Wednesday, March 29, 2006


19, March 2006
Last weekend we went back to Kedah coz my MIL buat kenduri kesyukuran for Cik Kak, d one and only flower in Burn's family. She got 8A1, 1A2 and 1B4 for her SPM result. Dia inform kat I yang dia nak further study dalam bidang kedoktoran (a surgeon). Phergghh! jangan main2, nie bakal jadi doktor satu hari nanti nie. (Insyaallah)

Sebenarnya kami bercadang untuk keluar awal dari rumah memandangkan kendurinya after zohor. Tetapi apakan daya.. kami tidak dapat berbuat demikian kerana masing2 (Burn & I) mengantuk sebab x cukup tido. Mata terasa berat ajer... kalau bukan disebabkan nak balik Kedah punya pasal, I rasa pasti I n Burn akan sambung tido sampai ke pukul 10pg. Mana taknya... malam tu pukul 4.30 pagi baru kami masuk tido. Haa.. nak tahu apa yang kami buat sampai mengantuk??. Hmmm.. jangan fikir yang bukan2laa.... Kami sebenarnya mengemas rumah ditengah malam buta. Mengalihkan rak buku dari bilik kami ke bilik bawah dan mengalihkan almari dari bilik tetamu ke bilik kami. Tahu tak, nak mengalihkan rak buku dari bilik kami ke bilik bawah tu, kuuuuss semangat punyalah berat! Tak terdaya I nak mengangkatnya... tetapi terpaksa jua I gagahi sebab takkanlah nak biarkan Burn sorang yang mengangkatnya. Mahu bengkok tulang dia... kalau tulang dia bengkok siapa jugak yang susah? I jugak yang susah... betul tak?. Hmmm.. asyik macam tu ajerlah kerja I & Burn.. yang nie alih sana, yang tu alih sini.. alih2 balik semula ke tempat asal ;) tak habis2 dengan mengemas, ada ajer yang perlu diubah. Feninlah I, fenin!

Kami tiba di rumah my MIL around 1pm. Macam orang jauh ajer yang datang. Sesampai ajer dirumah, kami terus ajer makan tengahari. Aik! macam tetamu ajerlah pulak!. Segan pun ada gak dengan my in-laws, tapi nak buat macam mana... keadaan tak mengizinkan untuk kami datang awal. Selidik punya selidik, rupa2nya dia orang pun lebih kurang sama jugak macam I.. datang lewat. Yang syoknya I dengar, adik ipar I yang dok kat Jitra tu pun baru sampai jugak. Hehehehe... kesian my MIL, nak harapkan menantu pun susah. Nasib baiklah ada sorang menantu dia yang dok dekat ngan kampung tu datang dari malam semalam. Boleh jugaklah dia tolong my MIL apa2 yang patut. I feel sorry to my MIL sebab tak dapat nak merajinkan diri menolong dia menyediakan makan tengahari. Nasib baiklah my MIL ni jenis yang mudah faham dengan menantunya. Kalau tidak, takut jugak I nak balik ke kampung.

Haa.. cerita pulak pasal anak, semasa kenduri hari tu... boleh dikatakan kesemua anak2 menakan I ada aktiviti masing2. Semuanya joli sakan berpesta di tengahari bagaikan merai kejayaan depalah pulak! Sekejap lari kat sana, kejap kat sini... masuk kat bawah rumah, p kat atas batas, p kat rumah jiran.. dan macam2 lagilah. Kalau ditengokkan, depa berpeluh2 macam lumba lari bukan 100mtr lagi, mau 400mtr gamaknya. Maklumlah inilah masanya untuk depa bertemu dengan sepupu sepipit depa. Riuh rendah lah jadinya. Tak larat nak larang.. tak makan saman kesemuanya. Termasuklah anak teruna I yang sorang tu (Irsyad). Namun, sempat gak I snap satu dua gambar dia orang yang bermandi peluh dan berdaki tu. Yang depa nie pulak, pandai berposing walaupun dah berpeluh dan berdaki sakan. Haaiii.. budak2lah katakan....

Setelah majlis membaca yasin selesai, tetamu pun dah makan dan berangkat pulang, tibalah masanya untuk I memberikan hadiah sempena kejayaan cemerlang Cik Kak dalam keputusan SPMnya. I belikan Cik Kak "sling bag" brand Carlo Rino. At first I bagitau kat Burn I nak beli bag pack brand "Balenciaga" tapi bila I p tengok harga, phergghh.. nak cecah RM400 terus I tak jadi beli. Finally, I pilihlah bag brand "Carlo Rino". Harga pun boleh tahan jugak.. tapi OK laa... masih mampu lagi membelinya. Nak tahu tak? masa beli bag tu, sikit punya lamalah I kat Sunshine nak decide which one to buy for her. Mana dengan kedua2 hero I yang buat perangai... Ish! rasa tak aman nak membelinya. Nasiblah sales promoter tu faham dengan keadaan I, kalau tidak mahu dia malas nak melayan. I berharap sangat Cik Kak suka dengan pemberian hadiah tu sebab I tak pernah nengok dia memakai feminin style.
Okeylah. To Cik Kak aka Nor Hafiza bt Ismail, Congratulations on
your SPM result. May you always success in whatever you do. Cau cin cauuu....









Cik Kak beserta hadiah yang baru dimilikinya.. suka x?






2 comments:

Anonymous said...

waaaaaaaaa......mantap siot handbag tuh....ermmm....mlm td org g shopping kat One Utama....heheheeee....beli kasut brand n kaler same ngn kasut acik beli kat sunshine tuh...tapi bentuk lain ckit.....hehehheeeeee.....tp yg sedih nyer handfon ku terpakse ditangguhkan...:-( nak buek cano.....org yg nak belikan,kenalah tunggu.....so nnt balik serdang acik jgn lupe pakai kasut tuh...kite tangkap gambo pakai kasut baru same2 k.....muahahahahaaaaa:-p *misz beauty*

hbo said...

misz beauty - wah! wah! wah!.. siap shopping sakan beli kasut baru yerk!. pastu kaler & brand yang sama pulak tuh! ish! ish! ish! tak sangka sungguh famous gak kasut yang acik beli nie. wokeylah kalau acik ingat, acik akan bawa kasut acik tu balik ker serdang, pastu kita bergambo bersama yerk!