Tuesday, March 07, 2006
Saturday, 28 January 2006 - (JB Part 1)
Bangun seawal 6.30pagi utk solat subuh. Pherghhh.. mata sikit punya berat nak buka.. bagaikan ada batu yang diletakkan di atas kelopak mata nie, kepala pun terasa "bengal"*. Mana taknya semalam masuk tido kul 3 pagi. Lepas solat rasa macam nak sambung tido balik tapi malangnya Irfan dah bangun pulak... so tergendala rancangan untuk sambung tido semula. After breakfast masing2 terasa segar sikit so, barulah start bersiap untuk ke JB. Hari ini kami memilih warna "Merah" untuk ke majlis perkahwinan Fizzie manakala dua orang hero I tu, I persiapkan mereka dengan warna "Oren". Nampak gayanya macam kami bersungguh2 nak menyambut CNY . Lagi pun dah alang2 nak menjelang CNY nie.. apasalahnya sekali sekala kita memeriahkannya. Betul tak? Kami bertolak from my mom house ke JB around 9.30am. Estimate dalam pukul 1.30 - 2.30ptg baru sampai ke JB. Nasib baik kat dalam kad tu tulis kul 2.30pm majlis bersanding, so rasanya sempatlah nak nengok Fizzie bersanding nanti. Semasa kami tiba (around 1.45pm), pengantin sedang disiapkan oleh Pak Andam. So, I decided untuk pekena dulu nasi minyak orang JB. Siapa yang tak p kenduri Fizzie memang rugi.. this is the first time I rasa nasi minyak org JB. Memang Sedap!. Sesapa yang tak pernah cuba, pasti sangka nasi minyak tu nasi beriani.. especially orang2 belah utara termasuklah I sendiri sebab rupa dan warnanya dah memang sah2 kaler nasi beriani . Kalau bukanlah my friends yang bagitau nasi yang I makan tu adalah nasi minyak... sampai I balik Serdang dan balik ke Penang pun, I mesti ingat I makan nasi beriani. Tapi sayangnya I tak dan nak snap gambaq nasi minyak tu.. (iyerlah, dah ada anak kecik.. makan pun kena ikut turn) kalau tidak boleh jugak kita buat perbandingan antara nasi minyak org JB and nasi beriani. Tatkala pengantin lelaki tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan, diiringi pula oleh paluan kompang, majlis terasa naik seri dan kemeriahannya. Teringat kembali nostalgia ketika diri sendiri bersanding dahulu . Bagi pandangan I, kompang mempunyai auranya yang tersendiri untuk memeriahkan sesuatu majlis especially untuk majlis perkahwinan. Jika tiada paluan kompang terasa sunyi dan hambar majlis tersebut. Itu pandangan I laa.. pandangan orang lain I tak tahu. Kami hanya sempat menunggu sehingga pengantin makan beradap. Dah tak boleh tunggu lama2 lagi sebab hero2 I dah buat perangai . Kami balik pun tak sempat nak jumpa pengantin sebab nengok pengantin pun bz, Mana nak makan dan foto shooting lagi. So, di kesempatan ini I ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA FIZZIE DAN SUAMI. SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. * bengal=pening
0 comments:
Post a Comment