Thursday, September 28, 2006
Alhamdulillah... dah 5 hari kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Esok masuk hari yang ke 6. Harap2 bendera merah belum sampai lagi... heheheh.. sayang rasanya nak kena tinggalkan puasa. Tapi nak tak nak pun, hari "bendera merah" tu akan tiba jua... kalau tidak, mahu I jadi kelam kelibut. Mulalah apa yang dibuat semua tak kena.
Buat masa nie I sibuk dengan preparation untuk buat kusyen cover. Since kami masih menggunakan sofa yang dah banyak berjasa tu... sekali sekala perlulah ditukarkan bajunya sempena nak raya nie. Takkanlah kita ajer yang nak melawa... sofa pun nak melawa jugak. Hehehe actually, kalau nak diikutkan I bukannya mahir sangat dalam bab2 buat kusyen cover nie... pakai taram ajer... janji nampak elok cukuplah. Bakat menjahit tu sikit2 ada laa.. tapi tak ler sampai tara professional. Laa nie kain2 tu masih dalam proses mengukur dan menggunting. Tak habis2 lagi kerja I mengukur sebab asyik dikacau oleh anak teruna I yang kecik tu. Fenin kepala nak menegah dia sebab memang x makan saman. Hehehe...
Kuih tahun nie, x tentu lagi nak buat ker idak... tapi rasanya macam nak buat. Insyaallah, jika berkesempatan... mungkin nak buat kuih tart nanas dan almond london. Okeylah... till now, citer banyak2 pun x boleh... takut melalut yang bukan2, kurang pulak pahala puasa I. See ya next time. Bubye!
1 comments:
Wah...rajinnyer auntie nie..siap buat 'baju utk sofa' lagi...InsyaAllah..nanti raya kita jumpa k..lama ke auntie balik Serdang for raya?
Post a Comment