Friday, July 17, 2009

Last weekend seperti yang telah diwar2kan, selepas solat Jumaat I sekeluarga bertolak balik ke Serdang untuk majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki (Fizi) pada hari Ahad. Keesokan harinya kami p rumah mak itam untuk berkaraoke. Hehehe.. apalagi, biasalah nak melepaskan gian.. Kalau nak suruh I menyanyi di depan khalayak ramai, pasti x berani. Ni bila dah ada abang ipar yang baru menceburkan diri dalam bidang PA System nie hmm.. apa lagi, bagai dicita ulam mendatanglah jawabnya. Melalak sakan sampai x kisah sumbang mambang. Janji hati rasa puas! Betul x? Haa.. nie nak promote sikit. Kepada sesiapa yang tercari2 PA System untuk kenduri atau sebarang majlis keramaian, sila lawati laman ini Muhamad-Akbar Entertainment. Harga boleh dirunding, jangan risau...

Alhamdulillah, majlis bertandang berjalan dengan lancar walaupun semasa rombongan pengantin perempuan ke rumah lelaki, ada kereta yang tercicir. Sapa lagi kalau x lain dan x bukan kereta I. Biasalah, karenah anak2... macam2 hal, nak terkencing lah ada2 saja. So, kenalah stop kat stesyen Petronas untuk tujuan tersebut. Nasiblah ada anak buah sebagai penunjuk arah yang naik sekali bersama dengan I. Kalau x, hmm.. for sure I anak beranak akan patah balik dan duduk ajerlah kat rumah mak. Walaupun tercicir, namun kami sempat tiba pada waktunya.. bersama dengan rombongan yang lain.

Tak banyak yang nak diceritakan disini. Tengok ajerlah gambar ya!


(Sultan Mansur Syah dan Puteri Hang Li Po)


(Makan beradap..)


(Ntah apalah yang diceritakan tu.. beriya benor..)


(Mummy & Daddy pengantin perempuan)


(Mesyuarat UMNO Adun manalah nie.. sedondon jer mukannya.. hehehhe)


(Haa... mak buyung pun ada sama..)


(Penyanyi dangdut yang tersohor di Serdang..)


(Empat beradik yang abangnya tengah moncong!)


(Mak itam dan Misya)


(Terkulat2 tiga beradik nie menunggu kek dipotong)


(Aaa.....aa. ammm... yummy!)


(Picts, taken by Irfan.. boleh tahan gak mamat kecik ni.. besar nanti boleh jadi photog)

1 comments:

misz beauty said...

eheh... nak ketawa tgk pict2 nih.... sultan mansur shah dengan hang li po ye achik??? siot tol.... yang mesyuarat adun tak bley tahan tuh... wakakakakakkkk.... dah curik pict2 nih harap maklum ye... nak tunggu pict from OP lambat sgt... =D