Thursday, September 28, 2006

Alhamdulillah... dah 5 hari kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Esok masuk hari yang ke 6. Harap2 bendera merah belum sampai lagi... heheheh.. sayang rasanya nak kena tinggalkan puasa. Tapi nak tak nak pun, hari "bendera merah" tu akan tiba jua... kalau tidak, mahu I jadi kelam kelibut. Mulalah apa yang dibuat semua tak kena.

Buat masa nie I sibuk dengan preparation untuk buat kusyen cover. Since kami masih menggunakan sofa yang dah banyak berjasa tu... sekali sekala perlulah ditukarkan bajunya sempena nak raya nie. Takkanlah kita ajer yang nak melawa... sofa pun nak melawa jugak. Hehehe actually, kalau nak diikutkan I bukannya mahir sangat dalam bab2 buat kusyen cover nie... pakai taram ajer... janji nampak elok cukuplah. Bakat menjahit tu sikit2 ada laa.. tapi tak ler sampai tara professional. Laa nie kain2 tu masih dalam proses mengukur dan menggunting. Tak habis2 lagi kerja I mengukur sebab asyik dikacau oleh anak teruna I yang kecik tu. Fenin kepala nak menegah dia sebab memang x makan saman. Hehehe...


Kuih tahun nie, x tentu lagi nak buat ker idak... tapi rasanya macam nak buat. Insyaallah, jika berkesempatan... mungkin nak buat kuih tart nanas dan almond london. Okeylah... till now, citer banyak2 pun x boleh... takut melalut yang bukan2, kurang pulak pahala puasa I. See ya next time. Bubye!

Saturday, September 23, 2006

Salamz semua, dikesempatan ini I sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ibadah Puasa. Semoga segala amalan yang kita lakukan di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dariNya. Dan tak lupa juga selamat merajinkan diri untuk bangun sahur.

Kepada yang tak der hal tu.. rajin2 lah p terawih yer!...

p/s- kepada Mak Pun, bawa banyak2 bersabar sebab kena chicken pox. raya nie berparutlah yer... Cik Ali pun kena chicken pox jugak... so, bolehlah p bangi dok sama dengan Mak Pun nanti x derlah virus tu merebak! Kepada Cik Yan, Tahniah sebab dapat baby baru Misya Maizurah, akak mintak maaf sebab tak dapat balik. Nampak gayanya raya nie laa.. baru dapat jumpa new baby.

Tuesday, September 05, 2006


Hellow semua... dah masuk 2 weeks I tak update my blog, dan ini juga bermakna dah masuk 2 weeks I telah pulang ke tanah air yang tercinta.. heheheh...

Sebenarnya I terlalu sibuk untuk menguruskan rumah I yang telah ditinggalkan selama 2 bulan. Banyak perkara yang perlu dibuat, mop lantai.. tukar curtain, tukar sarung kusyen, tukar cadar... semua tu kena buat. Kalau tak buat semua tu larat laa nak hidu bau habuk yang dok sentiasa berada dalam rumah.

Dalam pada kami sibuk membersih dan mengemas rumah, namun sempat juga kami pulang ke kampung - Kodiang & Serdang untuk menjenguk family yang tersangatlah kami rindui dan alhamdulillah mereka semua berada didalam keadaan sihat walafiat.

Cuti Merdeka yang lepas kami balik ke Serdang. Tak p mana2 pun on that day, sebab rasa penat sangat, tapi yang syoknya Mak Pun menyediakan nasi impit, kuah kacang dan rendang daging untuk kami yang baru balik dari negeri omputih. Hari tu memang I pulun sungguh, sampai 2 pinggan nasi dan 1 pinggan nasi impit I makan. Macam tak percaya jer I boleh makan sebanyak tu... hehehe.. makan ker melantak namanya tu?? Burn pun berselera juga.... al-maklumlah selama berada di negeri omputih kami tak dapat makan, makanan yang sedap macam nie. (Thank you so much to Mak Pun, sebab masak sodap2. It's so delicious!).

The next day (Friday) after solat Jumaat, we went to Bukit Melawati di Kuala Selangor untuk menemankan anak buah I Azwa. Bak katanya, This time assignment is about "Dark Tourism", tempat pelancongan yang terpinggir dan tidak berapa terkenal.. Oleh kerana I pun tak kemana2 pada hari tu, kami pun pergi menemani dia ke sana. Boleh dikatakan penuhlah satu kereta yang pergi semata2 untuk menemankan cik mek molek sorang tu. Yang bestnya, sepupu Azwa (my naphew) Hazwan pun ikut sekali... dialah yang jadi cameraman untuk si Azwa pada hari itu. Actually the place is not bad, I rasa perkara utama yang menjadi daya tarikan kepada pelancong yang datang ke sana selain dari tinggalan sejarah adalah monyet. So far yang I nampak ada 2 jenis monyet. Satu colour hitam dan yang lagi satu colour coklat. Monyet2 nie tak takut dengan manusia, mungkin dan biasa sebab kebanyakan pelancong yang datang ke sini gemar memberi monyet2 nie makan dari tangan mereka sendiri. Tapi kalau I, sorry ler I nak bagi... takut I dengan monyet2 tu. Nak lalu depan monyet tu pun rasa "seriau..." macam nak lalu depan mak mertua pulak... kena tunduk hormat. Hehehe.. padahal dalam hati takut gilos tu....

Dalam pukul 6 lebih baru kami semua bertolak pulang dan singgah di Muara Tanjung Harapan, Kelang untuk pekena "Seafood". Memang dari awal I dah decide untuk makan di sana sebab nearly 5 years keinginan I untuk merasa makan kat sana tak tercapai... (Kalau tak silap I masa tu I baru balik dari US - Oregon). Kali ini untuk memenuhi hajat yang tak kesampaian, Burn membuat keputusan untuk belanja kami makan di sana. The foods is not bad... tapi rasanya tak sesedap makan di Teluk Tempoyak. Apa2 pun janji hajat untuk makan disana dah termakbul. Lepas nie tak ler kempunan kalau tak p makan kat sana pun.

Hari sabtu kami p PD. Along dah booked UPM banglo kat sana, so kami anak beranak join ler sekaki untuk memeriahkan suasana. Hehehehe... I & Burn tak mandi laut pun. Hanya Burn sempat bawa Irsyad and Irfan untuk main pasir. Depa berdua pun tak mandi laut sebab Burn tak cukup tangan untuk layan karenah depa berdua sebab waktu ketika itu mamanya sedang syok p gunting rambut. Cayalah, nak gunting rambut sampai ke PD tu.... Sebenarnya bukan I sorang ajer yang gunting, Along dan Mak Itam pun gunting rambut... hehehe nasib Mak Pun dan Mak Yah tak der... kalau tidak mahu berjam2 kena tunggu giliran memasing.

Ahad kami bertolak pulang ke Penang. Kali nie kami buat record 6 jam untuk sampai ke Penang dari Serdang. Apa masalahnya??? Kami berhenti 3 kali untuk tido... satu di Tapah, satu di Bukit Gantang (paling lama tido - 1 jam) dan last sekali di Gunung Semanggul. Sesungguhnya mata kami teramatlah berat untuk meneruskan perjalanan.... oleh itu kami berhenti sebanyak 3 kali sebab merbahaya memandu di dalam keadaan mengantuk. Sebenarnya sejak balik dari US waktu kami untuk masuk tido terlalulah awal... lepas Isyak dalam kul 8 lebih dekat pukul 9.00 mesti dah masuk tido. Mata memang berat ajer time tu... Alhamdulillah, kami anak beranak selamat sampai di rumah walaupun lewat daripada yang biasa. Bak kata pepatah, "Biar lambat, asalkan selamat". Memang pecah record sungguh!
p/s- thanks to Along & Mak Itam for d hospitality kat PD. I anak beranak makan free, tidoq pun free... "Once again, thank you so much!"


Posted by Picasa

Hazwan control macho...


Mama control jelita... hehehhe


Azwa control "cool"... tapi dalam ati takut tu...


Memang gaya budak sekolah betullah....~
Posted by Picasa

Burn di hadapan rumah api...


Irsyad and atok...


Inilah dia rumah api.....


I & Irfan ......
Posted by Picasa

Burn & Irfan di View Point..


Ready... kabooommm!


Burn & heroes depan canon..


Sssstttt..... kadaboooommm!
Posted by Picasa

I, Irfan and my mom di hadapan Muzium Kota Melawati...


I and my mom...


Macam pasangan baru kahwin lak!


Bergambar bersama City di hadapan muzium..
Posted by Picasa

Burn & Irfan di hadapan Muzium Kota Melawati


Mama & Irfan ketika menunggu abah & d geng sembahyang asar...


Hmmm... sedapnya menjamu selera...


Burn masih menjamu... dan I kekenyangan....
 Posted by Picasa

;;