah sikit untuk Mami buat sanggul. Namun dengan kesungguhan dan kecekalan Mami untuk belajar membuat sanggul, akhirnya berjaya juga dia menyiapkan I. Alhamdulillah... hasilnya, cuba lihat digambar. Cun tak?

p/s - soory yang, gambar x senset.

 Posted by Picasa

Thursday, March 09, 2006

24, February 2006

Hari nie I p class dengan hati yang berkobar2. Apa taknya, malam semalam dah siap hafal steps mana yang patut boh dulu untuk make-up. Hari nie bolehlah I menunjukkan bakat mengandam yang terpendam dalam diri I nie... Actually yesterday I dok pujuk Burn untuk pinjamkan eye lashes dia untuk I practice boh maskara. Tapi hampeh! dia tak bagi.... hehehe.. faham ajerlah... lelaki, benda2 macam gini mana dia orang nak sporting sangat.

Masa Eddie dok habaq that we can start our today's lesson untuk make-up partner memasing, serta merta seram sejuk lak kaki tangan I. Al-maklumlah bukan biasa dok pengang muka orang untuk make-up. Nasiblah my partner, I called her "Mami" dok habaq that she wants to make-up muka I dulu.. so, bolehlah I rileks sat dan hilangkan rasa gementar. Hanya tadahkan muka.... dan biaq Mami yang kerjakan... Bila tiba giliran I, tetiba confident tu datang dengan sendirinya... mungkin sebab I terfikir, kalau orang lain boleh buat (walaupun tak seprofesional Eddie or whoever yg dah pro) dan boleh nampak menarik sentuhannya, mengapa pulak I tak boleh? Comot sikit2 tu biasalah.. nama pun orang yang baru belajar. Iyer tak?? Hmmm... yang penting.. kita ingat steps yang diajar.. dan yakin pada diri sendiri untuk melakukannya. Pasti boleh!!..
Posted by Picasa

Wednesday, March 08, 2006

23, February 2006

Hari nie terasa kelam kabut sikit. P and amik irsyad frm school dan nak menyiapkan kerja2 rumah sebelum I p ke kelas. Burn pulak balik lambat sikit sebab ada hal di office. Dekat pukul 1.00 tgh hari baru I bertolak ke kelas. Plan nak tumpang sembahyang kat Anjung Jaring, tetapi memandangkan kesuntukan masa... I terus p Jalinan Kasih dan tumpang sembahyang di sana. Alhamdulillah... nasib ada tempat untuk sembahyang... risau gak I takut2 tak der tempat di sana. Kelas hari ini bermula pada pukul 2.30 ptg. 30 min lewat daripada masa yang dijadualkan. After all d student introducing their names, the 'sifu' (Professional Make-up Artist) called Eddie starts d class by explaining the basic tools and d steps for make-up. He also demonstrate on how to do make-up for "funky" dinner. Overall, today class is OK. Just a lot of notes to be taken since today is d first day and most of us are unfamiliar with d steps. Hmmm... now only i realised, it's not easy to become a make-up artist. Nampak ajer senang dok conteng sana, conteng sini muka orang... tapi berjam jugaklah nak menyiapkannya. Tomorrow will be the best parts coz we're going to practise make-up on our partner face. Hmmm.. masa tu barulah tahu jadi tepung gomak ker idak!  Posted by Picasa

Tuesday, 20th February 2006.

Tanggal 20hb February 2000 adalah tarikh keramat dalam hidup I kerana pada tarikh inilah I telah sah dinobatkan sebagai seorang isteri dan menjadi hak milik mutlak kepada suami I yang tercinta Abu Bakar b. Ismail. Kini, pejam celik pejam celik sudah genap enam tahun kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah...banyak pengalaman yang telah dipelajari selama 6 tahun menjadi seorang isteri. Kalau dulu tak reti masak, sekarang dah pandai.. (aik! isi bakul angkat sendiri lak!), kalau dulu tak reti jaga anak, sekarang dah tahu... kalau dulu tak berapa kenal dengan hati budi memasing, sekarang dah makin kenal dah... pendek kata apa yang kita tak tahu sebelum tu, semuanya akan menjadi tahu apabila kita berkahwin. I bersyukur selama 6 tahun perkahwinan kami, ikatan perkahwinan kami masih lagi erat, makin mesra...apatah lagi hubungan intim, macam org yang baru kahwin lagi tu.. . Kami juga masih lagi hormat menghormati diantara satu sama lain. Selama 6 tahun ini jugalah I telah dianugerahkan dengan dua orang putera yang pada diri I merekalah segalanya dalam hidup I. Yang tembam, yang handsome, yang gendul, yang nakal.. dan segalanya yang ada pada diri mereka. Jika dulu setiap kali menyambut ulangtahun perkahwinan, pastinya I akan berdua, lepas tu bertiga dan kini berempat. Pada kali ini Burn membawa I sekeluarga makan malam di Damiral's Grill. Ikutkan bertambah meriahlah sambutan ulangtahun perkahwinan I pada kali ini. Namun apakan daya, suratan atau kebetulan kedua2 hero kami tidur ketika sampai di restaurant tersebut . Makanya hanya kami berdua yang makan malam dan meraikannya. Walaupun masing2 memangku anak seorang satu, namun ianya masih lagi romantik . I order creamy mushroom black paper steak, manakala Burn order T-bone steak. Since this is d first time we all datang untuk makan malam di sana, masing2 terjojol biji mata bagaikan tidak percaya pada harganya yang pada diri kami amatlah... berpatutan sekali. Oleh itu dengan rasa tak puas hati apa yang telah kami order (takut tak kenyang.. sbb ngk harga murah, mgkin ckit agaknya), kami pun tambah lagi satu order iaitu "LOBSTER". Boleh dikatakan semua yang diorder, semuanya sedap... tapi taklah sampai tara VS punya steak. Kami pulun sehingga licin pinggan. Overall kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Jika ada sesiapa yang ingin mencuba, silalah... tak rugi rasanya... Lagi pun harganya aaaamat berpatutan sekali. After dinner Burn bawa kami ronda2 sambil tengok lampu. I suka ronda di waktu malam di jalan yang banyak lampu. Teringat zaman masa bercinta dulu . Dalam jam 12.00mlm barulah kami pulang ke rumah. Untuk Burn suamiku yang tersayang, thanks 4 d lovely dinner. I love you sayang, I love you so much! Mmmuaah!

Posted by Picasa


Sunday, 29 January 2006

Balik hotel lega.. memasing dah kepenatan. Tapi ada satu problem lagi. Irfan tak tidoq lagi. While we get ready to sleep dia dok sibuk menyelongkar almari. Tapi nasib baik bila dah tido, dia tido dengan nyenyaknya. Hanya dua kali ajer dia kejutkan I untuk menyusu. (susu badan) The next day, awal pagi lagi selepas subuh... we went out 4 breakfast. Since dah dapat complimentary breakfast, kami makan di restaurant hotel tu ajer. The food is not bad.. sedap, especially nasi lemaknya. Irfan makan chicken porridge while Irsyad makan varities of bread. Pagi tu dengan sedapnya I minum air "pink guava" sampai 2 gelas. Nak amk mango juice takut nanti Irfan cirit-birit pulak! Lepas breakfast, kami pun bersiap untuk check-out. Our plan 4 that day p shopping sat, singgah jumpa my friend dan terus balik. On d way blk kononnya nak singgahlah kat Air Keruh Melaka. Tetapi disebabkan p shopping punyalah lama.. (padahal tak beli banyak mana punnn..) kami tiba di Air Keruh dalam pukul 5-6pm. So, plan asal cancel nak singgah di Air Keruh tetapi kami singgah di rumah my sister di Bukit Mahkota. After dinner, barulah kami balik ke rumah my mom. Mlm tu, Irfan tak boleh tido... dok nangis sakan. Pelik jugak kenapa dia dok nangis... check punya check rupanya dia kembong. Terfikir jugak tadi dia makan apa? tetapi soalan tu berpatah balik kepada diri I sendiri. I bagitau kt my mom rasanya I x der mkn apa2 yg berangin, cuma minum air jambu adalah. Haaaa.... dari situ barulah dapat tahu punca Irfan kembong tak tido malam. Malam tu I pun tak dapat tido sebab dengan I, I sekali kembong. Aduh! sikit punya sakitlah... badan2 I pun sakit. Until d next day pun tak lega lagi kembong perut dan sakit urat. Lepas nie, I serik dah nak makan/minum apa jenis jambu sekali pun. Itulah, disebabkan takut Irfan cirit-birit, last2 kembong perut pulak jadinya. Ingatkan dah setahun lebih tak per, rupanya.....Haaiii... So, peringatan kepada bakal ibu dan ibu2 yang ada anak kecik tu, janganlah makan/minum segala jenis yang berkaitan dengan jambu. Buruk Padahnya. Jambu akan mengembangkan urat2 kita. Segala jamu2 yang kita makan semasa pantang, semuanya akan dikeluarkan... itulah sebabnya urat kita kembang. Ingat tu!


Posted by Picasa

Saturday, 28 January 2006 (JB-Part 2)

After we went to Fizzie's wedding, I straight call my friend Ita to get d direction to her house. We've promised with her to pay a visit just in-cased if we come to JB. She's actually wife to Burn's friend, Jaba who's ex-Mimos. Anyhow, I knew her not through Burn but I knew her coz she's ex-Mimos too. Pada waktu tu kami tak begitu rapat, just recently after memasing dah get married barulah kami ada keep-in touch. She's among of the glamorous staff in Mimos at that time. Most of Mimosian saying that her look like "ala2 CT" gitu. Ada tak?? Mungkin ada ckit kott... We reached at her house around 4-5pm. Just imagine how long it takes for us to reach there. Padahal, it doesn't take 1 hour pun frm Fizzie's house. Maybe just b'coz of we don't know selok belok jalan di JB, makanya kami bertawaflah keliling bandar. Lucky Jaba picked us up at Petronas Bandar Uda. Kalau tidak rasanya tak kesampaianlah hajat kami untuk berjumpa mereka. Since the time is quite late, we decided to overnight di JB sahaja. Lagi pun dah alang2 berjalan jauh, rugilah kalau balik hari ajer. Iyer tak? Tapi dalam pada masa tu terfikir jugak "ada ke hotel?" sebab iyerlah dah musim2 cuti nie... risau pulak rasanya kalau semua hotel full-house. Lagi pun for sure harga bilik melambung naik . Alhamdulillah.. dengan pertolongan Jaba, we stay at M-suites with government rate lagi tu. Rasanya kalau kami p check-in sendiri, mau awai2 lagi dah kena check-out. At night, we went out for dinner with them. Since both of them are well known with d area, we just let them decide which place is nice to go. Finally, they decided to bring us to Danga Bay. The place was soooo... happening. Over here u may find an Italian Restaurant, Japanese Restaurant, and Western Restaurant & Aseana (which is more into Majmuk foods, kalau tak silap I laa..). While enjoying your dinner, you'll be entertained with the live band music. I love the environment (sambil mkn, sambil dengar music) and it's been quite a long time I didn't experienced this kind of feelings. I and Ita had a black paper steak, Burn with his lamb chop while Jaba had an Italian pizza. Irsyad and Irfan only eat French fries. After dinner we ride a train (Irsyad kata Choo..choo.. train) rounding Danga Bay area. Pherrghhh... the place was crowded with so many peoples. Yang kecik, yang besar, tua, muda.. semuanya ada. Boleh dikatakan Danga Bay are similar to Genting. It's just that the ride over here are limited not as many as Genting Theme Park. By 11.30pm we go back to hotel. Semuanya pun dah penat especially kami empat beranak sbb sehari suntuk berjalan. Di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan, "THANK YOU SO MUCH TO THE LOVELY COUPLE "JABA & ITA" FOR SPENDING THEIR VALUABLE TIME WITH US. IT'S SUCH A HAPPENING MOMENT THAT I & FAMILY WILL NEVER FORGET AND THANKS 4 D DINNER TOO. NANTI BILA NAK MAI PENANG HABAQ KAT KAMI YA..." Posted by Picasa

Tuesday, March 07, 2006

Saturday, 28 January 2006 - (JB Part 1)

Bangun seawal 6.30pagi utk solat subuh. Pherghhh.. mata sikit punya berat nak buka.. bagaikan ada batu yang diletakkan di atas kelopak mata nie, kepala pun terasa "bengal"*. Mana taknya semalam masuk tido kul 3 pagi. Lepas solat rasa macam nak sambung tido balik tapi malangnya Irfan dah bangun pulak... so tergendala rancangan untuk sambung tido semula. After breakfast masing2 terasa segar sikit so, barulah start bersiap untuk ke JB. Hari ini kami memilih warna "Merah" untuk ke majlis perkahwinan Fizzie manakala dua orang hero I tu, I persiapkan mereka dengan warna "Oren". Nampak gayanya macam kami bersungguh2 nak menyambut CNY . Lagi pun dah alang2 nak menjelang CNY nie.. apasalahnya sekali sekala kita memeriahkannya. Betul tak? Kami bertolak from my mom house ke JB around 9.30am. Estimate dalam pukul 1.30 - 2.30ptg baru sampai ke JB. Nasib baik kat dalam kad tu tulis kul 2.30pm majlis bersanding, so rasanya sempatlah nak nengok Fizzie bersanding nanti. Semasa kami tiba (around 1.45pm), pengantin sedang disiapkan oleh Pak Andam. So, I decided untuk pekena dulu nasi minyak orang JB. Siapa yang tak p kenduri Fizzie memang rugi.. this is the first time I rasa nasi minyak org JB. Memang Sedap!. Sesapa yang tak pernah cuba, pasti sangka nasi minyak tu nasi beriani.. especially orang2 belah utara termasuklah I sendiri sebab rupa dan warnanya dah memang sah2 kaler nasi beriani . Kalau bukanlah my friends yang bagitau nasi yang I makan tu adalah nasi minyak... sampai I balik Serdang dan balik ke Penang pun, I mesti ingat I makan nasi beriani. Tapi sayangnya I tak dan nak snap gambaq nasi minyak tu.. (iyerlah, dah ada anak kecik.. makan pun kena ikut turn) kalau tidak boleh jugak kita buat perbandingan antara nasi minyak org JB and nasi beriani. Tatkala pengantin lelaki tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan, diiringi pula oleh paluan kompang, majlis terasa naik seri dan kemeriahannya. Teringat kembali nostalgia ketika diri sendiri bersanding dahulu . Bagi pandangan I, kompang mempunyai auranya yang tersendiri untuk memeriahkan sesuatu majlis especially untuk majlis perkahwinan. Jika tiada paluan kompang terasa sunyi dan hambar majlis tersebut. Itu pandangan I laa.. pandangan orang lain I tak tahu. Kami hanya sempat menunggu sehingga pengantin makan beradap. Dah tak boleh tunggu lama2 lagi sebab hero2 I dah buat perangai . Kami balik pun tak sempat nak jumpa pengantin sebab nengok pengantin pun bz, Mana nak makan dan foto shooting lagi. So, di kesempatan ini I ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA FIZZIE DAN SUAMI. SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. * bengal=pening


Posted by Picasa

Friday, 27 January 2006

Cuti CNY kali nie, we decided to go back to Serdang. Rasa macam dah lama tak balik Serdang and I missed all my family members. Maklumlah among of my family members, I'm the only one yang dok berjauhan. The rest semuanya tinggal dekat-dekat ajer dengan rumah my mom. Lagi pun, kami dah plan nak pi jemputan kahwin Fizzie di JB. Ikutkan plan asal tak jadi pergi sebab dengar berita Johor dilanda banjir.. tetapi memandangkan keadaan dah terkawal, kami pun buat keputusan untuk pergi ke majlis tersebut. Semasa dok sibuk buat last minute packing sempat gak I snap satu dua gambar hero-hero I yang dok tolong sama mengemas a.k.a memunggah barang yang dah I packed. Kalau diikutkan hati, geram sungguh dengan karenah2 mereka. Yang si abang tak nak mandi.. yang si adik dok sibuk punggah barang..macam2 lagilah karenah mereka yang secara tidak langsung melambatkan kerja kita. Pecah peluh jugaklah nak menyiapkan sebab semuanya kena buat sorang2. Takut bila "Boss" balik nanti tengok tak siap pack lagi.. haru pulak jadinya. Dalam pada nak cepat bertolak ke Serdang, (takut jam lah katakan) akhirnya kami bertolak dalam pukul 6.30ptg. Bagi diri I, itu dah consider lambat tuh, tapi disebabkan nak p JB punya pasal on d next day, kami redah jua senja nan berahi balik ke Serdang.. Alhamdulillah.. highway yang menuju ke arah selatan tak jam.. (lega..) kami tiba di rumah my mom nearly 12 midnite sebab berhenti lama di R&R untuk dinner dan sembahyang. Sampai di rumah my mom, I and my sis masing2 tak ingat dunia bersembang. Ada ajer cerita yang nak dikongsi bersama. Al-maklumlah sekali-sekala berjumpa inilah masanya... lagi pun my sis yang sorang nie baru balik dari Medan, macam2lah cerita yang nak disampaikannya...tak dan nak tunggu esok untuk bersembang. Alih2 sedar tak sedar dah pukul 3 pagi kami masih belum tido, bersembang punya pasallah katakan. Sampaikan my hubby dok pesan jadi2lah bersembang.. esok nak berjalan jauh... Iyer tak iyerlah.. esok nak berjalan jauh, lupa dunia lak sekejap. Takut esok tak larat nak bukak mata pulak nanti... haaaiii... esok JB punya episode lak. Posted by Picasa

;;