Friday, August 27, 2010
Alhamdulillah, hari nie dah masuk 2 hari Irsyad keluar dari hospital. Selama 3 days n 2 nites berada di Hospital Pantai Mutiara sesungguhnya ianya memenatkan dan membosankan. Apatah lagi di bulan posa nie... Cafe hospital pun x dibuka so Burn kena beli something yang ala kadar sahaja sebagai alas perut untuk kami berbuka. Lepas sembahyang magrib, barulah we all keluar pergi berbuka di kedai yang berdekatan.
Sesungguhnya, inilah dugaan di bulan Ramadan. Nak sahur pun payah... namun itulah hakikatnya.. selama 2 hari di hospital bangun seawal 4 pagi dan tidur selewat2nya pukul 12mlm sebab pukul 12 mlm adalah waktu yang terakhir untuk Irsyad diberi makan ubat sebelum menunggu hari esoknya.
Ramadan untuk Irsyad kali ini banyak yang tak cukup. Selama seminggu dia berpuasa berturut2, kemudian jatuh sakit, demam n batuk... makan muntah, makan muntah akhirnya badan dia dehydrated. X perlah Irsyad, ini adalah suatu pengajaran untuk diambil iktibar. Next time bila nak posa, sahur tu kena makan banyak sikit. Jika dahulu 'Mama' cukup tegas apabila Irsyad nak ponteng puasa, tapi kali ini.. 'Mama n Abah' beri kelonggaran. Even doktor pun x sarankan untuk dia berpuasa dalam jangkamasa yang terdekat ni.
Sekarang nie I masih kat rumah.. dok menunggu kain baju yang berbakul2 untuk dibasuh. Bukak kedai lambatlah hari nie. Persiapan raya pun buat ala kadar jer. Kuih raya pun x buat. Rasa macam x raya jer... Namun masih bersyukur kerana tidak membazir dalam membuat persiapan menjelang raya. Alhamdulillah....
Baru masuk wad..
Leka tengok tv
Baru lepas cucuk for drip
3rd day.. doctor inform boleh discharged..
Hati gumbira nampak ceria sikit..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Lol.. Same la nasib irsyad, kak ija n cik lah. Sakit teruk ari tu.. Family planning namanya ni.. Hope irsyad fully recovered thenblh raya happy2 kt kl.. We miss u.. Cant wait to c all of u..
Post a Comment