Sunday, August 17, 2008


Last Tuesday (12/08/08) was Irsyad's birthday. I have a problem to download all the pict's to my computer due to full of memory. I tried to delete some of the files folder, mostly a photo's folder laa.... yet still sembab weh! geram nih! Memang geram tahap gaban punya sebab I tried a few times to upload it. Hmm... nampak gayanya nak suruh big bos upgrade computer baru nih!. Hehehhe... Finally, I found a solutions why not I download ajer kat lap top abahnya, senang citer... while downloading I still can lepak2 n surfing kat dalam bilik yang nyaman... hehehe.. tak ler sorang2 berada kat dalam bilik computer kat bawah tu. So, itulah satu2nya sebab I terlambat update Irsyad punya birthday.

We plan not to do any birthday party for him for this year (you know laa... Burn x suka sangat party2 nih!). Burn x mahu nanti ianya menjadi satu kemestian pada setiap tahun untuk anaknya. Nasihatnya, cukup sekadar celebrate bersama family terdekat itu sudah memadai. Actually, Irsyad do request to have a party for him and he already listed a few names of his friend to invite, and not only his friends but cik lah, atok, kak ija, kak wa... semuanya ada dalam list. Tapi nak buat macam mana?? kuasa veto bukan terletak di tangan I. Walaubagaimana pun, we do celebrate his birthday dalam kelompok 4 orang kami ajer. Bila ditanya Irsyad nak celebrate di mana? Jawabnya, Pizza Hut ajerlah!. Hmmm.... senang citer.... abah dia pun kata OK. So, petang tu I and Burn set a time untuk kami sekeluarga buat date at the nearest Pizza Hut! After office hours Burn terus ke Pizza, while I on that day tutup kedai lebih awal sebab nak kena siapkan 2 orang hero tu before pegi ke Pizza Hut!. I sampai 5 mins early than Burn. Staff kat Pizza Hut tu pun pelik agaknya... nie mama n abah budak2 nie.. tapi mengapa mereka datang asing2? Hmm... siapa nak jawab soalan tu yer?? heheheh.... We do enjoyed our dinner... very peaceful sebab weekdays x ramai orang makan kat sana. Cuba kalau pegi during weekend. Subhanallah! nak cakap semeja pun kena jerit.... sebab terlalu bising dan penuh dengan orang. Lepas dinner, kami terus ke Secret Recipes untuk beli cake.

Mood I masa nak beli cake tu kureng sikit sebab I dah rasa x sedap badan. Rasa macam nak demam ajer. Suruh Burn pilih cepat2 cake mana yang nak dibeli, pastu nak terus balik ajer!. Finally, atas desakan Irfan kami pun belilah Mango Delight cake. Memang I & Burn plan nak beli cake yang x pernah kami rasa. So, inilah hasilnya cake Irfan jugak yang terpilih, kalau ditanya birthday boy memang pening kepala, sebab sekejap nak cake tu sekejap nak cake ni..... x ker haru. Hehehe... nasib cake yang Irfan pilih tu sedap dan Irsyad pun suka. Kalau x sedap, buat rugi RM70 ajer semata2 beli cake tu.

Balik rumah Burn terus bagi hadiah... Irsyad dapat 2 hadiah, tapi Irfan pun dapat jugak... tapi satu jerlah. Kalau x beli untuk Irfan, kang merajuk pulak dia. Abah dia memang adil dalam bab2 bagi hadiah nie. Serupa juga bila birthday Irfan, Irsyad pun akan dapat hadiah... cumanya dia dapat satu ajerlah. Birthday boy selalunya dapat lebih sikit! Alhamdulillah, anak2 x bergaduh dan berkecil hati kerana nak berebut hadiah sebab masing2 ada habuan masing2. Bila ditanya Irsyad seronok x dapat makan Pizza Hut n dapat hadiah? Dia jawab seronok. Even masa lepas makan Pizza tu Irsyad ada bagi tahu kat abahnya, "Terima kasih abah kerana belanja Irsyad makan Pizza." Bila I dengar rasa sayu hati... sayu kerana dia tahu menghargai dan berterima kasih dengan apa yang diberikan kepadanya. Hmmm.... memang anak teruna I ni dah besar panjang......

Lepas bagi hadiah, potong cake... ngap makan sikit2, I telan panadol 2 biji dan terus masuk tido. Next day... memang I demam!.
Posted by Picasa

;;