Thursday, April 20, 2006

Hari ini selepas makan tengahari baru kami bertolak untuk bershopping. Selain ditemani oleh Burn & anak2 I, ada seorang lagi pengikut baru yang akan memenatkan dirinya untuk mengikut I bershopping iaitu anak buah I yang tembam membam - Ija.

Plan I hari nie nak p Puchong, Shah Alam & Sogo. My first destination is Dios Astana Bridal di Puchong. Kedai ini adalah pemborong pakaian & accessori perkahwinan. I ke sana sebab nak tempah set tanjak + sampin + bengkung. I order 3 sets iaitu hijau lumut, biru muda and orange. Selain daripada tu, I beli set accessori tiara, rantai dan anting2. Pherghh! kalau dijamu mata yang memandang, aduhai rasa macam nak beli kesemuanya... tapi bila nengok harganya, mahu ditarik balik apa yang dihajati. Walaupun barang2 accessori tu bukan emas, namun harga dia.. mak aaiii mahal jugak, sebab itulah I beli satu set ajer dulu. Insyaallah, jika ada rezeki barulah boleh ditambah collection yang sedia ada. Baju2 pengantin pun cantik2 jugak disana, cuma I saja tak beli sebab budget untuk beli baju x ada lagi. Nak buat business, kena ikut priority barang mana yang patut dibeli dahulu. Tak boleh main cekau ajer, bankrupt laa macam tu, betul tak?

Plan nak ke Shah Alam tak jadi, so kami terus ke Sogo nak cari barang2 make-up. Finally, I beli lipstick & powder brand MAC. Lama jugak I & my niece dok memilih lipstick colour apa yang sesuai.. mahu dalam 2 jam jugaklah.. hehehehe.. kesian si Ija penat dia menunggu makciknya memilih. Selepas membeli barang yang diinginkan, kami temankan Ija untuk membeli kasut ditingkat atas. Katanya nak beli sandal, bila
dah ada yang berkenan tak der size ler pulak! kesian dia... tak dapat beli apa2. Balik dengan tangan kosong ajerlah jawabnya. Tapi dia ada dapat sesuatu yang mungkin dia tidak akan dapat lupakan iaitu PENAT! hehehee....

Setelah masing2 keletihan, Irfan pun dah mula buat perangai, Burn pun dah tak larat menjaga hero2nya.. kami pun berangkat pulang... Keluar dari Sogo, nengok keadaan gelap, nak hujanlah katakan. Burn risau takut2 banjir area KL, jenuh sangkut pulak nanti. Alhamdulillah... kami selamat sampai dirumah walaupun dekat highway kenderaan semua slow moving. Yang penting, kereta tak tersangkut dalam banjir kalau tidak, habis City ku.

Di sebelah malam I sibuk pulak menyolekkan Ija sebab dia nak ke birthday party kawannya. Sambil2 tu bolehlah jugak I memahirkan diri dalam bab solek menyolek nie. Nak tahu cantik ker idak, nengok gambar ya.

Okeylah, berakhir episode citer I pada hari ini. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling memenatkan. Penaaattttttt!


Posted by Picasa

3 comments:

misz beauty said...

hahahaaaa....tau tak pe penat.....lenkali....kalo nak shopping ngn acik kene pakai kasut roda macam apek senario tuh...huhuhuuuuu:-p

hbo said...

Hahaha.. buat lawak antarabangsa pulak minah ni...

hbo said...

Hahaha.. buat lawak antarabangsa pulak minah ni...