Thursday, December 24, 2009

BAD DAY!

Hai, today I really had a bad day. I never felt so humiliated by a person that I tot like a sister to me. Mungkin dah nasib badan.... tapi nak buat macam mana ya tak? Like my hubby said, don't ever expect people to treat u nice even though u treat them nice. There're so many types of peoples out there... with high ranking ego, very humble down to earth, very easy to forgive (like me...) or hard to forgive... and macam2 laa... tapi bila difikir2kan semula apa yang terjadi or berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.

Actually these lessons I should remember/ locked into my mind since I was in form 5. Still remember my eldest sister 'Along' persuade me not to take serious with whatever my friends did to me. Let it be... Allah tu maha adil... dan maha mengetahui dari segalanya. Hmm... betul tu Along... and today... 24.12.09 the similar scenarios happened again. If last time Along will be the best person who lend me her shoulder to cry on... but today.... my hubby's the best person for me to cry and be tucked under his hug. Thanks sayang... i believed without your magical words.... i'm easily given up with whatever I went to...

Haa... I'm sure u guys wanted to know what exactly happened to me. Actually, if possible I wanted to tell u the whole story from a-z about my bad day. But after I think it back, it would be much better if I just keep it for myself... it's enough for me to share my problem with my hubby and my lovely niece and I need sometimes to get over it. Since I don't have the strength to tell u guys the whole story of it... may be u can help me to judge what kind of person with the below criteria..

1) Couldn't accept any excuses thru sms, u need to call personally and explain what exactly happened (credit phone pun tinggal ciput... itu pun nak kena explain ker?)

2) Couldn't even tolerate with a small matters...

3) Never ever appreciate with whatever you do...

4) Last but not least... dare to kick you out like you're a beggar... (ini yang x boleh tahan nie)

Actually the most important things that really made me sad because i knew her and pernah belajar bersama-sama dengan dia..... macam mana dia boleh tergamak buat macam nie ya??? Hmmm... what everlah.. asalkan dia bahagia.


Thursday, November 26, 2009

Hola...

Salam ceria semua, Lama betul I x update my blog, bila I jenguk my last entry is 4 months ago... aduhh.. lamanya! kalau boleh bersawang, dah lama agaknya bersawang malahan mungkin menutupi keseluruhan blog I nih! heheheh... tapi nasib x bersawang yer.... Hmm...rasa rindu betul nak mencoret dan menghebah hebohkan berita terkini tentang diri I. Actually, bukannya ada apa2 news yang penting pun.. cuma saje je nak buat gempak!

Entry kali nie pun buat short entry ajer... x boleh lama2 nak dapatkan ilham. banyak kerja yang menunggu. So, short entry pun.. short entry lah.. janji ado... Here are the activites sepanjang bulan november..

(Thanks to Kak Milah & Azwa for the lovely cup cakes)

18.11.09

My birthday... whooo..haa.. bertambah setahun umur ku. Ku panjatkan doa kesyukuran kehadrat illahi kerana diri ini masih bernafas dan dapat mengharungi hidup sebagai seorang isteri, ibu, adik, kakak, makcik, nenek serta kawan kepada yang mengenali diri ini. Akur dan pasrah pada usia yang meningkat naik kerana itu adalah lumrah kehidupan. Namun di setiap denyutan nadi dan hirupan nafas yang masih menemani diri ini, aku berharap agar dapat memperbaiki setiap amalan yang aku lakukan di dunia ini mahu pun untuk bekalan di akhirat kelak. Suami dan anak2 adalah penjana utama dalam kehidupan ku selain dari Allah yang tidak pernah lupakan akan umatnya. Semoga kehidupan yang mendatang diberkati dah dirahmati olehNya. Aaminn..

Dinner at Swensen Autocity Juru.


21.11.00
Kenduri akikah untuk cucu sulong Along... (Umar Harris bin Syaizwar Hazry) cucu saudara kepadaku.... hehehe.. actually I dah berpangkat nenek dah ni.. Kenduri dijalankan dengan penuh meriah, al-maklumlah.. cucu sulong ler katakan. siap ada kambing panggang lagi tu. Tapi gambar kambing panggang tu I x snap lah sebab masa kenduri tu I x berapa sedap badan.. rasa nak demam. I cuma tangkap gambar ketika orang bermarhaban. Kalau tengok gambar perempuan pakai baju biru yang sedang mendodoi tu, itulah ibu kepada Harris, (Shawira bt Abu Bakar) masa tu dia tengah control vogue hehehe.. jangan marah yer sha.. acik gurau ajer! dan yang dok belakang bercermin mata sambil marhaban itu adalah along I, nenek kepada Hariss.



22.11.09
Skin care class for Gorgeous H. I knew her through my niece blog. When the first time I met her at her house.... she is so friendly and it seems like we know each other for quite sometimes. She's gorgeous (sesuai dengan nickname dia Cantik), slim ajer and easy to mixed around with people. So kita pun x rasa kekok apabila berjumpa dengannya untuk pertama kali. Gambar dibawah i ambil from her blog... coz I don't have her photo in my camera. Biasolah.. den ni bilo buek skin care class kepala otak tu sentiasa berjalan and concentrate kepada class tu ajer... x ingat dah nak snap photo ker apa... btw, thanks for your warm welcome Mdm Cantik.


Saturday, July 18, 2009

Hari nie kami anak beranak pergi tengok movie "Harry Potter & The Half Blood Prince". Plan asalnya nak pergi beli groceries kat Carre4 ajer tapi bertukar pulak pergi tengok movie dulu, pastu baru p beli groceries. Hmmm... I apa lagi, memang seronoklah sebab memang tertunggu-tunggu nak watch this movie. Al-maklumlah... pembaca setia citer Harry Potterlah katakan. OK.. so far jalan citer dia boleh laa.... kalau nak diikutkan, ada potong feel sikit apabila tengok movie nie. Mungkin disebabkan I dah baca bukunya yang lebih banyak adventure dan jalan cerita... so dari situ rasa x seronok sikit bila ada jalan cerita yang lari daripada yang asal. Walaubagaimana pun I tetap suka tengok movie nie.


Lepas habis tengok movie, Burn suggest kami beli ajer groceries kat Giant since dah memang ada Giant kat dalam Sunway Carnival tu. Kalau diikutkan, I tak berapa suka beli barang kat Giant nie sebab harga dia macam mahal sikit dari Carre4. Itu pendapat I laa.. tapi x tahulah pendapat orang lain. Makanya, hari nie sikit ajerlah I beli barang dapur dan next week kena beli lagilah jawabnya. Eh, tapi next week kami nak ke Pangkor. Hmm... x per, u all tunggu ajerlah citer pasal jalan2 ke Pangkor pulak yer!. Daaaa....

Friday, July 17, 2009

Last weekend seperti yang telah diwar2kan, selepas solat Jumaat I sekeluarga bertolak balik ke Serdang untuk majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki (Fizi) pada hari Ahad. Keesokan harinya kami p rumah mak itam untuk berkaraoke. Hehehe.. apalagi, biasalah nak melepaskan gian.. Kalau nak suruh I menyanyi di depan khalayak ramai, pasti x berani. Ni bila dah ada abang ipar yang baru menceburkan diri dalam bidang PA System nie hmm.. apa lagi, bagai dicita ulam mendatanglah jawabnya. Melalak sakan sampai x kisah sumbang mambang. Janji hati rasa puas! Betul x? Haa.. nie nak promote sikit. Kepada sesiapa yang tercari2 PA System untuk kenduri atau sebarang majlis keramaian, sila lawati laman ini Muhamad-Akbar Entertainment. Harga boleh dirunding, jangan risau...

Alhamdulillah, majlis bertandang berjalan dengan lancar walaupun semasa rombongan pengantin perempuan ke rumah lelaki, ada kereta yang tercicir. Sapa lagi kalau x lain dan x bukan kereta I. Biasalah, karenah anak2... macam2 hal, nak terkencing lah ada2 saja. So, kenalah stop kat stesyen Petronas untuk tujuan tersebut. Nasiblah ada anak buah sebagai penunjuk arah yang naik sekali bersama dengan I. Kalau x, hmm.. for sure I anak beranak akan patah balik dan duduk ajerlah kat rumah mak. Walaupun tercicir, namun kami sempat tiba pada waktunya.. bersama dengan rombongan yang lain.

Tak banyak yang nak diceritakan disini. Tengok ajerlah gambar ya!


(Sultan Mansur Syah dan Puteri Hang Li Po)


(Makan beradap..)


(Ntah apalah yang diceritakan tu.. beriya benor..)


(Mummy & Daddy pengantin perempuan)


(Mesyuarat UMNO Adun manalah nie.. sedondon jer mukannya.. hehehhe)


(Haa... mak buyung pun ada sama..)


(Penyanyi dangdut yang tersohor di Serdang..)


(Empat beradik yang abangnya tengah moncong!)


(Mak itam dan Misya)


(Terkulat2 tiga beradik nie menunggu kek dipotong)


(Aaa.....aa. ammm... yummy!)


(Picts, taken by Irfan.. boleh tahan gak mamat kecik ni.. besar nanti boleh jadi photog)

Friday, July 10, 2009

Rasanya this whole week badan terasa penat sungguh. Rasa penat dari kenduri Misz Beauty a.k.a Ija pun belum habis lagi. Memang minggu nie adalah minggu yang memenatkan dan penuh kelesuan. Ditambah pulak dengan naiknya bendera merah yang semenjak dua menjak ni, menjadi2 betul simptom2nya. Rasa nak demam, loya semuanya ada... pelik jugak.. kenapalah jadi macam nie... ker semakin diri ini meningkat usia, semakin banyak karenah2 bila nak datang bulan? Haii.. entahlah...

Hari nie kami anak beranak akan balik ke Serdang untuk kenduri sebelah Fizi pulak. Walau apapun, rasa syukur yang teramat sangat kerana kenduri di sebelah Ija berjalan dengan lancar. Masing2 memberikan kerjasama yang terbaik untuk majlis tersebut. Alhamdulillah.... "Terima Kasih Ya Allah kerana melancarkan majlis kami". Ini semua berkat doa dari semua serta disusuli solat hajat yang dibuat oleh Along agar majlis yang diraikan ini berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.

Gambar masa Ija kahwin x der pada camera I sebab masa tu I tengah sibuk menyiapkan dia. Oleh itu kamera I hanya ada gambar sekitar kakak-kakak ku semua memakai inai. Tak aci tau... mereka semua pakai inai, I ajer yang x pakai masa tu sebab x der siapa nak menempelnya... makanya semalam dengan hati yang berkobar2, I dah pakai sendiri inai dengan bantuan suami ku yang tersayang... hahahaha.... canggih x?

Oklah banyak lagi kerja yang nak disettlekan sebelum berangkat balik ke Serdang. I coretkan cerita lain kali ya.

p/s -I tukar template baru sebab dah boring dengan yang lama. Agaknya orang yang dok jenguk blog i pun boring sebab each time jenguk mesti tak update. Sorrylah ya, actually template yang sekarang nie I x berkenan sangat, tapi x pelah untuk sementara waktu guna ajerlah yang nie sebab x der masa nak carik yang lain. Apa-apa pun, enjoy the photo!



(Along nak potong kek pun suruh orang nyanyi lagu Cik Mek Molek.. Ada ke??)


(Orang kuat dapur tengah memasak sambal tumis.. Serious jer!)


(Haa.. nielah gelagat orang yang pakai inai sedang tido.. macam Spiderman.)


(Nie lagi sorang... sanggup tido duduk sebab pakai inai)


(Cuba perhatikan.. masing2 jaga tangan sebab masa tu tengah pakai inai)


(Sibuk masukkan telur...)


(Ain.. One of the flower girl. Berbunga2 hatinya dapat pakai veil nie. Ssweett!)


Tuesday, June 02, 2009


(Crew GM sedang memakaikan microphone)

Memang x terfikir yang Azwa nak pegi audition untuk 'Gadis Melayu' TV9. Rasa semuanya kebetulan sungguh kerana pada waktu itu dia berada di Penang untuk menolong I. Keputusan dibuat apabila kami terlihat iklan 'Gadis Melayu' di TV9, 2 hari sebelum tarikh audition di Hotel Cititel, Penang. I tanya kat dia nak pegi ke? Dia jawab, 'kita x kisah'.. hmm.. bila I dengar jawapan 'kita x kisah' tu maknanya dia nak pegi laa tu. I usulkan perkara ni ke Cik Burnnya. Nak mintak tolong bos untuk bawa kami ke Cititel Hotel. I x berapa sure kat mana nak cari hotel tu, so lebih baik mintak tolong pada orang yang lebih expert.

(Berposing sekejap!)

Malam before interview, kami berbincang pakaian apa untuk dipakai ke ujibakat. Since Azwa x bawa baju yang sesuai untuk ke ujibakat sebab memang dia sendiri pun x plan nak pegi.. makanya koleksi pakaian I menjadi sasaran. Final decision pada malam dia akan memakai pakaian kebaya I. Siap iron semua segala macam lah. I pun siap bw my make-up bag balik ke rumah agar senang nak menyiapkan dia pada keesokan hari.

(Bersama 2 orang teman baru)

Lepas sembahyang subuh terdetik hati I untuk tukar pakaiannya. Biar dia nampak lebih moden tapi still sopan. Tukar rancangan pada pagi tu.. so dia memakai dress labuh I. Suruh dia try, hmm.. perfecto... memang sesuai dengan tubuhnya yang langsing tu. Kali nie I make-upkan dia light ajer.. sebab x boleh galak sangat.. kang orang kata nak pegi buat show pulak.

Bertolak dari rumah kul 9 pagi. Kami sampai di Cititel around 10.30 pagi, agak terlewat jugak kami tiba walaupun bos yang menjadi driver kerana dia pun x sure jalan nak ke Cititel. Jenuh kami dok pusing patah balik. Alhamdulillah.. sampai juga tempat yang dituju. Turun ajer dari lift hotel.. meja pendaftaran 'Gadis Melayu' memang betul2 berada di depan pintu keluar lift. Terus pergi untuk dapatkan borang. Yang syoknya, mintak satu borang.. tapi dia nak bagi dua borang. Yang hairannya crew 'Gadis Melayu' dok ingat I nak masuk ujibakat sekali. Tapi I inform kat dia orang yang I x masuk, yang masuk hanya satu orang saja. Pastu depa pujuklah pulak.. 'masuk laa'.... alamak, apa aku nak jawab nie?? I pun jawab 'Oh, I x boleh masuk sebab I dah kahwin'. Dia orang jawab' laa.. sayangnya'. I pun blah... segan pulak rasanya bila di approach macam tu.

(Bergambar bersama peserta2 yang lain - masa nie belum ramai lagi)

Tengah menunggu Azwa isi form, tetiba datang kembali crew 'Gadis Melayu' pada I, suruh I masuk... I bagi jawapan yang sama yang I dah kawin, pastu dia jawab.. 'orang yang dah kahwin pun boleh masuk'... Alamak, apa aku nak jawab lagi nie?? Ha, nasib lepas tu dia sambung, 'Selagi memenuhi syarat2 yang diminta yang dah kawin boleh masuk'. I pun teringat salah satu syaratnya berumur tidak lebih dari 27tahun. I pun jawab umur I dah lebih daripada tu. Terkejut dia macam x percaya. I cakap 'sorry'.... then minah tu pun blah. Lepas daripada tu memang I x senang duduk. Nak jalan pun rasa macam ada satu punggung itik dibelakang. Rasa macam segan sungguh.

Alhamdullillah, Azwa lepas ujibakat tu dengan mudah walaupun terdapat soalan2 yang menyentuh hati.. Cuma sekarang nie kena tunggu jawapan sama ada dia terpilih atau tidak. Kalau dapat alhamdulillah.. kalau x dapat pun x per... anggap ajerlah semua tu sebagai satu pengalaman.

p/s- Actually gambar Azwa dah keluar kat TV9 and MHI TV3. Tapi malangnya kami sendiri x dapat tengok. Sedih betul!

Tuesday, April 21, 2009

20.04.09 is Burn's birthday. As a treat for his birthday, I belanja Burn makan di Johnny's Restaurant a day earlier from his birth date. Lagi pun Burn belum pernah merasa their Tomyam Steamboat yang sedap tu, so I guess this is the best choice for me to belanja dia. Lagi pun kalau asyik2 kat Damiral's Grill ajer, boring jugak walaupun makanannya sedap. We need different environment, different aura and of course different taste.. haaa... barulah rasa seronok!. Tak gitu.

First time I merasa makan di Johnny's nie sebab dibelanja oleh miszbeauty. Kalau bukan disebabkan dia yang belanja, rasanya mungkin I x tahu wujudnya Johnny's Restaurant yang so far pada firasat I makanannya boleh tahan sedap!. Sebab tulah I beriya-iya nak belanja Burn makan di Johnny's. Kami order 'Tomyam Steamboat, Thai Chicken Rice, Nasi Goreng Belacan and as a desert, the boy's makan sundae ice-cream, Burn - mixed fruits desert and for me I can't remember the name of the desert. (bahasa thai.. mana nak ingat) Memang kami makan kenyang sungguh padahal, order x banyak mana pun. Lepas makan kami p solat maghrib, dan lepas tu baru boleh p shopping. Bulan nie JJ buat promotions guna coupon. The promo coupon start from 10% to 50% off depends on the brand.

I yang memang kebetulan nak beli sandal, pergi lah cari.. kot2 ada yang boleh dicekup. Tengok coupon brand Sembonia, Carlo Rino, Crocodile 50% off, dalam hati bagus jugak tu, tapi sayangnya x der satu pun sandal brand tu yang berkenan dihati. At last yang berkenan sandal brand NYC - 30% off. Oklah tuuu... janji ada discount.. daripada x de. Betul tak? Ingat nak sambung shopping beli baju lak, tapi dah x larat ngan 2 hero yang hyper active tu. Makanya kami pun balik jer laa...Yesterday (20.04.09), I masak nasi beriyani and tandoori khusus untuk Burn. Nak kata pandai masak tu x lah.. tapi bolehlah... hero2 i pun makan sampai licin pinggan mereka. Alhamdulillah... Burn pun kata sedap, I pun rasa sedap, anak-anak pun makan sedap.. maka tertunailah permintaan Burn sempena hari lahirnya. I pun senang hati...

Oklah, till now, gambar2 x banyak di amik. Gambar I malas nak enter frame. Tengah gemuk sekarang ni.. Oh tidakkk.....

Friday, March 20, 2009

Hmm.. lama juga diri ini hibernate from blogging dik sibuk dengan tugasan yang ada di butik. Rasanya baru nak lega kepenatan diri ini kerana mengandam di KL, 2 weeks ago. Aduhhh.. memang very the penat! Hahaha... BTW, I nak ucapkan ribuan terima kasih yang x terhingga kepada assistant2 I sepanjang proses mengandam di KL. Antara orang kuat I adalah, misz beauty, azwa, hazwan, mak itam and my hubby burn. Masing2 pecah peluh untuk menyediakan yang terbaik kepada bakal pengantin. Oh! tidak lupa juga untuk my lovely sis Jamilah yang sudi menjaga dua orang hero I sepanjang I berada di sana. Thanks guys, you're the best!

Demi nak menyediakan segala kelengkapan untuk andaman di KL, my wedding anniversary pun di celebrate dengan ala kadar ajer. Actually, the actual plan Burn nak bawa I p somewhere.. jauh sikit dari tempat yang biasa... boleh lepak2.. romantic dining & etc. Tapi itu semua terpaksa dibatalkan atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Lagi pun pada hari anniversary tu I kena pergi ke KL. Apa pun, I got a GL purse & a roses for my wedding anniversary from Burn. Tapi untuk dia apa pun I x bagi. Ish! rasa diri ini teruk betul!! tapi nak buat camne? I memang x der time untuk cari hadiah dan sebagainya.

Apa pun kami masih lagi dapat menghangatkan ulang tahun perkahwinan kami dengan menonton wayang berdua-duaan. Cuba tengok perkataan tu betul2.. "berdua-duaan". Haaa.. tanpa gangguan oleh 2 orang hero kami. Nasiblah ada penyelamat yang memvolunteerkan dirinya menjaga dua orang hero I tu.. siapa lagi kalau bukan my niece misz beauty and azwa.
Lega rasanya... hehehe...

Got a few things happened during I sibuk ulang alik Penang-KL, KL-Penang. The car that I drove almost spinning due to heavy rain masa I on d way balik ke Penang. Subhanallah.. rasa diri ini betul2 dalam ketakutan waktu itu. Dah lah hanya I berdua dengan Irfan pada waktu itu. Nasib baik Irfan pakai seat belt. Dalam hati dok fikir janganlah ada bad things happened to both of us. Kini, diri ini masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku. Kalau hujan ajer jantung I mesti berdebar2... takut weh!

Oklah, hopefully terubat rindu kepada sesiapa yang nak tahu citer I kali ni. Ciawww......


p/s- to my blog viewer, sorrylah.. citer nie terbasi sikit!



Monday, January 12, 2009

Amir Irfan turns 4 years

As promised, here is the update of Irfan's birthday. The photo's taken during dinner at Secret Recipes. Actually masa we had dinner at Secret Recipes, Irfan dah mintak kek Ben 10. Tapi mahal sangat la kek tu, RM88. Lagi pun kalau beli mesti x habis punya. Haai.. agak2 laa Irfan ooii.... nasib abahnya pandai memujuk, so dia switch from kek ben 10 ke kek chocolate moist. Haa.. macam tu laa... x de la membazir...

Makan-makan di Secret Recipies

On Sunday, after meeting with mama customer we're heading to Sunway Carnival. Sampai sana, we had lunch at pizza hut. Setelah perut penuh di isi, kami terus ke cinema... memang mama plan nak bawa the 2 heroes tengok movie. Movie kali nie "Bed Time Story". Memang enjoy betul kami tengok movie nie... tapi Burn laa yang paling x boleh blah. Mengekek-ngekek bagai digeletek hati dan jiwanya menonton citer ni. Memang lawak sungguh, Irsyad pun x kurang hebatnya. Memang Irsyad n abah lawan gelak kat dalam panggung wayang tu. Mama pun gelihati jugak, tapi control sikit laa.. Lepas habis tengok movie, barulah kami p ronda tengok apa yang berkenan di hati birthday boy untuk dibeli. Hmm... you all tahu x apa yang dia nak?? Mak aaiii... semuanya mahal2 belaka! Actually before bertolak memang Irfan dah bagitau dia nak helmet "transfomer". Tahu x berapa harga helmet tu? RM135.00. Mahal tu.. bukannya boleh buat apa pun, nak pakai memang lah boleh... tapi nak kemana jer ngan helmet tu? Haa.. nasib baiklah kat Sunway Carnival tu x der helmet tu... dalam hati I legaaa... sebab bila dia x nampak, dia x kan mintak benda tu... TETAPI manalah tahu dia up sikit nak robot transformer bumble bee berharga RM2++. Aduh... memang idea yang x bagus bawa mereka pilih sendiri toys apa yang dia orang nak. Masa tu Burn dah mula bising kat I bg tau nie lah gara2 mamanya. Nak suruh birthday boy pilih sendiri sangat! Inilah yang dapat. Hehehe... I pun masa tu rasa serba salah pulak, iyerlah.. mana nak tahu anak teruna I nie high taste orangnya. Hehehe... rasanya berjam2 kami kat toy ur us tu. Finally, after pujuk dan memujuk si manja shotet tu, akhirnya dia dah dapat pilihan hati... Bagi diri I toys tu... alahai... rugi duit ajer.. but since toy tu one of his favourite character... hmm.. beli ajer la.. harga RM99, ok laa daripada RM1++ & RM 2++. Iyer x??? Tak terkecuali Irsyad pun dapat gak, janji x der yang berkecil hati.

Nielah dia Alien Force Ben 10 yang menjadi kegemaran Irfan

Pengajaran, next time kalau nak beli gift untuk anak2.. x yah bawa mereka. Beli ajer siap2 pastu terus bagi. Habis citer.. masa pun x terbuang kat tempat toys tu. Mama sampai sakit kaki dok round and round kat tempat tu. Aduhhh....... pengajaran.. pengajaran...

Hmm... itulah citernya.

;;