Tuesday, June 02, 2009
(Crew GM sedang memakaikan microphone)
Memang x terfikir yang Azwa nak pegi audition untuk 'Gadis Melayu' TV9. Rasa semuanya kebetulan sungguh kerana pada waktu itu dia berada di Penang untuk menolong I. Keputusan dibuat apabila kami terlihat iklan 'Gadis Melayu' di TV9, 2 hari sebelum tarikh audition di Hotel Cititel, Penang. I tanya kat dia nak pegi ke? Dia jawab, 'kita x kisah'.. hmm.. bila I dengar jawapan 'kita x kisah' tu maknanya dia nak pegi laa tu. I usulkan perkara ni ke Cik Burnnya. Nak mintak tolong bos untuk bawa kami ke Cititel Hotel. I x berapa sure kat mana nak cari hotel tu, so lebih baik mintak tolong pada orang yang lebih expert.
(Berposing sekejap!)
Malam before interview, kami berbincang pakaian apa untuk dipakai ke ujibakat. Since Azwa x bawa baju yang sesuai untuk ke ujibakat sebab memang dia sendiri pun x plan nak pegi.. makanya koleksi pakaian I menjadi sasaran. Final decision pada malam dia akan memakai pakaian kebaya I. Siap iron semua segala macam lah. I pun siap bw my make-up bag balik ke rumah agar senang nak menyiapkan dia pada keesokan hari.
(Bersama 2 orang teman baru)
Lepas sembahyang subuh terdetik hati I untuk tukar pakaiannya. Biar dia nampak lebih moden tapi still sopan. Tukar rancangan pada pagi tu.. so dia memakai dress labuh I. Suruh dia try, hmm.. perfecto... memang sesuai dengan tubuhnya yang langsing tu. Kali nie I make-upkan dia light ajer.. sebab x boleh galak sangat.. kang orang kata nak pegi buat show pulak.
Bertolak dari rumah kul 9 pagi. Kami sampai di Cititel around 10.30 pagi, agak terlewat jugak kami tiba walaupun bos yang menjadi driver kerana dia pun x sure jalan nak ke Cititel. Jenuh kami dok pusing patah balik. Alhamdulillah.. sampai juga tempat yang dituju. Turun ajer dari lift hotel.. meja pendaftaran 'Gadis Melayu' memang betul2 berada di depan pintu keluar lift. Terus pergi untuk dapatkan borang. Yang syoknya, mintak satu borang.. tapi dia nak bagi dua borang. Yang hairannya crew 'Gadis Melayu' dok ingat I nak masuk ujibakat sekali. Tapi I inform kat dia orang yang I x masuk, yang masuk hanya satu orang saja. Pastu depa pujuklah pulak.. 'masuk laa'.... alamak, apa aku nak jawab nie?? I pun jawab 'Oh, I x boleh masuk sebab I dah kahwin'. Dia orang jawab' laa.. sayangnya'. I pun blah... segan pulak rasanya bila di approach macam tu.
(Bergambar bersama peserta2 yang lain - masa nie belum ramai lagi)
Tengah menunggu Azwa isi form, tetiba datang kembali crew 'Gadis Melayu' pada I, suruh I masuk... I bagi jawapan yang sama yang I dah kawin, pastu dia jawab.. 'orang yang dah kahwin pun boleh masuk'... Alamak, apa aku nak jawab lagi nie?? Ha, nasib lepas tu dia sambung, 'Selagi memenuhi syarat2 yang diminta yang dah kawin boleh masuk'. I pun teringat salah satu syaratnya berumur tidak lebih dari 27tahun. I pun jawab umur I dah lebih daripada tu. Terkejut dia macam x percaya. I cakap 'sorry'.... then minah tu pun blah. Lepas daripada tu memang I x senang duduk. Nak jalan pun rasa macam ada satu punggung itik dibelakang. Rasa macam segan sungguh.
Alhamdullillah, Azwa lepas ujibakat tu dengan mudah walaupun terdapat soalan2 yang menyentuh hati.. Cuma sekarang nie kena tunggu jawapan sama ada dia terpilih atau tidak. Kalau dapat alhamdulillah.. kalau x dapat pun x per... anggap ajerlah semua tu sebagai satu pengalaman.
p/s- Actually gambar Azwa dah keluar kat TV9 and MHI TV3. Tapi malangnya kami sendiri x dapat tengok. Sedih betul!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
heheh... achik ku yang solid dan awet muda... heheheee.....
lame tul nak tunggu ier update blog dier... neway same2 kite doakan adik ku itu berjaya memasuki Gadis Melayu... InsyaAllah dia pasti memenuhi kriteria...;-)
Congrats Azwa..dpt masuk audition pun dah kira bagus tuh..not everybody ada 'keberanian' di interview secara spontan cenggini..esp. if ada Q yg menyentuh emosi & etc..All d best! p/s Aciknya..kena buat IC baru ler cenggitu..confirm boleh join d club..or suruh penerbit buat rancangan baru...WANITA MELAYU TERAKHIR.syarat umur more than 30..amacam?
misz beauty - insyaallah.. jika ada rezeki x kemana.
salmi - buat ic baru?? i rasa kalau cukup syarat pun belum tentu i boleh join. keizinan suami tu penting, x gitu... hehehhee
lama nya x update blog..alih2 kuar pasal gadis melayu..heheh..kalau masuk pun ok jugak HBO...
amboih...hehe...msti terkilan hati crew itu bila akak tolak.klu tak msti confirm dapat..hehehe... ;D
tu la comel sgt akak sorg ni...hehe...ni yg nak mintak akak make up kan time majlis nnt(yg x tau pun bila..haha..),hehe tp jauh sgt la plak kan...;D
eliz- nak kata comel tu mgkn x kot sbb badan pun dah naik sikit ni... tapi kalau manis tu mgkn ada.. hehehhe perasanlah pulak!.
ha! dah ura2 nak kawin ke? kalau ada bgtau laa... kalau bukan jadi tukang make-up, jadi tukang makan nasi kenduri pun jadi laa... :D
anonymous - sorrylah, bz sbb tu x udapate. nak masuk GM tu memang x mungkin berlaku.... dah berumurlah katakan...
Post a Comment