Monday, October 20, 2008
Hola! hmm...nak dekat habis bulan Syawal barulah I terkial2 nak update my raya entry. This year raya I rasa seronok sungguh. Walaupun dapat beraya di sebelah I hingga raya kedua sahaja, tapi... rasa memang seronoklah!
Pagi raya bersalaman dan bermaafan...
Lepas settle menziarahi kubur arwah abah, singgah pula ke kubur arwah aliyas. Arwah Aliyas nie adalah anak buah I yang pertama sekali pergi ke rahmatullah akibat accident.
Balik dari tanah perkuburan perut I mula berkeroncong, lapar la tu... sebab belum diisi, manakala Burn pula bergegas ke masjid yang berhampiran untuk sembahyang raya. Apa2 pun, perut I kena isi dulu....hehehe... Raya tahun nie memang I kuat makan betul. Bayangkanlah sepanjang pergi beraya ke rumah orang, x sah kalau x makan ketupat or nasi impit. Hmmm... rasanya ada sebuah rumah ajer kot yang i x rasa ketupatnya.. itu pun sebab dah makan kat rumah yang sebelumnya. Ish3x manalah I ni x gemuk! Kalau pakai baju raya tu, memang dah nampak perut naik membukit dek makan bermacam2 jenis juadah yang dihidangkan. Hehehe... tapi kan ker orang kata, masa raya bukannya time untuk berdiet. Memang betul, tapi sebenarnya eloklah kita makan mengikut ala kadar sahaja... iyer x? Jangan pulak diisi perut kita dengan bermacam2 benda seumpama tong sampah pulak.
First day raya I n family banyak menghabiskan masa dengan beraya di rumah sedara mara di kampung. 2nd day raya I dah balik ke Penang tetapi bertolak agak lewat sikit sebab pergi beraya kat rumah Along, hmm... hari tu Along masak memang sedap walaupun dia berpuasa. Ha, Along... kalau baca tu jangan kembang2 sangat ya.. kang terkoyak lak kerusi kat opis tuh! heheheh... Dari rumah Along, kami terus ke rumah adik Burn di Subang Jaya. Ini consider first time kami p beraya ke rumah adik Burn sebab dia pun baru ajer berpindah beberapa bulan yang lepas. Oleh itu, nak menyampaikan diri ke rumahnya mengambil masa yang agak lama sebab kekurangan informasi arah tunjuk jalan ke TUDM. Lagi pun depa tu kan ka mai dari Kedah, mana nak tau selok belok jalan kat Selangor nie lagi. Hmm.. memang fenin tetapi nasib baik sampai jugak akhirnya kami ke sana. Dalam pukul 5 lebih baru kami bertolak ke Penang.
Balik Penang badan memang penat. Sampai rumah dalam kul 9.00 mlm. X larat nak buat apa dah... esok pepagi basuh kain pastu pack baju untuk ke Kedah lak. Kat Kedah.. agak boring sikit, mungkin ipar duai I semuanya dah balik ke rumah masing2 yang tinggal hanyalah parents n 2 orang adik Burn. So, rasa macam sunyi ajer. Tetapi dalam hati ok jugak sebab x derlah anak2 I buas merayau satu kampung. Sebab depa nie kalau ada geng sepupu sepapat memang x ingat dunia, berjalan merata. Risau I dibuatnya takut masuk dalam bendang ka, x ker pasai. On 4th day raya tu, my MIL request untuk I masak nasi ayam sebelum cik kak p balik UTM. Lagi pun katanya dah lama x rasa nasi ayam dan cabai yang I buat. Ha, dengar tu ada special request daripada my MIL. I pun apa lagi, tunjukkan lah skill yang I ada... hehehe... Alhamdulillah, habis seperiuk nasi yang I masak tengah hari tu. Makan malam memang kena tukar menu lain.
Oklah, till now... dah habis idea dah ni... bye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam cik burn mcm pengantin.... lama sunggoh nak shoot nye.... hahhaaaa=D
wahhhh wahhhh...baru dpt baca cerita raya dia...hehe...
kak has, nak request nasi ayam jugak bleh?...hehehehee...;D
Dah besar panjang anak2 teruna you Hasnah..mama & abah depa maintain cun & macho! nak nasi ayam jugaaaaaaaak..p.s cik Kak adik Burn tuh ke UTM? Tak jadi amik medic?
misz beauty - ish! senyap2 dah laa.. susah nak posing tu.. hehehe
eliz - boleh... request jer, x pun bila datang penang, mai singgah kat rumah akak. ok?
cik salmi - hmm.. mmg depa dah besar panjang, dan asyik bergaduh macam anjing n kucing. aik? mama maintain, abah dia mungkin maintain kot, tapi mamanya ada put on weight sikit. dlm process berdiet nie. adik Burn x jadik amik medic, x dapat offer (dah bukan rezeki dia kot). So dia amik Chemical Engineering kt UTM.
akak..
deepavali ni kt turun penang coz 28-29 ni ade bengkel kat usm....alaa tapi takleh la nak meround ek...akak kat area mane ek?
hmm... akak dok seberang, bukan dekat pulau. kalau nak datang amik exit simpang ampat/bkt tambun. meh la singgah kalau free. tapi call dulu ya... 012-5302513
wahh akak..blehla email resepi nasi ayam yg special tuh..hehehe...mesti menantu kesayangan nih :)
kak has, aritu mase turun penang...sempat gi makan mi udang sg dua yg famous tu jer...tak sempat nak meround mane2 pun...hemmm...next time nak plan turun utk jalan2 jer la...hehehhee...;D
hmm... tak perlah at least merasa gak makan mi udang sg dua tu. akak ni hah yang mmg dok kat penang pun x pernah merasa lagi mee udang tu. hmm.. betul2 sedap ker?? ha, next time kalau p jenjalan kat sini boleh singgah noo...
Post a Comment