Thursday, April 20, 2006

~ JENJALAN & REWANG ~

April 9,2005
Hari nie plan nak p beli bunga tangan kat Nilai 3. Alang2 dah ke sana, singgah rumah mak itam untuk makan tengahari. Kesian mak Itam, each time kami mai, mesti dia kena masak. Actually plan awal nak singgah kejap
ajer.. alih2 sampai ke malam pulak!. Ingatkan nak singgah kat rumah kak Yah dan rumah Along lepas balik dari rumah Mak Itam. So, plan yang awal tadi tu terpaksa dibatalkan, lagi pun dah lewat. Semasa on d way balik singgah pulak kat rumah Agi sebab dengar citer dia accident. Kami p lah jenguk sekejap kalau tidak x tahu bilalah pulak akan sampai ke rumahnya.

The next day (April 10,2006) awal2 pagi lagi dah keluar ke JPJ untuk pembatalan hak milik kereta, penat sungguh... ingatkan bolehlah settle hari tu juga.. rupanya tidak. Hmm.. mula2 kami p JPJ Wangsa Maju.. tu dia.. punyalah susah nak dapat parking. At last Burn & anak2 tunggu kat dalam keta dan I p sorang. Sampai kat pejabat JPJ, manusia punyalah ramai..
beratur sikit punya panjang... ish! ish! ish! rasa macam tak sesuai ajer or dalam istilah kata lainnya tak strategic ajer tempat dan pejabat yang disediakan. Dahlah kecik, kena beratur sikit punya panjang dari bawah
tangga lagi.. tapi akhirnya tak dapat jugak settlekan sebab tak amik borang :(. Call Burn bagitau tak dapat settle kat sini sebab orang terlalu ramai.. dia pun tension sebab kena dok pusing sebab tak der parking, at
last Burn suruh balik ajer. I suggest p kat JPJ Padang Jawa untuk settlekan, sebab rasanya mungkin kat sana tak ramai orang. Since time pun dah masuk waktu tengahari, kami p lunch dulu lepas tu singgah di Masjid
Shah Alam untuk sembahyang. Seumur hidup I, this is the first time I masuk ke dalam masjid tu. I nie nama ajer berasal dari Selangor tapi tak pernah jejak kaki pun ke dalam masjid tu. Memang cantik dan canggih, terpegun melihat keindahan masjid tu, kita sembahyang pun kusyuk ajer. Lepas sembahyang, terus p ke JPJ Padang Jawa. Hmmm.. jika dibandingkan, keadaan dia tak ubah sama ajer macam kat Wangsa Maju, parking payah nak dapat.

Seperti biasa, I p sorang2 untuk settlekan.. orang tak berapa ramai, boleh bernafaslah kiranya. Malangnya ada pulak document yang tak lengkap. Tak dapat settlekan jugak. Haaaiii.. malang sungguh hari ini, buat apa semua tak jadi.. rasa macam buang masa ajer. Tapi jika difikirkan semula, kalau tak berlaku semua ni, mungkin I tak jejakkan kaki ke Masjid Shah Alam tu. Haaa... inilah yang dikatakan ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Betul tak? Balik pun dah lewat.. rasa penat sangat. Nak p rumah Along pun tak jadi lagi. Mungkin esok jika berkesempatan sebelum bertolak balik ke Penang.

Hari Selasa (April 11,2006), awal pagi lagi Along dah datang rumah mak. Lega jugak rasa dihati sebab at least tak derlah terkocoh2 nak kerumah dia. Tapi hanya sempat jumpa Along ajer sebab Abg Din p kerja. Bak kata Along, "time over".. bukannya "over time" sebab kena datang kerja waktu public holiday hehehe.... Dalam pukul 12.00tgh gitu baru kami bertolak balik ke Penang. Tamat kisah balik ke Serdang.


Posted by Picasa

0 comments: