Saturday, December 23, 2006
OKlah, I stop kat sini dulu. This weekend I akan balik ke Kedah (rumah my MIL) and on Christmas mungkin kami akan balik ke KL.
"Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I cant be there where you are
Theres something missing in my heart"
By - Backstreet Boys
Saturday, December 16, 2006
Today I wake-up as early as 4 o'clock in the morning to send Burn to airport coz he need to go to US. Go to US again?? Yes, he need to go to US again!. Oh! my... rasanya baru ajer kami landing kat Mesia nie, dah dia nak kena p semula. Kali nie I tak ikut... kalau ikut mau habis ongkosnya!.
Last night I really feel sad coz I knew that it'll be the last night for me to be with him. I cried sepuas hati sebelum tidur, bukan x merelakan untuk dia pergi tetapi.. biasalah dah adat, apabila berpisah walaupun hanya sementara tetap terasa kesedihannya. Burn memujuk not to cry tapi I nie, lagi dipujuk lagi sayu hati I. Lagi pun dalam hati I dok pk biarlah I menangis sepuas2nya malam tadi so kalau boleh pagi nie i tak mahu menitiskan setitik pun airmata.
So, awal pagi tadi I anak beranak berserta my mom pergi menghantar Burn ke airport. After check-in kami terus p breakfast kat Nandos. Harga breakfast, subhanallah.. mahal mengutuk.. kalau sedap x per ler jugak, ini... hmm.. pakai sumbat ajerlah. X sempat nak habis breakfast, Burn habaq yang dia nak masuk dah ke departure hall sebab takut x sempat nak solat subuh. Surau yang ada diluar, hat yang lelaki punya berkunci. After Burn bersalaman with my mom, I anak beranak temankannya sampai ke pintu departure. Waduh! inilah masanya nak bersedih2 nie. I dah dok ingatkan diri I "not to cry... not to cry..." consider about 95% terasa kekebalan I untuk menepis kesedihan tu.
Ketika bersalaman dengan Burn I masih boleh bertahan lagi untuk tidak menitiskan airmata... walaupun pada ketika itu terasa seperti ada awan gelap yang menyelubungi kelopak mata I nie. Dan ketika memeluk Burn buat kali yang terakhir sebelum berpisah, I masih OK lagi... hehehe.. (kebal x??) itu pun disebabkan ketika memeluknya, dia berbisik pada I "don't cry" TETAPI.. jeng, jeng, jeng.. haa, apa yang dah berlaku?? Apa yang dah berlaku niee???? My 95% "not to cry" tadi terus drop to 0% when Burn menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Irsyad.
Kenapa yer nak bersedih? I sedih sebab Irsyad x mahu bersalaman dengan Burn dan dia terus menangis pada I kerana dia tahu yang abahnya akan meninggalkannya untuk jangka masa yang lama. Hati mana yang boleh tahan... haaiii... nak x nak bergenang juga airmata yang I dok pertahankan. Irfan juga turut berkongsi kesedihan kerana x nak berpisah dengan abahnya. Irfan siap hulurkan tangan ke arah abahnya agar dia dibawa bersama. Tetapi alhamdulillah... lama kelamaan, reda juga kesedihan anak2 I tu.
Irsyad menangis untuk kali yang kedua ketika I berada di dalam surau untuk solat subuh. Mungkin dia teringatkan abahnya. Dia kata " I want abah mama". I pujuk dia, nanti bila abah dah habis kerja di US, we can see abah again. Adduhhh... Sedih x?? Sapa yang x sedih? Kalau ada yang tak sedih tu, I memang tabik hormat kat dia. Lagipun tatkala I menulis blog nie, bergenang air mata I bila mengimbas kembali saat2 perpisahan kami di airport. Irsyad yang baru bangun dari tidur ketika I belum sempat menyiapkan blog nie pun terus meluru pada I menangis bertanyakan abahnya. Aduhhh... Kalau begini selalu, jawabnya memang panjang laa... 1-1/2 bulan yang akan I tempohi. I hope the sadness dari anak teruna I nie will get over soonest.
To Sayang a.k.a Abah, We miss you and we love you so much! Do take care of yourself. Jangan nakal2 diperantauan ya. Bubye!
Wednesday, December 13, 2006
Wednesday, November 29, 2006
Tuesday, November 21, 2006
Malam Sabtu lepas (17/11), Burn belanja I dinner di Damiral's Grill sebab dah tahu the next day banyak benar activity yang perlu dibuat. Malam tu juga I dapat birthday gift and card from Burn n anak2. Seronok pun ada, tersentuh pun ada. Apa2 pun thank you so much to Burn and d heroes.
The next day (18/11) tengahari kami memenuhi undangan majlis perkahwinan di Recsam. Actually, I tak kenal dengan pengantin tu, I cuma kenal dengan mak menakan pengantin tu ajer, which is my BIL wife. Tapi since orang dah jemput, kami pun p laa... untuk memeriahkan majlis tersebut kononnya. Lauk kenduri memang sedap, bak kata orang, cukup rasalah.... next time kalau I nak buat kenduri boleh amik catering yang sama. Hehehhe.. Balik dari kenduri terus p Sunshine untuk belikan Irsyad "sport shoes" sebab malam nie sekolah dia mengadakan concert.
Dari Sunshine terus balik ke rumah untuk solat zohor. Takut tak sempat ajer sebab sampai di rumah pun dah nak dekat pukul 4ptg. Burn awal2 lagi dah solat zohor di surau Recsam. I x solat di sana sebab x bawak telekung. Itulah pasal... kena beringat, lain kali jangan lupa bawa telekung kalau p mana2, sbb senang nak sembahyang kat mana2 kalau rasa tak sempat nak balik ke rumah. Haaii.. macam2.
Lepas asar, kami terus bersiap untuk hantar Irsyad ke tempat concertnya. Actually the concert starts at 6.30pm but he need to be there 1 hr earlier for hair-do and costume. Lepas menghantar Irsyad, I pulang semula ke rumah untuk membawa bekalan makan Irfan. Iyerlah the concert finished at 9.30pm, mahu kelaparan si Irfan menunggu kat sana nanti. B4 6.30pm, kami sampai semula di tapak concert dan kereta dah mula memenuhi ruang padang. Tiba di sana sempat juga I menjenguk Irsyad di bilik persalinan. Fuih! terkejut I, bukan main encem lagi anak teruna I sorang nie after well grooming. Sempat jugaklah I snap photo dia n his friends b4 the concert started. Finally the concert start at 7.00pm. Biasalah time tertunda tu memang menjadi lumrah dah... Seronok tengok budak2 buat concert, terpegun, lucu semuanya ada... namun apa yang penting, giliran anak I untuk buat persembahan. X sabar dan risau pun ada... Risau takut2 dia melalak pulak apabila tengok ramai orang kat depan stage tu. Apa2 pun alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Overall performance dia ok. Timing lari sikit2 among all the dancers tu biasalah.. nama pun budak2. Iyer tak? I think this is the best besday gift ever from Irsyad to me.
Wednesday, November 15, 2006
I'm still facing a problem with my blog after switching it to beta mode and the worse thing is, I can't switch back to the old blogger version. I can only switch back to my classic template ( the template that I used before) which didn't solved my problem at all. Hampeh! and frustrated sungguh!
I've got no problem to create an article and post it. But the problem is I couldn't view my blog. What happened nie.. Aduhaiii... masalah betullah. Anyone who can view and read my blog, I really appreciate if you could leave a comment. Dah biul kepala I nie nak cari punca masalahnya.
Oh! ya, nak bagitau...I just had a minor injured on my shoulder. Tak tau macam mana boleh terjadinya perkara nie that makes my shoulder bone and collar bone dislocated. Already seen an Orthopeadic specialist at Pantai Mutiara yesterday. Nothing serious, tapi kena be carefull not lift any heavy item. Hopefully lagi 5 days dah OK kot!
Tuesday, November 14, 2006
Still under progress, trying to find what is the problem with my blog after switching it to blogger beta. Haaii... have to be patient!
Monday, November 13, 2006
Switching the basic blogger to a beta mode. ok ke or ko?
Friday, November 10, 2006
Last Sunday a friends of mine Fizi (my ex-colleague) and Ina (my neighbour) came to my house for raya. I prepared a simple menu for them a nasi impit, ketupat pulut with kuah kacang and rendang ayam. Actually, I do invite a few friends of mine but unfortunately they couldn't come due to some personal matters.
Here, I want to share with you guys a photo of a beautiful, sweet little baby girl who came to my house on that day. I geram ya amat with her, but still can control myself to not "gomoi" her. Bilalah agaknya I boleh dapat baby girl macam nie yer. I wish I could have a cute little baby girl like her (one day..) insyallah jika ada rezeki, itu pun kalau termasuk dalam my family planlah.. coz laa nie my hubby dok habaq "stop" dah. hehhehe. Apa2 pun semua tu terpulang kepada rezeki masing2. Iyer tak? Bye...
Tuesday, November 07, 2006
Salamz semua... Tup..tap..tup..tap.. sekejap ajer bulan ramadan telah berlalu. Sekarang nie pun dah masuk 2 minggu kita berhari raya... baru sekarang nie I nak update my blog. I masa bulan posa dulu memang bz sungguh! tak menang tangan nak buat semua kerja. Itu nak buat.. ini pun nak buat... habis tu, yang tak terbuat2 is to update my blog ler. Apa2 pun, I rasa masih belum terlewat lagi untuk I mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun dan Maaf jua dipinta jika terdapat salah dan silap".
This year is my turn to celebrate hari raya at my hometown. Mana lagi kalau bukan di Serdang. I rasa seronok sungguh beraya pada tahun nie.. Iyerlah, dapat beraya dengan mak sendiri dan berjumpa dengan adik beradik... siapa yang tak seronok? betul tak? Alhamdulillah.. raya pada tahun ini, I sempat untuk berjumpa dan bermaafan dengan mereka walaupun pada sebelum hari raya sebab ada setengah daripada my sis & bro menyambut hari raya di sebelah mertua mereka. Bukan senang I adik beradik dapat berjumpa, sebab memasing sibuk dengan keluarga dan tanggung jawab masing2. Apatah lagi bagi diri I yang dok jauh dari mak dan adik beradik, rasa macam terpinggir ajer. Isk! isk! isk! sedey la pulak!
3rd day raya, b4 pulang berhari raya di sebelah mertua I di Kodiang... I singgah dulu berhari raya di rumah Along I. Hari tu Along menyediakan makan tengahari untuk kami yang bertandang ke rumahnya. Walaupun masakan yang Along sediakan tu simple, namun sodappp! itu yang paling penting tu. Oh! ya, dan satu lagi kuih2 raya kat rumah Along semuanya sedap2 belaka walaupun kesemua kuih tu adalah "kuih tunjuk". Jangan mare yer Long. Tapi memang betul pun, semua kuih2 raya kat rumah Along sedap laaa... pandai Along beli.
Berhari raya di sebelah mertua I di Kodiang terasa sunyi ajer. Mungkin sebab dah 3rd raya, masing2 (my BIL & SIL) dok pakat balik coz some of them dah start bekerja. Makanya, I anak beranak ajerlah yang tinggal di rumah my MIL. Kalau dulu each time hari raya rumah my MIL hingaq dengan suara cucu2nya, tapi kali nie 3rd day raya dah terasa sunyi sepi. Irsyad pun main bunga api bertemankan abahnya. Tapi kalau u all tengok, yang lebih2 main bunga api bukannya si Irsyad, tapi abahnya. ;D
Oklah, I stop kat sini dulu. Kepada sesiapa yang nak datang beraya ke rumah I, kedatangan anda dialu-alukan. Tapi call ler I dulu sebelum datang yer! Wokeh! Cau Cin CAuuuuu.....
p/s- To Along, thanks for the gift. Cantik kain yang Along bagi tu. Semoga allah melimpahkan rezeki yang berganda kepada Along sekeluarga. Aaaminn..!
Thursday, September 28, 2006
Alhamdulillah... dah 5 hari kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Esok masuk hari yang ke 6. Harap2 bendera merah belum sampai lagi... heheheh.. sayang rasanya nak kena tinggalkan puasa. Tapi nak tak nak pun, hari "bendera merah" tu akan tiba jua... kalau tidak, mahu I jadi kelam kelibut. Mulalah apa yang dibuat semua tak kena.
Buat masa nie I sibuk dengan preparation untuk buat kusyen cover. Since kami masih menggunakan sofa yang dah banyak berjasa tu... sekali sekala perlulah ditukarkan bajunya sempena nak raya nie. Takkanlah kita ajer yang nak melawa... sofa pun nak melawa jugak. Hehehe actually, kalau nak diikutkan I bukannya mahir sangat dalam bab2 buat kusyen cover nie... pakai taram ajer... janji nampak elok cukuplah. Bakat menjahit tu sikit2 ada laa.. tapi tak ler sampai tara professional. Laa nie kain2 tu masih dalam proses mengukur dan menggunting. Tak habis2 lagi kerja I mengukur sebab asyik dikacau oleh anak teruna I yang kecik tu. Fenin kepala nak menegah dia sebab memang x makan saman. Hehehe...
Kuih tahun nie, x tentu lagi nak buat ker idak... tapi rasanya macam nak buat. Insyaallah, jika berkesempatan... mungkin nak buat kuih tart nanas dan almond london. Okeylah... till now, citer banyak2 pun x boleh... takut melalut yang bukan2, kurang pulak pahala puasa I. See ya next time. Bubye!
Saturday, September 23, 2006
Salamz semua, dikesempatan ini I sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ibadah Puasa. Semoga segala amalan yang kita lakukan di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dariNya. Dan tak lupa juga selamat merajinkan diri untuk bangun sahur.
Kepada yang tak der hal tu.. rajin2 lah p terawih yer!...
p/s- kepada Mak Pun, bawa banyak2 bersabar sebab kena chicken pox. raya nie berparutlah yer... Cik Ali pun kena chicken pox jugak... so, bolehlah p bangi dok sama dengan Mak Pun nanti x derlah virus tu merebak! Kepada Cik Yan, Tahniah sebab dapat baby baru Misya Maizurah, akak mintak maaf sebab tak dapat balik. Nampak gayanya raya nie laa.. baru dapat jumpa new baby.
Tuesday, September 05, 2006
Hellow semua... dah masuk 2 weeks I tak update my blog, dan ini juga bermakna dah masuk 2 weeks I telah pulang ke tanah air yang tercinta.. heheheh...
Sebenarnya I terlalu sibuk untuk menguruskan rumah I yang telah ditinggalkan selama 2 bulan. Banyak perkara yang perlu dibuat, mop lantai.. tukar curtain, tukar sarung kusyen, tukar cadar... semua tu kena buat. Kalau tak buat semua tu larat laa nak hidu bau habuk yang dok sentiasa berada dalam rumah.
Dalam pada kami sibuk membersih dan mengemas rumah, namun sempat juga kami pulang ke kampung - Kodiang & Serdang untuk menjenguk family yang tersangatlah kami rindui dan alhamdulillah mereka semua berada didalam keadaan sihat walafiat.
Cuti Merdeka yang lepas kami balik ke Serdang. Tak p mana2 pun on that day, sebab rasa penat sangat, tapi yang syoknya Mak Pun menyediakan nasi impit, kuah kacang dan rendang daging untuk kami yang baru balik dari negeri omputih. Hari tu memang I pulun sungguh, sampai 2 pinggan nasi dan 1 pinggan nasi impit I makan. Macam tak percaya jer I boleh makan sebanyak tu... hehehe.. makan ker melantak namanya tu?? Burn pun berselera juga.... al-maklumlah selama berada di negeri omputih kami tak dapat makan, makanan yang sedap macam nie. (Thank you so much to Mak Pun, sebab masak sodap2. It's so delicious!).
The next day (Friday) after solat Jumaat, we went to Bukit Melawati di Kuala Selangor untuk menemankan anak buah I Azwa. Bak katanya, This time assignment is about "Dark Tourism", tempat pelancongan yang terpinggir dan tidak berapa terkenal.. Oleh kerana I pun tak kemana2 pada hari tu, kami pun pergi menemani dia ke sana. Boleh dikatakan penuhlah satu kereta yang pergi semata2 untuk menemankan cik mek molek sorang tu. Yang bestnya, sepupu Azwa (my naphew) Hazwan pun ikut sekali... dialah yang jadi cameraman untuk si Azwa pada hari itu. Actually the place is not bad, I rasa perkara utama yang menjadi daya tarikan kepada pelancong yang datang ke sana selain dari tinggalan sejarah adalah monyet. So far yang I nampak ada 2 jenis monyet. Satu colour hitam dan yang lagi satu colour coklat. Monyet2 nie tak takut dengan manusia, mungkin dan biasa sebab kebanyakan pelancong yang datang ke sini gemar memberi monyet2 nie makan dari tangan mereka sendiri. Tapi kalau I, sorry ler I nak bagi... takut I dengan monyet2 tu. Nak lalu depan monyet tu pun rasa "seriau..." macam nak lalu depan mak mertua pulak... kena tunduk hormat. Hehehe.. padahal dalam hati takut gilos tu....
Dalam pukul 6 lebih baru kami semua bertolak pulang dan singgah di Muara Tanjung Harapan, Kelang untuk pekena "Seafood". Memang dari awal I dah decide untuk makan di sana sebab nearly 5 years keinginan I untuk merasa makan kat sana tak tercapai... (Kalau tak silap I masa tu I baru balik dari US - Oregon). Kali ini untuk memenuhi hajat yang tak kesampaian, Burn membuat keputusan untuk belanja kami makan di sana. The foods is not bad... tapi rasanya tak sesedap makan di Teluk Tempoyak. Apa2 pun janji hajat untuk makan disana dah termakbul. Lepas nie tak ler kempunan kalau tak p makan kat sana pun.
Hari sabtu kami p PD. Along dah booked UPM banglo kat sana, so kami anak beranak join ler sekaki untuk memeriahkan suasana. Hehehehe... I & Burn tak mandi laut pun. Hanya Burn sempat bawa Irsyad and Irfan untuk main pasir. Depa berdua pun tak mandi laut sebab Burn tak cukup tangan untuk layan karenah depa berdua sebab waktu ketika itu mamanya sedang syok p gunting rambut. Cayalah, nak gunting rambut sampai ke PD tu.... Sebenarnya bukan I sorang ajer yang gunting, Along dan Mak Itam pun gunting rambut... hehehe nasib Mak Pun dan Mak Yah tak der... kalau tidak mahu berjam2 kena tunggu giliran memasing.
Ahad kami bertolak pulang ke Penang. Kali nie kami buat record 6 jam untuk sampai ke Penang dari Serdang. Apa masalahnya??? Kami berhenti 3 kali untuk tido... satu di Tapah, satu di Bukit Gantang (paling lama tido - 1 jam) dan last sekali di Gunung Semanggul. Sesungguhnya mata kami teramatlah berat untuk meneruskan perjalanan.... oleh itu kami berhenti sebanyak 3 kali sebab merbahaya memandu di dalam keadaan mengantuk. Sebenarnya sejak balik dari US waktu kami untuk masuk tido terlalulah awal... lepas Isyak dalam kul 8 lebih dekat pukul 9.00 mesti dah masuk tido. Mata memang berat ajer time tu... Alhamdulillah, kami anak beranak selamat sampai di rumah walaupun lewat daripada yang biasa. Bak kata pepatah, "Biar lambat, asalkan selamat". Memang pecah record sungguh!