Wednesday, December 31, 2008
Aduhhh.. lama betul I peram entry nih! Hingga berakhirnya tahun 2008 dan menjelangnya tahun 2009 baru sempat nak update (hmm.. makan tahun tu.. hehehe). Kalau bukan dek bz nak menyiapkan baju pengantin yang ditempah last minit.. rasanya dah lama I update blog ni. Lagi pun gedebak gedebuk dengan Irsyad nak start sekolahnya.... nak shopping barang2 keperluannya... makanya terbasilah cerita I kali ni.
Oklah, this time entry is about School Holiday activity. Ada a few activities yang kami lakukan sepanjang last holiday untuk kami sekeluarga.
____________________________________________________________________
Sunway Lagoon (3rd December 2008)
Awal pagi dah bersiap nak ke Sunway, eventhough dah tahu makanan luar x leh dibawa masuk tetapi kami yang degil ni still lagi sediakan nugget n bebola ayam goreng. Nak hidup kena pandai2 laa.. Dengar citer kat dalam tu makanan dia semuanya mahal2.
Setiba di Sunway, 2 orang hero I tu dah memang x sabar2 nak masuk, especially si Irsyad. After beli tiket, ada pulak seorang budak yang x puas hati sebab dia x dapat jam Sunway. Siapa lagi kalau bukan si Irfan. Dah dia x dikenakan bayaran, makanya dia x dapat la jam Sunway tu. (FYI, kepada sesapa yang x pernah g Sunway Lagoon, jam tu sebenarnya entry tag untuk masuk ke dalam park tu). Hmm.. Jadi, awal2 lagi Irfan dah bad mood sebab semua ada pakai jam dan dia pulak yang x der.
Dah masuk park, terus simpan luggage kat locker. Pastu naik atas balik ( pergh! punyalah tinggi escalatornya) untuk main ride game. Memang seronok main game2 sebegini... very challenging, I yg dah nak masuk veteran nie pun main gak! Bukan apa, menyahut cabaran orang2 yang memperkecilkan keberanian I. Tapi dalam hati subhanallah.. tuhan ajer yang tahu. Kecut berut perut I. Irsyad yang kurus kering pun berani, cuma Irfan ajer yang x enjoy with any ride game. Maybe dia gayat kot!. Each time bila habis ajer main game pastu tanya dia best ke tak? mesti dia jawab, tak best. So, mana2 game yang ada sikit adventurous memang Irfan tak sertai.
Burn yang kesian dengan anak manjanya Irfan, dengan segera memberi arahan agar terus pegi ke water park. On the way to water park, perut rasa dah berkeroncong. Apa lagi, terbayang2 nugget dan bebola ayam goreng yang dibekalkan tadi. Dengan selamba kodoknya kami mengeluarkan bekalan pagi tadi dan makan. I rasa orang yang nampak kami makan mesti tertanya2 kami beli dimana sedangkan x der stall pun yang menjual nugget. Hehehe... itulah.. x pandai... lain kali kena sorok2. Lagi pun, walau kami bawa makanan sendiri, kami x buat sampah sarap or buang merata2. Haaa.. itu yang penting tu. Tengok ajer ice-cream cornetto yang Sunway jual mencecah RM5.00. Aduh!, 2 orang dah RM10. Itu baru makan ice-cream belum makan yang lain lagi!.
Setibanya di water park, saat yang ditunggu2 oleh Irfan dah tiba. Bermain air memang menjadi kegemarannya. Bayangkanlah kalau dalam bilik air kat rumah I nie pun dia boleh buat slide. Kat Sunway ni apa lagi? macam2 dia boleh buat.. and I could see dia memang enjoy, Irsyad pun enjoy juga... boleh dikatakan semua orang pun enjoy lah. Main air, naik water ride, seronoklah! Pukul 3ptg kami dah naik dan tukar baju, takut x sempat nak solat zohor pulak nanti. Akhir sekali, sebelum balik ada last minute request untuk naik ride Grand Canyon River Rapids. Apa lagi... Burn, Azwa n Irsyad naik sekali lagi. Ikutkan I memang nak naik, tapi kesian pulak kat Irfan sebab dia tak suka naik ride tu. Makanya I jadi juruphoto untuk menangkap gambar mereka ajerlah. Balik, badan terasa penat tapi sempat singgah Jusco untuk window shopping. hehehe..
Ulu Yam picnic (5th December 2008)
Haa... lepas berseronok di Sunway Lagoon, my sis Jamilah plan agar kami semua berpicnic di Ulu Yam. So, we all decided to go there on weekdays, bukannya apa.. takut kalau pegi during weekend for sure ramai orang kat sana. Kiranya kali nie cuti2 untuk Irsyad asyik bermain air ajerlah jawabnya. Tapi apa yang penting, Irsyad sendiri seronok dengan activity cuti sekolahnya pada kali ini.
Setibanya di Ulu Yam, seperti apa yang diwar2kan oleh my sis, tempatnya memang best! Lagi pun dah lama I tak p tempat2 mandi air terjun nie. So, feeling tu memang terasa best ajerlah. Kalau x silap I kali terakhir I pegi mandi air terjun ialah di Lata Kijang kat Perak. Masa tu I pregnantkan si Irsyad - 4 months. Hmm.. itulah kali terakhir.. lepas tu I x p dah tempat2 macam ni... kalau ada pun, pasti x mandi... mesti sekadar tengok dan ronda2 ajer.
Apa yang seronok pergi berkelah on weekdays ni ialah tak ramai orang. So, kiranya tempat tu kita boleh conquer laa... dan lagi satu x susah sangat nak cari tempat untuk lepak. Sebab semua pondok tak ada orang yang pilih, so apa lagi?? kita boleh pilih mana yang kita nak. Hehehhe... seronok tak?? Hari tu picnic my sis masak nasi daging, perghh... memang sedap! especially lepas mandi manda.. perut secara automatic terasa lapar minta diisi. Overall bagi diri I, Ulu Yam nie tempat yang memang seronok untuk mandi manda. Especially untuk orang yang ada anak2 kecik macam I ni, memang sesuai bangat sebab tak perlu nak mendaki tinggi2 dan berjalan jauh berbatu2 untuk mencari 'pot' yang baik.
____________________________________________________________________
Oklah, that's all the stories about Iryad's school holiday activities. Today (10/01/09) is Irfan's birthday. Mama minta maaf banyak2 sangat pada Irfan sebab apa yang diplan untuk hari ini tidak seperti apa yang dijanjikan. Actually we all plan nak bawa dia pegi shopping beli birthday gift dan dinner kat luar. Tetapi disebab mama ada last minute customer yang nak buat body treatment, makanya kami keluar agak lewat sikit. By the time sampai kat Jusco Seberang Prai, Irfan dah mengantuk. Hanya sempat dinner di Secret Recepies pastu Jusco pun dah nak tutup. Masa dok dengar announcement tentang Jusco nak tutup mulut I membebel2 bagitau kat Burn apsal lak dia tutup awal kul 10pm(padahal memang dah tahu Jusco tutup pukul 10pm kecuali pada hari2 tertentu). Lain kali tutup laa kul 12pm ker... lagi pun today kan ker Saturday?? Hehehe... itu sebenarnya kata2 geram I sebab tak dapat mengotakan apa yang dijanjikan. Padahal kalau ikut plan asal dan I x der last minute request pasti kata2 membebel ni tidak keluar dari mulut I. Sorry my dear.... mama soo.. sorry. Tadi masa Irfan merengek kat Jusco mama sempat janji esok akan bawa dia pegi jenjalan... Insyallah... esok mama ada masa.. itu pun selepas appointment mama dengan customer settle tenghari esok. Oklah, tunggu update tentang Irfan's birthday on the next post. (HAPPY BIRTHDAY IRFAN)
Bubye! Dah mengantuk nak titon...
Thursday, November 20, 2008
Date: 17/11/08
Menu:-
Irfan - Scottish Bread with Mushroom Soup
Irsyad - Chicken Cordon Bleu
Mama - Cafe De Paris Steak
Abah - As usual, T-Bone Steak
Drinks:-
Blueberry Lassi - Hmm... memang sedap
Strawberry Shake
& Plain Water
Tuesday, November 18, 2008
Dah bertambah setahun umur ku meningkat. Whuaaa.... maknanya secara x langsung diri ini dah tua setahun. Aduss... sadis laa. Cepat betul masa berlalu ek? Last night Burn bawa kami anak beranak dinner kat Damiral's sempena meraikan hari tua ku... ahaks! memang dah tua pun.... cuma berhati muda jer lagi. Rasanya kalau bukan orang2 yang terdekat mengingatkan, pasti akan ku lupa tarikh bersejarah dalam hidupku ini.
Oklah, nak update gambar, rasanya diri ini dah mengantuk, insyaallah.. bila free i updatekan gambarnya yer.... To all my friends and my nieces who sent a birthday wishes thru sms, thank you so much kerana sudi menghabiskan credit anda... hehehe... and last but not least to my 2 heroes and my beloved hubby... thank you so much for birthday cake, dinner & gift.
I love you all....
Monday, October 20, 2008
Hola! hmm...nak dekat habis bulan Syawal barulah I terkial2 nak update my raya entry. This year raya I rasa seronok sungguh. Walaupun dapat beraya di sebelah I hingga raya kedua sahaja, tapi... rasa memang seronoklah!
Lepas settle menziarahi kubur arwah abah, singgah pula ke kubur arwah aliyas. Arwah Aliyas nie adalah anak buah I yang pertama sekali pergi ke rahmatullah akibat accident.
Balik dari tanah perkuburan perut I mula berkeroncong, lapar la tu... sebab belum diisi, manakala Burn pula bergegas ke masjid yang berhampiran untuk sembahyang raya. Apa2 pun, perut I kena isi dulu....hehehe... Raya tahun nie memang I kuat makan betul. Bayangkanlah sepanjang pergi beraya ke rumah orang, x sah kalau x makan ketupat or nasi impit. Hmmm... rasanya ada sebuah rumah ajer kot yang i x rasa ketupatnya.. itu pun sebab dah makan kat rumah yang sebelumnya. Ish3x manalah I ni x gemuk! Kalau pakai baju raya tu, memang dah nampak perut naik membukit dek makan bermacam2 jenis juadah yang dihidangkan. Hehehe... tapi kan ker orang kata, masa raya bukannya time untuk berdiet. Memang betul, tapi sebenarnya eloklah kita makan mengikut ala kadar sahaja... iyer x? Jangan pulak diisi perut kita dengan bermacam2 benda seumpama tong sampah pulak.
First day raya I n family banyak menghabiskan masa dengan beraya di rumah sedara mara di kampung. 2nd day raya I dah balik ke Penang tetapi bertolak agak lewat sikit sebab pergi beraya kat rumah Along, hmm... hari tu Along masak memang sedap walaupun dia berpuasa. Ha, Along... kalau baca tu jangan kembang2 sangat ya.. kang terkoyak lak kerusi kat opis tuh! heheheh... Dari rumah Along, kami terus ke rumah adik Burn di Subang Jaya. Ini consider first time kami p beraya ke rumah adik Burn sebab dia pun baru ajer berpindah beberapa bulan yang lepas. Oleh itu, nak menyampaikan diri ke rumahnya mengambil masa yang agak lama sebab kekurangan informasi arah tunjuk jalan ke TUDM. Lagi pun depa tu kan ka mai dari Kedah, mana nak tau selok belok jalan kat Selangor nie lagi. Hmm.. memang fenin tetapi nasib baik sampai jugak akhirnya kami ke sana. Dalam pukul 5 lebih baru kami bertolak ke Penang.
Balik Penang badan memang penat. Sampai rumah dalam kul 9.00 mlm. X larat nak buat apa dah... esok pepagi basuh kain pastu pack baju untuk ke Kedah lak. Kat Kedah.. agak boring sikit, mungkin ipar duai I semuanya dah balik ke rumah masing2 yang tinggal hanyalah parents n 2 orang adik Burn. So, rasa macam sunyi ajer. Tetapi dalam hati ok jugak sebab x derlah anak2 I buas merayau satu kampung. Sebab depa nie kalau ada geng sepupu sepapat memang x ingat dunia, berjalan merata. Risau I dibuatnya takut masuk dalam bendang ka, x ker pasai. On 4th day raya tu, my MIL request untuk I masak nasi ayam sebelum cik kak p balik UTM. Lagi pun katanya dah lama x rasa nasi ayam dan cabai yang I buat. Ha, dengar tu ada special request daripada my MIL. I pun apa lagi, tunjukkan lah skill yang I ada... hehehe... Alhamdulillah, habis seperiuk nasi yang I masak tengah hari tu. Makan malam memang kena tukar menu lain.
Oklah, till now... dah habis idea dah ni... bye!
Wednesday, September 24, 2008
Assalamualaikum, sedar x sedar hampir sepurnama kita semua sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa. Insyaallah tinggal lagi seminggu ajer lagi untuk kita meraikan hari raya. Bagaimana dengan persiapan raya anda semua? X kiralah bagaimanapun caranya... ingin saya ingatkan biarlah ianya berpada2. Tidak berlebih2 dan tidak kurang.... bersederhana itu adalah lebih baik dari kita berlebih2 sehingga membazir. Betul x?
Alhamdulillah, inilah kali pertama kami menjalani ibadah puasa bersama anak teruna kami yang sulung Irsyad. Maybe first day puasa dia x larat, tengok ajerlah badannya... kurus kering, tetapi alhamdulillah hari2 yang berikutnya Irsyad dapat melaluinya dengan tabah. Namun tinggal puasa tu tetap tak boleh lari dengannya sebab dalam bulan puasa nie kira dah masuk 4 kali dia demam. So, takkan nak paksa dia berpuasa.. iyer x? I nie memang tegas dalam bab2 suruh Irsyad berpuasa.. tetapi tengok keadaanlah jugak.. x boleh nak paksa dia berpuasa jika memudaratkan dirinya.
OKlah, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Jika terdapat salah dan silap yang tertulis di dalam blog I nie secara langsung atau x langsung, harap dapat dimaafkan ya.
Sampai disini dulu... This year kami sekeluarga beraya di Serdang dahulu, insya allah raya kedua baru kami balik beraya di Kedah. Sesiapa yang nak jemput I datang ke rumah pada first day raya tu sila maklumkan lebih awal ya... hehhehee ;D
Sunday, August 17, 2008
Last Tuesday (12/08/08) was Irsyad's birthday. I have a problem to download all the pict's to my computer due to full of memory. I tried to delete some of the files folder, mostly a photo's folder laa.... yet still sembab weh! geram nih! Memang geram tahap gaban punya sebab I tried a few times to upload it. Hmm... nampak gayanya nak suruh big bos upgrade computer baru nih!. Hehehhe... Finally, I found a solutions why not I download ajer kat lap top abahnya, senang citer... while downloading I still can lepak2 n surfing kat dalam bilik yang nyaman... hehehe.. tak ler sorang2 berada kat dalam bilik computer kat bawah tu. So, itulah satu2nya sebab I terlambat update Irsyad punya birthday.
We plan not to do any birthday party for him for this year (you know laa... Burn x suka sangat party2 nih!). Burn x mahu nanti ianya menjadi satu kemestian pada setiap tahun untuk anaknya. Nasihatnya, cukup sekadar celebrate bersama family terdekat itu sudah memadai. Actually, Irsyad do request to have a party for him and he already listed a few names of his friend to invite, and not only his friends but cik lah, atok, kak ija, kak wa... semuanya ada dalam list. Tapi nak buat macam mana?? kuasa veto bukan terletak di tangan I. Walaubagaimana pun, we do celebrate his birthday dalam kelompok 4 orang kami ajer. Bila ditanya Irsyad nak celebrate di mana? Jawabnya, Pizza Hut ajerlah!. Hmmm.... senang citer.... abah dia pun kata OK. So, petang tu I and Burn set a time untuk kami sekeluarga buat date at the nearest Pizza Hut! After office hours Burn terus ke Pizza, while I on that day tutup kedai lebih awal sebab nak kena siapkan 2 orang hero tu before pegi ke Pizza Hut!. I sampai 5 mins early than Burn. Staff kat Pizza Hut tu pun pelik agaknya... nie mama n abah budak2 nie.. tapi mengapa mereka datang asing2? Hmm... siapa nak jawab soalan tu yer?? heheheh.... We do enjoyed our dinner... very peaceful sebab weekdays x ramai orang makan kat sana. Cuba kalau pegi during weekend. Subhanallah! nak cakap semeja pun kena jerit.... sebab terlalu bising dan penuh dengan orang. Lepas dinner, kami terus ke Secret Recipes untuk beli cake.
Mood I masa nak beli cake tu kureng sikit sebab I dah rasa x sedap badan. Rasa macam nak demam ajer. Suruh Burn pilih cepat2 cake mana yang nak dibeli, pastu nak terus balik ajer!. Finally, atas desakan Irfan kami pun belilah Mango Delight cake. Memang I & Burn plan nak beli cake yang x pernah kami rasa. So, inilah hasilnya cake Irfan jugak yang terpilih, kalau ditanya birthday boy memang pening kepala, sebab sekejap nak cake tu sekejap nak cake ni..... x ker haru. Hehehe... nasib cake yang Irfan pilih tu sedap dan Irsyad pun suka. Kalau x sedap, buat rugi RM70 ajer semata2 beli cake tu.
Balik rumah Burn terus bagi hadiah... Irsyad dapat 2 hadiah, tapi Irfan pun dapat jugak... tapi satu jerlah. Kalau x beli untuk Irfan, kang merajuk pulak dia. Abah dia memang adil dalam bab2 bagi hadiah nie. Serupa juga bila birthday Irfan, Irsyad pun akan dapat hadiah... cumanya dia dapat satu ajerlah. Birthday boy selalunya dapat lebih sikit! Alhamdulillah, anak2 x bergaduh dan berkecil hati kerana nak berebut hadiah sebab masing2 ada habuan masing2. Bila ditanya Irsyad seronok x dapat makan Pizza Hut n dapat hadiah? Dia jawab seronok. Even masa lepas makan Pizza tu Irsyad ada bagi tahu kat abahnya, "Terima kasih abah kerana belanja Irsyad makan Pizza." Bila I dengar rasa sayu hati... sayu kerana dia tahu menghargai dan berterima kasih dengan apa yang diberikan kepadanya. Hmmm.... memang anak teruna I ni dah besar panjang......
Lepas bagi hadiah, potong cake... ngap makan sikit2, I telan panadol 2 biji dan terus masuk tido. Next day... memang I demam!.
Thursday, July 10, 2008
Hola, lama yer i x update my blog, rasanya ada la dalam 2 bulan gitu... Bagi sesiapa yang melawat blog i nie mesti rasa bohsan sebab i x update citer2 terbaru. Especially, orang tua Mariam and Misz Beauty.... mesti merungut, "apsal laa Cik Nah ni x update2 blog dier". Hmmm... gerenti punyalah!. Bak kata Misz Beauty nak termuntah asyik dok tengok entry yang sama ajer. Sorry laa.. acik bbbbzzzzzzzzzz.. eh!3x, mengalahkan Cik Salmi pulak i nie. Cik Salmi pun ada masa untuk update fotopagesnya walaupun sibuk dengan buku2 dan anak2. Iyer x cik Salmi? Hehehe... sebenarnya I bukan bz tetapi penat dengan rutin harian sehingga kengkadang nak menghadap depan computer ni memang x larat rasanya.
Actually memang banyak perkara yang happened within this couple of month, tapi tunggu dululah... esok2 baru i citer yer. Citer terbaru mengenai i n my family ialah, i baru ajer balik dari Hospital Pantai Mutiara. Reason? Irsyad admitted due to viral infection. Dia demam and bila makan dia muntah, makan ajer dia muntah sehingga minum air pun dia boleh muntah. Finally bila bawa dia p jumpa Pead Dr. Hasanah, dia ditahan di wad kerana dehydrated. Nak x nak I, Burn and Irfan pun dok berkampung la sekali di Hosp. Pantai tu.
Alhamdulillah, sekarang Irsyad dah Ok. Cuma doktor pesan supaya dia makan banyak sikit, sebab laaa nie badan dia memang sungguh cekeding. Keringg ajer badannya.... serupa lidi. Hopefully dengan adanya advice dr Hasanah tu, dia akan kuat makan. Dan kepada my blog viewer, doa2kan lah juga supaya Irsyad akan kuat makan serupa adiknya Irfan yang tak henti2 asyik nak berulang makan aje.
Till now, dah rasa mengantuk dah nie. Bila free I update lagi eh!
Friday, April 25, 2008
Untuk Burn, Jaga diri dan anak2 baik2. Segala pengorbanan dan keperihatinan you terhadap apa juga yang I ceburi dan usahakan selama ini... seseungguhnya amat tidak terbalas oleh I. Thank you so much for being a wonderful husband and abah for me and for the 2 heroes. Doakan semoga apa yang I usahakan ini berjaya dan diberkati oleh Allah di dunia dan di akhirat.
I love you and I'm gonna miss you so much!
Tuesday, April 22, 2008
Hari Ahad yang lepas adalah hari jadi Burn yang ke34. Tahun ni I x beli satu hadiah pun dia. Tiada kek, tiada card... hanya sms pengganti diri. Teruk betullah I ni!. Mana x nya, duit I dah habis sebab dok shopping beli barang untuk pergi kursus yang akan datang. Kesian kat dia... I rasa macam bersalah ajer... Tapi nasiblah Burn ni jenis x kisah.... pada dia hadiah tu bukanlah sesuatu yang penting... apa yang penting adalah ingatan kita pada tarikh itu yang lebih bermakna.
Birthday Burn pada kali ini kami celebrate di kampung. Kebetulan weekend tu memang kami dah plan untuk balik ke kampung sebab nak menjenguk Tok Burn yang sedang sakit. Di awal pagi ahad itu, Burn dah suruh kami anak beranak bersiap untuk ke Bandar Darul Aman, Jitra for outdoors activity. Lokasinya x jauh mana pun dari kampung Burn. Dalam 15min dah boleh sampai..... I memang teruja betul pagi tu sebab dah lama kami anak beranak x adakan outdoors activity. Irsyad n Irfan bukan main seronok lagi bila dengar kami nak bawa mereka pergi naik bot. I pun seronok jugak sebab rasanya dah lebih 15thn I x naik bot.
Setibanya kami di Bandar DA, our first acitivity is boggey ride. Naik ride keliling area tasek tu... seronok jugak, cuma Irfan ajer yang haru sikit sebab dia pulak yang nak bawa boggey tu. Lepas dah round satu tasek tu... barulah kami naik bot. Masa nak naik bot nie pun satu hal jugak. Irfan pun sibuk jugak nak paddle bot tu.. pada hal mana laa sampai kakinya cecah kat paddle tu. Irsyad jugak yang ok. Ok sebab dia pening kepala... hahaha.. lebih kurang macam mama dia jugak.. pening bila tengok air di tasek tu berombak2 di tiup angin. Rasa lenguh kaki2 I nie masa naik bot tu. Itu pun nasib x pegi round satu tasek... Ikut kan Burn, memang dia nak round satu tasek tu... tapi i bagi tau kat dia I dah surrender.. mana dengan penat nak kayuh dan panas matahari yang nak naik.... I bagi tau kat Burn lepas nie I x mau dah naik bot. Hehehhe... x syok mana pun... tapi kalau berdua mungkin syok kot! Lepas naik bot, kami biarkan Irsyad n Irfan main di playground berdekatan. Hmmm.. seronok betul tengok dia orang tu bermain. Sampai nak tengahari baru mereka stop bermain. Itu pun kena panggil dua beradik tu ajak balik... kalau tidak mahu mereka tido kat playground tu ajer.
On the way balik, singgah kat pekan Jitra. Since that day is Burn's birthday, dia belanja kami makan kat Pizza Hut!. Hehehe... terbalik kot pulak! Burn yang kena belanja kami. Patutnya kamilah yang kena belanja dia. Tapi kalau bukan dia yang belanja, siapa lagi yang nak belanja. I nie kan ker dah pokai. I rasa inilah kali pertama kami celebrate birthday kat Pizza Hut!. Kami order set Italiano Paradiso. Hmm... memang sedap pizzanya.... siapa yang belum lagi mencuba Italiano Paradiso nie... baik pergi cuba... memang sedap!
Oklah... corat coret I sampai disini. Insyaallah, bila I free I update lagi.... bubye! Untuk Burn yang tersayang...
Tuesday, April 15, 2008
Hari yang paling sedih sepanjang 10 hari berada di sana adalah pada hari ke 5, hari perpisahan bersama facilitator kerana mereka akan digantikan dengan facilitator yang baru.. merujuk subjek yang baru. Setiap ungkapan doa yang dipanjatkan oleh Pak Sheth pada malam itu benar2 menyentuh hati dan perasaan. Untuk seketika dewan yang dipenuhi dengan 79 orang peserta terasa begitu hening sekali... dan pada ketika itulah hati teringatkan suami dan anak2 yang ditinggalkan.... terasa betapa kerdilnya diri ini disisi allah.... sesungguhnya kadang kala kita alpa dengan apa yang kita ada tanpa bersyukur bahawa semua yand datang itu adalah dari Allah. Tanpa keizinanNya segala2 yang kita rancang atau impikan tidak akan berjaya. Seketika kemudian keadaan dewan dipenuhi dengan isakan dan tangisan para2 usahawan. Tidak kira lelaki atau perempuan... masing2 mempunyai jiwa dan perasaan.... linangan airmata tanda kesedaran bahawa adakah cukup ilmu dan iman untuk dibawa kehadapan? Demi generasi muda yang akan datang, harus kita berdiri dan martabatkan diri sebagai usahawan yang gemilang. Gemilang bukan sahaja pada nama, tetapi kepada agama, nusa dan bangsa. Di kesempatan ini, I memohon beribu kemaafan andaikata terdapat salah silap serta terkasar bahasa kepada semua rakan sekelas I dan my housemate. Saya doakan semoga anda semua akan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Insyaallah....
Rakan2 sekelas & my housemate ...
1) Kak Ina (my roomate) 20) Rashid (Ustaz, pembaca doa & my best adik too..)
2) Adek Ira (my best adik) 21) Khamis
3) Dilla (my housemate) 22) Khairul Anwar (kembung)
4) Ina ( my housemate) 23) Ahmad Tarmizi
5) Ida (my housemate) 24) Effendy
6) Zira (my housemate) 25) Pakcik M.Jamil (CEO)
7) Kak Latifah 26) Johari
8) Kak Salamah 27) Amran
9) Hjh Nan Teh (Accountant)
10) Shamin (Secretary)
11) Jarina
12) Midah
13) Hjh Esah
14) Eny
15) Atie
16) Emmy
17) Roslina
18) Yatie
19) Cik Piah
p/s- I rindu.. rindu... rindu... u all semua. Untuk peserta SPA & Beauty.. kita jumpa 28hb nanti...
Thursday, February 21, 2008
Hola! It's been long, long time I didn't update my blog. Sorry guys! But I do really miss all this stuff. Yesterday is our 8th Anniversary. Couldn't imagine how time flies very fast. Now I'm three quarter of century already :(. Alhamdulillah, our marriage everlasting till now and hopefully it'll last forever. Life really makes me to appreciate everything that I have in my life and I do really thankful to Allah (swt). I'm so grateful coz I have a very wonderful husband and 2 sons that cheering my life. Yesterday we went out for dinner to celebrate our anniversary. With the boys, aduh!... rasa gamat restaurant tu dengan karenah mereka. I received a beautiful brooch with a lovely card from Burn and for him, I just bought a Renoma T-shirt with a simple card (sorry sayang, limited budget! heheh!) Oh! ya, I wanted to share with you guys the verse that Burn written in the card. Macam x caya jer hubby i nie ada bakat berpantun...
Amir Irsyad sudah bersekolah..
Irfan pula pandai membilang..
Semakin hari bertambah sayang..
Till now, hopefully terubat rindu kepada sesiapa yang nak cerita terbaru dari i.
Wednesday, January 02, 2008
Last Monday Irsyad had his first orientation at his new school S.K Bandar Tasek Mutiara. So pepagi lagi after suboh, I dah kejutkan Irsyad to get ready. Bukannya apa, I memang dah masak dengan perangai dia yang memang liat nak bangun pagi. While Irsyad mandi, mama buat his favourite breakfast menu- roti + scramble egg with cheese.
After breakfast Mama pun rush hantar Irfan ke nursery and straight ahead to school. Sampai ajer di sekolah tengok kereta dah penuh kiri kanan jalan. Finally dapat gak park keta, tapi jauh lerr...
Dalam pada mama blurr and don't know what to expect (iyerlah first time, mana nak tahu apa yang kena buat), tengok ramai dok baca kat board, the list of student yang masuk ke temporary class. Check punya check dapat tahu Irsyad masuk ke kelas Merak. Lepas tu tengok all the parents heading ke dewan. Mama pun follow ajelah depa... hehehe memang tak tahu dewan sekolah tu kat mana, rupanya kat tingkat satu. Sampai ajer tengok dewan dah dipenuhi dengan parents and students.
Tak berapa lama selepas itu, cikgu suruh all the students pergi ke belakang dewan. Masa tu Irsyad memang dah menggelabah, ikutkan I pun nak menggelabah sekali... tapi apa2 pun kita kena cool.... I bagitau kat dia, u just follow your friends Ok. Later mama will find you. After that, dia hilang dari pandangan mata i. Dalam hati I, ish! kemanalah depa nak bawa anak I nie? Rupa2nya cikgu2 mereka bawa mereka ke kelas sementara untuk menjalani ujian. Masa nie jugalah kita boleh lihat ada student yang menangis yang x mahu berpisah dengan parents mereka. Risau gak bila I tengok ada budak yang menangis nie.. takut Irsyad pun join sama menangis. Tapi alhamdulillah... so far so good...
Taklimat dari Guru Besar dan guru2 yang lain berakhir dalam pukul 10am. I terus menuju ke kelas Merak untuk tengok Irsyad. Tapi telek punya telek Irsyad x der kat dalam kelas tu. Haa.. sudah, dalam hati I kemana pulak dia pergi? I pun pergi ke kelas yang lain untuk mencari dia.. dalam hati jenuhlah i nak mencari.... sebab ada 6 kelas kesemuanya. Nasib memang menyebelahi I, kelas pertama yang i tuju i dah nampak dia. Dia masuk ke kelas Murai. Dalam kelas tu I tengok dia duduk seorang saja... tak ada kawan pun dan duduk dibelakang sekali dengan x buat apa. Student yang lain semuanya i tengok sibuk menjawab kertas soalan. Yang x syoknya, mana parents yang datang, siap ajar anak dia orang jawab soalan. Ish! mana aci.. I pun terus tuju kat Irsyad, since I tengok cikgu dia pun x kisah parents tolong ajarkan anak dia orang, I pun ingat nak tolong jugak laa. I tanya dia where's your paper. Dia bagi tahu dah passed up kat cikgu. I tanya betul ka? and I tanya lagi, are you sure you can answer all the questions. Irsyad kata a'aahh.. senang ajer. Dalam hati, tak puas hati sebab x dapat tengok apa yang dia jawab. I p tanya cikgu dia, Irsyad dah passed up ker paper dia. Cikgu dia jawab, A'aaahh dia student yang paling awal passed up the paper. Cikgu dia siap bgtau, dia masuk kelas paling lewat sekali, tapi dia siap paling awal. Hmmm... dalam hati teror gak anak aku nih. Tapi betul ker jawapan yang dia buat tu? Sama2lah kita tunggu keputusan dia masuk kelas mana nanti.
Lepas habis test, kena tunggu giliran untuk amik buku teks pulak. Masa tu badan Irsyad start panas... memang dia demam pun. Maybe shock with the new environment. Hari ni, dia still demam. Hopefully by tomorrow dia dah ok sebab esok dah start sekolah. Doa2kanlah semoga dia cepat sembuh. Aminnn...