Friday, July 10, 2009

~ MINGGU KEPENATAN ~

Rasanya this whole week badan terasa penat sungguh. Rasa penat dari kenduri Misz Beauty a.k.a Ija pun belum habis lagi. Memang minggu nie adalah minggu yang memenatkan dan penuh kelesuan. Ditambah pulak dengan naiknya bendera merah yang semenjak dua menjak ni, menjadi2 betul simptom2nya. Rasa nak demam, loya semuanya ada... pelik jugak.. kenapalah jadi macam nie... ker semakin diri ini meningkat usia, semakin banyak karenah2 bila nak datang bulan? Haii.. entahlah...

Hari nie kami anak beranak akan balik ke Serdang untuk kenduri sebelah Fizi pulak. Walau apapun, rasa syukur yang teramat sangat kerana kenduri di sebelah Ija berjalan dengan lancar. Masing2 memberikan kerjasama yang terbaik untuk majlis tersebut. Alhamdulillah.... "Terima Kasih Ya Allah kerana melancarkan majlis kami". Ini semua berkat doa dari semua serta disusuli solat hajat yang dibuat oleh Along agar majlis yang diraikan ini berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.

Gambar masa Ija kahwin x der pada camera I sebab masa tu I tengah sibuk menyiapkan dia. Oleh itu kamera I hanya ada gambar sekitar kakak-kakak ku semua memakai inai. Tak aci tau... mereka semua pakai inai, I ajer yang x pakai masa tu sebab x der siapa nak menempelnya... makanya semalam dengan hati yang berkobar2, I dah pakai sendiri inai dengan bantuan suami ku yang tersayang... hahahaha.... canggih x?

Oklah banyak lagi kerja yang nak disettlekan sebelum berangkat balik ke Serdang. I coretkan cerita lain kali ya.

p/s -I tukar template baru sebab dah boring dengan yang lama. Agaknya orang yang dok jenguk blog i pun boring sebab each time jenguk mesti tak update. Sorrylah ya, actually template yang sekarang nie I x berkenan sangat, tapi x pelah untuk sementara waktu guna ajerlah yang nie sebab x der masa nak carik yang lain. Apa-apa pun, enjoy the photo!



(Along nak potong kek pun suruh orang nyanyi lagu Cik Mek Molek.. Ada ke??)


(Orang kuat dapur tengah memasak sambal tumis.. Serious jer!)


(Haa.. nielah gelagat orang yang pakai inai sedang tido.. macam Spiderman.)


(Nie lagi sorang... sanggup tido duduk sebab pakai inai)


(Cuba perhatikan.. masing2 jaga tangan sebab masa tu tengah pakai inai)


(Sibuk masukkan telur...)


(Ain.. One of the flower girl. Berbunga2 hatinya dapat pakai veil nie. Ssweett!)


3 comments:

misz beauty said...

ahaks... sangat lucu ye tengok pict2 nih.... bukan selalu nak jd cam ni kan.... ok acik, c u tonite.... ;-)

ija said...

buat lawak btol laa pict2 ni.macam2 pesen sebab nak jaga jari berinai..semua jadi pengantin ker, sorang je..hihihi

hbo said...

ija - kalau dilihatkan macam semua ajer yang nak jadi pengantin. hehehe... biasalah, inilah timenya untuk jari berinai merah.