Tuesday, April 15, 2008

Assalamualaikum, rindu betul I nak mengomel kat my blog nih!. Iyerlah.. asyik kejap ada... kejap x der... macam biskut chips more tu. Btw, untuk pengetahuan anda semua, I baru ajer balik dari PD untuk kursus yang di atas selama 10 hari yang dianjurkan oleh MARA. Sepanjang 10 hari berada di sana, bermacam2 pengalaman i timba, mahu yang seronok atau pun tidak. Dan tidak kurang juga berbagai karenah manusia I jumpa sepanjang I berada di sana. Namun itu semua I jadikan iktibar untuk memperbaiki segala kekurangan diri I. Bak kata orang, mana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

You know what, first day I berada di PD, I dah teriak dah.... sedih teringatkan suami dan anak2 yang selama ini tak pernah I tinggalkan. Bak kata orang, makan x lalu... tidur x lenalah.... sampai my roomate kata I nie diet betul!. Masuk hari yang ketiga... barulah dapat menyesuaikan diri.... memang skema betullah I ni. Bila dah dapat sesuaikan diri, terbit pulak cerita ada "ha*tu" kat hotel tu.... Hmmm.... macam2lah! Tapi alhamdulillah.. sepanjang tempoh I berada di sana, tiada perkara2 ghaib yang berlaku pada I atau di depan mata I. I just had a bruises (macam orang selalu dok kata.. gigitan pelesit) pada peha I, tapi yang nie I rasa okey lagi. Sebab I ada dengar peserta yang nampak budak bermain di playground pada tengah2 malam di kawasan rumah kosong yang bersebelahan dengan hotel tempat I menginap tu. Tidak kurang juga, ada my classmate yang tangkap gambar, apabila transfer gambar ke lap top.. tengok2 belakangnya ada satu lagi makhluk. Eeeeee... gerun betullah! Dah lah every night kami balik kelas kul 12.00am. Mau x gabra nak balik ke bilik. Kebetulan bilik kami memang menghadap rumah banglo kosong yang ditinggalkan tu.... Aduhhh... pecah peluh bila nak balik ke bilik. Eee.. takut tau! Menurut pekerja hotel yang ditemu ramah oleh one of my housemate, memang wujud ha*tu kat hotel tu... cumanya dia x mengusik orang.... kalau dia usik pun, dia hanya usik dengan bunyi2an atau kelibat dia yang terbang. Whoaa..... ada takut x??? Hmm... memang takut! Ok.. kita tinggalkan cerita hantu tu..... kita cerita bab lainlah pulak.

Kursus yang I pergi nie... memang seronok! Mengapa I kata seronok... walaupun kelas dari pagi sampai 12am baru habis, ditambah pulak dengan cerita ha*tu... namun semua itu tidak dapat merubah pengalaman yang diberikan kepada kami ketika berada disana. Bermacam2 usahawan dan bakal usahawan dari pelbagai bidang yang I jumpa. The best thing, my facilitator is a writer you know....dengan nama penanya "Ibnu Yusoff". Kalau ada sesiapa yang pernah dengar atau baca dengan novelnya, mesti tahu siapa Ibnu Yusoff nie. Salah satu hasil tulisan beliau adalah "Permata Yang Hilang". Namun di dalam kelas I beliau lebih mesra dengan panggil "Pak Sheth". Kursus ini benar2 mengajar jati diri kita sebagai seorang usahawan di dunia dan di akhirat. Sekaya mana pun kita di dunia ini, kalau akhirat kita lupa.. maka akan rugilah kita... Ingat tu!

Hari yang paling sedih sepanjang 10 hari berada di sana adalah pada hari ke 5, hari perpisahan bersama facilitator kerana mereka akan digantikan dengan facilitator yang baru.. merujuk subjek yang baru. Setiap ungkapan doa yang dipanjatkan oleh Pak Sheth pada malam itu benar2 menyentuh hati dan perasaan. Untuk seketika dewan yang dipenuhi dengan 79 orang peserta terasa begitu hening sekali... dan pada ketika itulah hati teringatkan suami dan anak2 yang ditinggalkan.... terasa betapa kerdilnya diri ini disisi allah.... sesungguhnya kadang kala kita alpa dengan apa yang kita ada tanpa bersyukur bahawa semua yand datang itu adalah dari Allah. Tanpa keizinanNya segala2 yang kita rancang atau impikan tidak akan berjaya. Seketika kemudian keadaan dewan dipenuhi dengan isakan dan tangisan para2 usahawan. Tidak kira lelaki atau perempuan... masing2 mempunyai jiwa dan perasaan.... linangan airmata tanda kesedaran bahawa adakah cukup ilmu dan iman untuk dibawa kehadapan? Demi generasi muda yang akan datang, harus kita berdiri dan martabatkan diri sebagai usahawan yang gemilang. Gemilang bukan sahaja pada nama, tetapi kepada agama, nusa dan bangsa. Di kesempatan ini, I memohon beribu kemaafan andaikata terdapat salah silap serta terkasar bahasa kepada semua rakan sekelas I dan my housemate. Saya doakan semoga anda semua akan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Insyaallah....

Rakan2 sekelas & my housemate ...

1) Kak Ina (my roomate) 20) Rashid (Ustaz, pembaca doa & my best adik too..)
2) Adek Ira (my best adik) 21) Khamis
3) Dilla (my housemate) 22) Khairul Anwar (kembung)
4) Ina ( my housemate) 23) Ahmad Tarmizi
5) Ida (my housemate) 24) Effendy
6) Zira (my housemate) 25) Pakcik M.Jamil (CEO)
7) Kak Latifah 26) Johari
8) Kak Salamah 27) Amran
9) Hjh Nan Teh (Accountant)
10) Shamin (Secretary)
11) Jarina
12) Midah
13) Hjh Esah
14) Eny
15) Atie
16) Emmy
17) Roslina
18) Yatie
19) Cik Piah

p/s- I rindu.. rindu... rindu... u all semua. Untuk peserta SPA & Beauty.. kita jumpa 28hb nanti...


5 comments:

Anonymous said...

tak pa has.. walaupun terpaksa tinggai anak & suami di rumah.. tapi has dapat menimba ilmu untuk jadi usahawan yang berjaya.. hmmm saya dok terbayang.. mcm mana la burn dok mengasuh sorang2 kat rumah dalam 10 hari tu.. mmg suami & bapak mithali burn ni.. :))

misz beauty said...

dengar cite achik balik irsyad nangis esak2 eh... cian dier... dak tomey yg sorg lg tu ilek lak.... =D

Anonymous said...

Betui kata uncle Pijiee tuh..demi isteri terchenta..Burn 'mengasuh' 2 hero dgn dedikasi. You know what Hasnah?? I dok terbayang in d future..u ada boutique mcm SPAQ tuh?? Datin Qistina? Successful mcm dia but minta simpang laaa..isu2 lain tuh yer...tengok tak citer tuh?? Kami di sini layan kat TV3 Online..

hbo said...

fizi - timetable burn during 10days tu mmg bz tahap gaban punya... nasiblah burn tu penyabar dengan karenah anak2nya. insyaallah.. doa2kanlah saya menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

misz beauty - a'aahh..irsyad nangis.. dengan acik sekali menangis masa ambik dia kat nursery... irfan steady ajer, cuma malu2 kucing...

mummy arissa & aydin - rasa x terbalas pengorbanan dan dorongan burn pada i untuk maju dalam bidang usahawan ni... insyaallah.. doa2kan i maju dalam bidang ini ya. Ambooii.. sakan layan TV3 kat sana yerk! I kat sini pun x der peluang nak tengok SPAQ... asyik dok dengar citer dari orang ajerlah... :(

eliz said...

cute blog sis!..tersinggah plak.. nice..