Wednesday, March 15, 2006

28, February 2006
Hari ini adalah hari yang terakhir untuk kursus tatarias I. Terasa sedih pun ada sebab after this mungkin dah tak jumpa lagi dengan student2 yang lain. Tetapi biasalah, dah menjadi lumrah hidup... sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya.

I sampai lewat sikit ke kelas pada hari ini, agak2 dalam pukul 2.15 baru sampai sebab perlu ke Maybank Jelutong untuk mengambil released letter kereta. Hari ini Burn hantar I ke kelas kemudian dia membawa anak2nya berjalan2 ke Gurney Plaza sementara nak menunggu I habis kelas pukul 5 ptg. Sampai ajer di Jalinan Kasih, I tengok all d students tgh sibuk memilih pakaian pengantin mereka. Setelah Burn dan I sembahyang, barulah tiba giliran I untuk memilih pakaian pengantin. Huish! naik rambang biji mata I dibuatnya ketika memilih pakaian sebab boleh dikatakan kesemua koleksi pakaian pengantin di sana semuanya cantik2 belaka. Akhirnya hati I berkenan pada baju kebaya bewarna hijau epal. Setelah diukur size badan, barulah masing2 berangkat menuju ke kelas di tingkat atas.

Kelas hari ini bermula dengan teknik solekan socket eyes untuk pengantin. Solekan socket eyes ini hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai kelopak mata sahaja. Oleh itu kepada bakal2 pengantin, jika anda telah sedia maklum bahawasanya mata anda itu sepet.. janganlah sesekali nak memandai menyuruh mak andam menyolek dengan solekan socket eyes ini. Buruk rupanya nanti. Setelah selesai demonstrasi dengan solekan tersebut, kami terus make-up partner masing2. Eddie memberi kami masa selama 1 jam setiap seorang untuk menyiapkan partner kami. Menggelabah gaban jugak I apabila mendengar Eddie hanya memberi masa selama 1 jam. Namun I tak cepat melatah, bak kata orang...masih boleh lagi control cun... tak nampak menggelabahnya... hehehhe..cuma dalam hati duk.. dak.. duk.. dak.. tuhan ajer yang tahu. Kali ini I minta untuk make-upkan Mami dulu supaya selepas itu I boleh rileks dan tak berpeluh2 untuk bersiap memakai pakaian pengantin.

Apabila masing2 dah siap dimake-upkan kami terus bergegas menukar pakaian. Pakaian untuk I dan Herni (tak tahulah betul ker idak ejaan namanya) perlu dipinkan kerana almaklumlah....kami nie kan ker terlalu slim.. heheheh.. Setelah siap berpakaian pengantin barulah Eddie menunjukkan teknik memakai tudung dan juga teknik membuat sanggul kelopak (actually, I tak tahu apa nama sanggul tu, tapi disebabkan sanggul tu nampak berkelopak, so I just called it sanggul kelopak! OK tak?). Nak buat sanggul tu tgk macam senang ajer, tapi kalau nak buat sendiri tak tahulah jadi ker idak!

Hampir pukul 5.30ptg barulah kami ready untuk photo shoot dan penyerahan sijil. Apabila I turun sahaja dari kelas, I tengok Burn dah menunggu I di ruang tamu Spa Jalinan Kasih memangku Irfan yang sedang tidur sambil terisak2. Hmmm.. dalam hati kesian tengok anak I tidur dalam keadaan macam tu. Tapi nak buat macam mana? Dalam fikiran I pada masa tu cuma mahu photo shoot dan penyerahan sijil segera diselesaikan. Kami bergambar dan menerima sijil di ruang tamu Spa Jalinan Kasih. Setelah semuanya selesai.. I bergegas untuk salin pakaian, say good-bye to everyone.. and chow....

Untuk semua pekerja di Jalinan Kasih terutama sekali untuk Pn Zubaidah dan Eddie, terima kasih banyak2 di atas tunjuk ajar yang telah diberikan. I amat berpuas hati dengan ilmu yang telah dikongsi bersama. Sesungguhnya pengalaman menyertai kursus di Jalinan Kasih amat manis sekali ... Terima kasih juga kerana telah menawarkan kami untuk datang ke Jalinan Kasih pada hari sabtu dan ahad (walaupun kami telah tamat kursus!) sekiranya kami ingin mendalami teknik solekan pengantin ( jika ada pengantin yang perlu disolek pada hari tersebut). Insyaallah, jika ada masa terluang pasti I akan datang lagi....



Posted by Picasa

0 comments: