Friday, April 28, 2006
Friday, April 21, 2006
After dinner, we drop-by at Secret Recipes (Juru) untuk makan cake. Even though memasing dah kekenyangan, tapi bila tengok cake di Secret Recipes, serta merta macam ada ruangan yang kosong pulak di dalam perut nie...hehehhe.... Itu maknanya kami kuat makan. I makan cake Mocha.. apa ntah.. dah lupa namanya dan Burn makan Chocolate Brownies. Irsyad & Irfan share ajer makan cake kami. We take-away Lemon Cheese cake, requested by Irsyad and another 2 chocolate brownies for Burn. Hmm.. memang sedap and yummy, mummy...
Thursday, April 20, 2006
Hari nie plan nak p beli bunga tangan kat Nilai 3. Alang2 dah ke sana, singgah rumah mak itam untuk makan tengahari. Kesian mak Itam, each time kami mai, mesti dia kena masak. Actually plan awal nak singgah kejap
ajer.. alih2 sampai ke malam pulak!. Ingatkan nak singgah kat rumah kak Yah dan rumah Along lepas balik dari rumah Mak Itam. So, plan yang awal tadi tu terpaksa dibatalkan, lagi pun dah lewat. Semasa on d way balik singgah pulak kat rumah Agi sebab dengar citer dia accident. Kami p lah jenguk sekejap kalau tidak x tahu bilalah pulak akan sampai ke rumahnya.
The next day (April 10,2006) awal2 pagi lagi dah keluar ke JPJ untuk pembatalan hak milik kereta, penat sungguh... ingatkan bolehlah settle hari tu juga.. rupanya tidak. Hmm.. mula2 kami p JPJ Wangsa Maju.. tu dia.. punyalah susah nak dapat parking. At last Burn & anak2 tunggu kat dalam keta dan I p sorang. Sampai kat pejabat JPJ, manusia punyalah ramai..
beratur sikit punya panjang... ish! ish! ish! rasa macam tak sesuai ajer or dalam istilah kata lainnya tak strategic ajer tempat dan pejabat yang disediakan. Dahlah kecik, kena beratur sikit punya panjang dari bawah
tangga lagi.. tapi akhirnya tak dapat jugak settlekan sebab tak amik borang :(. Call Burn bagitau tak dapat settle kat sini sebab orang terlalu ramai.. dia pun tension sebab kena dok pusing sebab tak der parking, at
last Burn suruh balik ajer. I suggest p kat JPJ Padang Jawa untuk settlekan, sebab rasanya mungkin kat sana tak ramai orang. Since time pun dah masuk waktu tengahari, kami p lunch dulu lepas tu singgah di Masjid
Shah Alam untuk sembahyang. Seumur hidup I, this is the first time I masuk ke dalam masjid tu. I nie nama ajer berasal dari Selangor tapi tak pernah jejak kaki pun ke dalam masjid tu. Memang cantik dan canggih, terpegun melihat keindahan masjid tu, kita sembahyang pun kusyuk ajer. Lepas sembahyang, terus p ke JPJ Padang Jawa. Hmmm.. jika dibandingkan, keadaan dia tak ubah sama ajer macam kat Wangsa Maju, parking payah nak dapat.
Seperti biasa, I p sorang2 untuk settlekan.. orang tak berapa ramai, boleh bernafaslah kiranya. Malangnya ada pulak document yang tak lengkap. Tak dapat settlekan jugak. Haaaiii.. malang sungguh hari ini, buat apa semua tak jadi.. rasa macam buang masa ajer. Tapi jika difikirkan semula, kalau tak berlaku semua ni, mungkin I tak jejakkan kaki ke Masjid Shah Alam tu. Haaa... inilah yang dikatakan ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Betul tak? Balik pun dah lewat.. rasa penat sangat. Nak p rumah Along pun tak jadi lagi. Mungkin esok jika berkesempatan sebelum bertolak balik ke Penang.
Hari Selasa (April 11,2006), awal pagi lagi Along dah datang rumah mak. Lega jugak rasa dihati sebab at least tak derlah terkocoh2 nak kerumah dia. Tapi hanya sempat jumpa Along ajer sebab Abg Din p kerja. Bak kata Along, "time over".. bukannya "over time" sebab kena datang kerja waktu public holiday hehehe.... Dalam pukul 12.00tgh gitu baru kami bertolak balik ke Penang. Tamat kisah balik ke Serdang.
Hari ini selepas makan tengahari baru kami bertolak untuk bershopping. Selain ditemani oleh Burn & anak2 I, ada seorang lagi pengikut baru yang akan memenatkan dirinya untuk mengikut I bershopping iaitu anak buah I yang tembam membam - Ija.
Plan I hari nie nak p Puchong, Shah Alam & Sogo. My first destination is Dios Astana Bridal di Puchong. Kedai ini adalah pemborong pakaian & accessori perkahwinan. I ke sana sebab nak tempah set tanjak + sampin + bengkung. I order 3 sets iaitu hijau lumut, biru muda and orange. Selain daripada tu, I beli set accessori tiara, rantai dan anting2. Pherghh! kalau dijamu mata yang memandang, aduhai rasa macam nak beli kesemuanya... tapi bila nengok harganya, mahu ditarik balik apa yang dihajati. Walaupun barang2 accessori tu bukan emas, namun harga dia.. mak aaiii mahal jugak, sebab itulah I beli satu set ajer dulu. Insyaallah, jika ada rezeki barulah boleh ditambah collection yang sedia ada. Baju2 pengantin pun cantik2 jugak disana, cuma I saja tak beli sebab budget untuk beli baju x ada lagi. Nak buat business, kena ikut priority barang mana yang patut dibeli dahulu. Tak boleh main cekau ajer, bankrupt laa macam tu, betul tak?
Plan nak ke Shah Alam tak jadi, so kami terus ke Sogo nak cari barang2 make-up. Finally, I beli lipstick & powder brand MAC. Lama jugak I & my niece dok memilih lipstick colour apa yang sesuai.. mahu dalam 2 jam jugaklah.. hehehehe.. kesian si Ija penat dia menunggu makciknya memilih. Selepas membeli barang yang diinginkan, kami temankan Ija untuk membeli kasut ditingkat atas. Katanya nak beli sandal, bila dah ada yang berkenan tak der size ler pulak! kesian dia... tak dapat beli apa2. Balik dengan tangan kosong ajerlah jawabnya. Tapi dia ada dapat sesuatu yang mungkin dia tidak akan dapat lupakan iaitu PENAT! hehehee....
Setelah masing2 keletihan, Irfan pun dah mula buat perangai, Burn pun dah tak larat menjaga hero2nya.. kami pun berangkat pulang... Keluar dari Sogo, nengok keadaan gelap, nak hujanlah katakan. Burn risau takut2 banjir area KL, jenuh sangkut pulak nanti. Alhamdulillah... kami selamat sampai dirumah walaupun dekat highway kenderaan semua slow moving. Yang penting, kereta tak tersangkut dalam banjir kalau tidak, habis City ku.
Di sebelah malam I sibuk pulak menyolekkan Ija sebab dia nak ke birthday party kawannya. Sambil2 tu bolehlah jugak I memahirkan diri dalam bab solek menyolek nie. Nak tahu cantik ker idak, nengok gambar ya.
Okeylah, berakhir episode citer I pada hari ini. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling memenatkan. Penaaattttttt!
Wednesday, April 19, 2006
We had a dinner at Burger King R&R Sungai Buloh. Kalau nak diharapkan Mak Pun masak, rasanya dia tak masak sebab Ija ada inform kat I yang dia orang nak p amik Azwa kat Uitm Melaka after office hours. Sebab tulah kami dinner kat Sungai Buloh ajer. Lepas solat baru kami sambung perjalanan balik ke rumah mak. Semasa on d way balik, sampai di exit ke Serdang, alamak! jamlah pulak (ikut gaya ala2 nila kurnia bercakap). Hmmm.. banyak masa kami terbuang disana kerana terperangkap dalam kereta. Tak boleh nak bergerak kemana2 macam ciput 'b**i ajer lembabnya. Rupa2nya dekat Selangor Turf Club tu ada occasion.... tapi tak tahu occasion apa, menyusahkan orang betullah. I nengok berderet kereta yang nak keluar dari sana. Haaiii... dalam hati kami bengang dan geram betul masa tu, iyerlah mana taknya.. kami dahlah penat berjalan jauh.. alih2 nak dekat sampai sangkut kat jam pulak!. Mulalah I & Burn keluar bermacam2 topic perbualan, yang itu tak boleh, yang ini tak strategic, yang ini tak patut.. dan macam2 lagilah.
Sampai di rumah mak nak dekat kul 12.00pm. Kalau bukan kerana jam di STC tu, pasti kami dah sampai awal lagi. Tengok mak tinggal sorang2 sebab kak Milah anak beranak tidur di Bangi. Agak dalam pukul 2am baru I tidur. Burn & anak2 dah lama lena dibuai mimpi yang indah. Esok kita sambung citer shopping. Wokeh!
While waiting abah coming back frm work...
...Jom kita main!
Thursday, April 06, 2006
Wednesday, April 05, 2006
04, April 2006
Alhamdulillah, hari nie Irfan dah baik dari demam. Dia demam since Sunday night until yesterday. Demam dia kejap ok, pastu demam balik, ok.. pastu demam balik! Hmmm.. selera makan pun tak der.. mungkin dia demam nak tumbuh gigi agaknya sebab lately dia asyik gigit jari.
I pun gatal masa on Sunday tu ajak Burn p Pacific sebab nak cari barang2 make-up sebab ingatkan dia dah pulih sepenuhnya. Tapi tak lama lepas sampai kat shopping mall badan dia start panas balik.Hmm beli cepat2 mana2 barang yang nak dibeli.. sambil2 tu sempat gak jeling2 kat pentas nengok bebudak af menyanyi sempena gempak celebrity astro. Nak snap photo pun tak dan masa tu sebab dok kalut cari si Irsyad yang entah kemana lesapnya. Dalam hati risau sungguh, iyerlah manalah tahu kot2 di kidnap orang ker.... ish! selisih malaikat 44. Yang si Irsyad nie pun satu.. tak boleh nak dok diam.. pantang dengar orang sorak, dia pun nak p nengok.. iyerlah.. member tu asyik tak nampak apa kebenda alah yang berlaku kat atas pentas tu sebab ramai benau orang yang berdiri... last2 dia sendiri lari ke depan.. itu yang buat dia hilang sekejap tu. Menggelabah gaban jugak I ngan Burn cari... nasib baik lepas tu si Irsyad pandai keluar dari kepungan orang ramai tu... kalau tidak, mau ajer I suruh Burn buat announcement. Hai.. Irsyad.. Irsyad.. ada ajer peel dia yang buat mama n abah dia susah hati. Bila dah jumpa lega sikit rasa dihati, baru boleh amik gambar.. tapi masa tu hanya ada Zahid dan Eliza ajer. Hmmm.. tak perlah.. janji ada.. lepas snap satu dua kami pun terus balik. Sampai di rumah badan Irfan makin panas... kami masukkan voltaren di punggungnya to reduce the heat.
Malam tu dia asyik nangis ajer... tak taulah apa kenanya.. nak kata badan dia masih panas rasa macam dah ok. mungkin kembung perut agaknya... tapi nangis dia makin sakan, I pun rasa lain macam ajer. At last I panggil Burn suruh baca ayat kursi... tak lama lepas tu baru dia boleh tido itu pun tak berapa nyenyak. Semalam (Isnin) badannya masih panas lagi.. on & off. Bagi dia makan panadol punyalah payah! Alhamdulillah temperature badannya dah turun tapi asyik nak berkepit ngan mama dia ajer. Nasib baiklah abahnya balik dari office bawa pizza.. tak payahlah mamanya susah2 nak masak untuk dinner malam tu. Irfan pun dah mula ada selera makan... Malam tu dia makan garlic bread... horayyyy.. Irfan dah baik demam!