Wednesday, March 08, 2006
Tuesday, 20th February 2006.
Tanggal 20hb February 2000 adalah tarikh keramat dalam hidup I kerana pada tarikh inilah I telah sah dinobatkan sebagai seorang isteri dan menjadi hak milik mutlak kepada suami I yang tercinta Abu Bakar b. Ismail. Kini, pejam celik pejam celik sudah genap enam tahun kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah...banyak pengalaman yang telah dipelajari selama 6 tahun menjadi seorang isteri. Kalau dulu tak reti masak, sekarang dah pandai.. (aik! isi bakul angkat sendiri lak!), kalau dulu tak reti jaga anak, sekarang dah tahu... kalau dulu tak berapa kenal dengan hati budi memasing, sekarang dah makin kenal dah... pendek kata apa yang kita tak tahu sebelum tu, semuanya akan menjadi tahu apabila kita berkahwin. I bersyukur selama 6 tahun perkahwinan kami, ikatan perkahwinan kami masih lagi erat, makin mesra...apatah lagi hubungan intim, macam org yang baru kahwin lagi tu.. . Kami juga masih lagi hormat menghormati diantara satu sama lain. Selama 6 tahun ini jugalah I telah dianugerahkan dengan dua orang putera yang pada diri I merekalah segalanya dalam hidup I. Yang tembam, yang handsome, yang gendul, yang nakal.. dan segalanya yang ada pada diri mereka. Jika dulu setiap kali menyambut ulangtahun perkahwinan, pastinya I akan berdua, lepas tu bertiga dan kini berempat. Pada kali ini Burn membawa I sekeluarga makan malam di Damiral's Grill. Ikutkan bertambah meriahlah sambutan ulangtahun perkahwinan I pada kali ini. Namun apakan daya, suratan atau kebetulan kedua2 hero kami tidur ketika sampai di restaurant tersebut . Makanya hanya kami berdua yang makan malam dan meraikannya. Walaupun masing2 memangku anak seorang satu, namun ianya masih lagi romantik . I order creamy mushroom black paper steak, manakala Burn order T-bone steak. Since this is d first time we all datang untuk makan malam di sana, masing2 terjojol biji mata bagaikan tidak percaya pada harganya yang pada diri kami amatlah... berpatutan sekali. Oleh itu dengan rasa tak puas hati apa yang telah kami order (takut tak kenyang.. sbb ngk harga murah, mgkin ckit agaknya), kami pun tambah lagi satu order iaitu "LOBSTER". Boleh dikatakan semua yang diorder, semuanya sedap... tapi taklah sampai tara VS punya steak. Kami pulun sehingga licin pinggan. Overall kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Jika ada sesiapa yang ingin mencuba, silalah... tak rugi rasanya... Lagi pun harganya aaaamat berpatutan sekali. After dinner Burn bawa kami ronda2 sambil tengok lampu. I suka ronda di waktu malam di jalan yang banyak lampu. Teringat zaman masa bercinta dulu . Dalam jam 12.00mlm barulah kami pulang ke rumah. Untuk Burn suamiku yang tersayang, thanks 4 d lovely dinner. I love you sayang, I love you so much! Mmmuaah!
2 comments:
ooo aloh...awat cik burn makan gelojoh sgt tuh????!!!!!;-p sampai hati hangpa p mkn sedap tak ajak cek na...:-( neway....to both of u happy belated anniversary...:-) eija doakan acik ngn cik burn semoga kekal abadi dan bahagia hingga akhir hayat.....amin....(n + children lagik)...huahahahahahaaaaa.....-eija-
ija - thanks a lot for d wish. lagu mana nak bawa hang celebrate aciknyer anniversary? nak mai penang pun payah... comment hang pasai + children lagik tuh.. rileks2lah dulu... laaa.. nie pun acik tak menang tangan nak melayan karenah dia orang. insyaallah jika ada rezeki, adalah tu.. cuma kena tunggu masa yang sesuai ajer..
Post a Comment