Sunday, February 18, 2007

Salamz semua…. Aduh, aduh, aduh…. It’s been quite sometimes I didn’t update my blog. Rindu sesangat I ngan my blog nih! Hehehe… bukannya apa, I rindu to update you guys with my latest news. I knew some of my blog readers pun rindu jugak nak tahu citer2 I kan?
Alhamdulillah…Burn dah selamat pulang ke tanah air pada 29hb January lalu. Hmm… I memang berkobar2 untuk menyambut kepulangan dia on that day.... mana taknya… dah sebulan lebih tak berjumpa.. rindu weiii.. sapa x rindu. Flight arrival from HK at 6.30pm macam tu, tapi kami anak beranak bertolak dari rumah pukul 4.00pm. Haa.. awal x kami nak p jemput abah dia??? Heheheh… memang I sengaja bertolak awal dari rumah, sebab kalau keluar lambat takut jam pulak di Penang bridge nanti. Since kami tiba awal di Penang island, sempatlah I bershopping kejap di Sunshine dan bersolat asar di surau Airport. Ngam2 I selesai solat, terdengar announcement flight arrival from HK. Hmmm… bergegas I sapu bedak dan calit mana2 yang patut, sebab nak ler melawa sikit b4 berjumpa dengan abah dia. Yang si Irsyad dan Irfan pulak, x boleh nak bagi I senang sikit! Irsyad dok sibuk tanya kenapa I pakai hat tu, hat nie… siap dia tanya nak bagi cantik ker?? Yang si Irfannya pulak, kat mana I calit, dia pun sibuk laaa suruh I calit kat dia… sampai ada seorang makcik tu dok gelak sebab tengok gelagat dia orang berdua. I pulak fenin nak melayannya. Lepas ambil abahnya di airport, kami terus dinner di Secret Recipes. Now, dah 2 weeks + Burn balik dari US, tapi laa nie dia begitu sibuk dengan project kerja dia di US tu. Sometimes balik kerja sampai lewat malam, kengkadang sampai kul 2.00 pagi baru sampai ke rumah. Kesian sungguh kat dia, sampaikan hari Sabtu and Ahad pun dia p kerja jugak!. Kita yang tengok pun terasa penat bila dia dok balik kerja lewat malam, inikan pula orang yang menanggungnya.

Haa.. I nak citer sikit, anak sulung I iaitu Irsyad telah selamat disunatkan pada hari Khamis (8/2/07) di Hospital Pantai Mutiara. Masuk hari nie consider dah 8 hari, and alhamdulillah… keadaannya sekarang beransur pulih. Hmmm…. Masa pagi Irsyad disunatkan, mama dia pulak yang seram sejuk. So, masa depa nak bagi Irsyad tidoq before the operation, Burn yang pergi temankan dia ke Operation Room. Tak sanggup rasanya I nak tengok dia… sebab I nie cepat takut..... Lagi pun Irsyad bukannya tahu apa2 pasal sunat menyunat nie..…

Ingat lagi selepas operation, ketika dia sedar… dia masih Ok sebab ubat bius tak hilang lagi petang tu… tapi semasa I nak tengok jahitan dia, barulah dia terperasan, there’s something wrong with his ‘anu’ and he asked me what happened to his ‘anu??’ I cakaplah dia dah disunatkan, pastu dia habaq kat I yang dia x mau disunatkan… I told him, kalau x mau pun.. x boleh nak buat apa lagi, sebab memang dah kena sunat. He told me that he wants his “old anu” which is looks nice. I pun pujuklah dia that later on after the wound is Ok, he’ll get even better ‘anu’ which is nicer than the previous one. Hehehe.. pandai x mama dia jawab??? Nasib dia boleh accept my explaination, kalau tidak haru gak I dibuatnya. The next day kami discharged from the hospital…. Tapi dia pulak kena high fever, jenuh nak bagi dia makan ubat.. faham2 ajerlah, hero2 I memang susah nak bagi makan ubat. Lagi pun faham2 ajerlah, abahnya boleh dikatakan every night balik lewat malam sebab banyak kerja. Memang terasa penat sungguh nak handle semua seorang diri. Alhamdulillah, nasib the next morning demamnya beransur pulih. Sekarang dia still under recovery lagi…. Orang dok habaq, orang yang kena sunat x boleh minum ayaq banyak takut tang ‘anu’ tu bengkak!. Tapi nak buat lagu mana kalau laa nie musim panas… takut dehydrate pulak Irsyad kalau x cukup air dalam badan. Tapi I catu jugak sikit2… kang kalau tak dengar cakap orang tua2 jika terjadi apa2 nanti kita jugak yang dipersalahkan. So, kalau nak memandai tu biarlah bertempat… mana yang terasa logic tu, kita follow ajerlah… x rugi pun.. betul tak??


Hmm.. okeylah, dah panjang lebar dah nie… kang rasa boring pulak nak baca… kita jumpa lagi… bubye…

2 comments:

Anonymous said...

Hasnah...'YOU ARE TAGGED'..pls visit my FP for details...hepi tagging!!!! p.s Bila leh jumpa & gebang nie???

hbo said...

Waduh! waduh!... kok x bagitau awal tentang tagging magging nie?? hehehe gurau ajer! Iyerlah, bila kita boleh berjumpa dan bergebang??? U setlah date.