Wednesday, November 29, 2006


Salam semua.. Nak citer, last weekend I p seminar "Keusahawanan Wanita" anjuran MARA di Kompleks Budi Penyayang, Bertam. Biasalah, apabila diri ni nak berjinak2 dengan dunia perniagaan, kelengkapan diri tentang selok belok perniagaan perlulah kita ketahui.. iyer tak? Hmm.. itu pun nasiblah Burn dok sibuk suruh I p visit MARA website, kalau x I pun tak tahu wujudnya seminar nie. Yang syoknya, seminar nie free.... ianya julung2 kali diadakan demi menyahut seruan PM agar warga bumiputera berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Alhamdulillah.. dah rezeki I agaknya, hmmm.. syok juga masuk dalam seminar nie. Banyak pengetahuan yang kita tak tahu tentang bab2 untuk memulakan perniagaan dapat ditimba ketika hadir di seminar ini. Senang cerita, tak rugi dan amat berbaloi sekali kita hadir di seminar ini, dahlah penyertaan free, makanan pun disediakan (sedap2 pulak tu!), sijil penyertaan juga diberi kepada para peserta seminar dan yang paling penting... ILMU yang dikongsi bersama dengan peserta. Itu yang penting tu!


Seminar yang I p last weekend dirasmikan oleh YB Dato Hjh Jahara bt Hamid (EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti). Ramai peserta yang hadir adalah dari Wanita UMNO Pulau Pinang dan rata2 dari mereka memang telah berkecimpung dalam bidang perniagaan. Syok juga bila dapat tahu yang ada diantara mereka adalah tokeh butik, tokeh catering, tukang jahit.. dan macam2 lagilah!. Tetapi majoriti yang hadir diseminar nie adalah Warga2 Emas. Warga Perak adalah kurang dari 10 orang yang mana termasuk I sekalilah!. Warga Gangsa, mungkin ada sorang ajer kot! iaitu anak buah I Azwa. Kebetulan Azwa berada di Penang kerana bercuti, makanya I ada teman untuk menghadiri seminar ini. Hmm... nasib Azwa ada, kalau tidak mungkin I terkonteng2 pada awal pagi tu sebab masa I sampai I tengok memasing memang dah kenal diantara satu dengan yang lain. Mula2 I pelik dan tertanya2 juga... eh! dia orang nie dari persatuan mana2 ker? Cepat benar kenal & mesra... (macam Teman tapi Mesra!) Rupa2nya jangkaan I memang tidak meleset! Mereka tu semua adalah ahli Wanita UMNO Pulau Pinang. Patutlah depa kenal sesama sendiri. Dalam hati I masa tu, alhamdulillah laa.. si Azwa nie ada temankan I, kalau tidak memang terkonteng, kontiang ler jawabnya I nie. Lepas tengahari barulah I mula berkenal2an dengan peserta lain. Dan pengajaran yang I dapat dari sini, kalau kita nak mempunyai ramai kenalan, kita perlulah ramah dan ringankan mulut untuk bercakap, jangan dok harap orang nak tegur kita dulu. Kalau kita dok diam ajer, sampai habis seminar pun kita tak kan kenal dengan orang lain. Betul tak???
Hmm.. mungkin ini adalah peringkat permulaan untuk I menghadiri kursus/seminar anjuran MARA. Rasa2nya, mungkin ada banyak lagi kursus2 yang akan I hadiri. So, tunggu ajer lah!. Bubye!

2 comments:

Anonymous said...

Go Hasnah goooooooooooooo....'peluang' tak selalu datang..tp kalau dah ada..jgn lepaskannnn... u mmg talented utk jadi ushawan eanita yg berjaya!

hbo said...

Thanks Mimie for your support. Semangat macam nielah yang perlu ada pada setiap wanita.. hehehhe..