Saturday, July 18, 2009

Hari nie kami anak beranak pergi tengok movie "Harry Potter & The Half Blood Prince". Plan asalnya nak pergi beli groceries kat Carre4 ajer tapi bertukar pulak pergi tengok movie dulu, pastu baru p beli groceries. Hmmm... I apa lagi, memang seronoklah sebab memang tertunggu-tunggu nak watch this movie. Al-maklumlah... pembaca setia citer Harry Potterlah katakan. OK.. so far jalan citer dia boleh laa.... kalau nak diikutkan, ada potong feel sikit apabila tengok movie nie. Mungkin disebabkan I dah baca bukunya yang lebih banyak adventure dan jalan cerita... so dari situ rasa x seronok sikit bila ada jalan cerita yang lari daripada yang asal. Walaubagaimana pun I tetap suka tengok movie nie.


Lepas habis tengok movie, Burn suggest kami beli ajer groceries kat Giant since dah memang ada Giant kat dalam Sunway Carnival tu. Kalau diikutkan, I tak berapa suka beli barang kat Giant nie sebab harga dia macam mahal sikit dari Carre4. Itu pendapat I laa.. tapi x tahulah pendapat orang lain. Makanya, hari nie sikit ajerlah I beli barang dapur dan next week kena beli lagilah jawabnya. Eh, tapi next week kami nak ke Pangkor. Hmm... x per, u all tunggu ajerlah citer pasal jalan2 ke Pangkor pulak yer!. Daaaa....

Friday, July 17, 2009

Last weekend seperti yang telah diwar2kan, selepas solat Jumaat I sekeluarga bertolak balik ke Serdang untuk majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki (Fizi) pada hari Ahad. Keesokan harinya kami p rumah mak itam untuk berkaraoke. Hehehe.. apalagi, biasalah nak melepaskan gian.. Kalau nak suruh I menyanyi di depan khalayak ramai, pasti x berani. Ni bila dah ada abang ipar yang baru menceburkan diri dalam bidang PA System nie hmm.. apa lagi, bagai dicita ulam mendatanglah jawabnya. Melalak sakan sampai x kisah sumbang mambang. Janji hati rasa puas! Betul x? Haa.. nie nak promote sikit. Kepada sesiapa yang tercari2 PA System untuk kenduri atau sebarang majlis keramaian, sila lawati laman ini Muhamad-Akbar Entertainment. Harga boleh dirunding, jangan risau...

Alhamdulillah, majlis bertandang berjalan dengan lancar walaupun semasa rombongan pengantin perempuan ke rumah lelaki, ada kereta yang tercicir. Sapa lagi kalau x lain dan x bukan kereta I. Biasalah, karenah anak2... macam2 hal, nak terkencing lah ada2 saja. So, kenalah stop kat stesyen Petronas untuk tujuan tersebut. Nasiblah ada anak buah sebagai penunjuk arah yang naik sekali bersama dengan I. Kalau x, hmm.. for sure I anak beranak akan patah balik dan duduk ajerlah kat rumah mak. Walaupun tercicir, namun kami sempat tiba pada waktunya.. bersama dengan rombongan yang lain.

Tak banyak yang nak diceritakan disini. Tengok ajerlah gambar ya!


(Sultan Mansur Syah dan Puteri Hang Li Po)


(Makan beradap..)


(Ntah apalah yang diceritakan tu.. beriya benor..)


(Mummy & Daddy pengantin perempuan)


(Mesyuarat UMNO Adun manalah nie.. sedondon jer mukannya.. hehehhe)


(Haa... mak buyung pun ada sama..)


(Penyanyi dangdut yang tersohor di Serdang..)


(Empat beradik yang abangnya tengah moncong!)


(Mak itam dan Misya)


(Terkulat2 tiga beradik nie menunggu kek dipotong)


(Aaa.....aa. ammm... yummy!)


(Picts, taken by Irfan.. boleh tahan gak mamat kecik ni.. besar nanti boleh jadi photog)

Friday, July 10, 2009

Rasanya this whole week badan terasa penat sungguh. Rasa penat dari kenduri Misz Beauty a.k.a Ija pun belum habis lagi. Memang minggu nie adalah minggu yang memenatkan dan penuh kelesuan. Ditambah pulak dengan naiknya bendera merah yang semenjak dua menjak ni, menjadi2 betul simptom2nya. Rasa nak demam, loya semuanya ada... pelik jugak.. kenapalah jadi macam nie... ker semakin diri ini meningkat usia, semakin banyak karenah2 bila nak datang bulan? Haii.. entahlah...

Hari nie kami anak beranak akan balik ke Serdang untuk kenduri sebelah Fizi pulak. Walau apapun, rasa syukur yang teramat sangat kerana kenduri di sebelah Ija berjalan dengan lancar. Masing2 memberikan kerjasama yang terbaik untuk majlis tersebut. Alhamdulillah.... "Terima Kasih Ya Allah kerana melancarkan majlis kami". Ini semua berkat doa dari semua serta disusuli solat hajat yang dibuat oleh Along agar majlis yang diraikan ini berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.

Gambar masa Ija kahwin x der pada camera I sebab masa tu I tengah sibuk menyiapkan dia. Oleh itu kamera I hanya ada gambar sekitar kakak-kakak ku semua memakai inai. Tak aci tau... mereka semua pakai inai, I ajer yang x pakai masa tu sebab x der siapa nak menempelnya... makanya semalam dengan hati yang berkobar2, I dah pakai sendiri inai dengan bantuan suami ku yang tersayang... hahahaha.... canggih x?

Oklah banyak lagi kerja yang nak disettlekan sebelum berangkat balik ke Serdang. I coretkan cerita lain kali ya.

p/s -I tukar template baru sebab dah boring dengan yang lama. Agaknya orang yang dok jenguk blog i pun boring sebab each time jenguk mesti tak update. Sorrylah ya, actually template yang sekarang nie I x berkenan sangat, tapi x pelah untuk sementara waktu guna ajerlah yang nie sebab x der masa nak carik yang lain. Apa-apa pun, enjoy the photo!



(Along nak potong kek pun suruh orang nyanyi lagu Cik Mek Molek.. Ada ke??)


(Orang kuat dapur tengah memasak sambal tumis.. Serious jer!)


(Haa.. nielah gelagat orang yang pakai inai sedang tido.. macam Spiderman.)


(Nie lagi sorang... sanggup tido duduk sebab pakai inai)


(Cuba perhatikan.. masing2 jaga tangan sebab masa tu tengah pakai inai)


(Sibuk masukkan telur...)


(Ain.. One of the flower girl. Berbunga2 hatinya dapat pakai veil nie. Ssweett!)


;;