Saturday, June 24, 2006
Assalamualaikum, Alhamdulillah kami sekeluarga kini telah berada di Boise, Idaho USA. Kami tiba di SFO (San Francisco Airport) pada hari Khamis pukul 4pagi waktu Malaysia. After menunggu 5 hrs di San Francisco Airport kerana flight delayed, barulah kami berlepas ke Boise.
Perjalanan kami ke US sungguh memenatkan. Apatah lagi dengan karenah 2 orang hero yang ada kalanya sukar untuk difahami apa yang mereka inginkan. Lagi pulak yang si kecik tu.. Irfan banyak betul ragamnya. Dari HK hingga ke San Francisco bagaikan bertahun rasanya untuk tiba ke destinasi yang dituju. Dengan keadaan seat yang sempit.. adduhhhh... memang sungguh tidak selesa.
Setibanya kami di Boise, kami terus ke Winco untuk membeli barang makanan. Nasiblah hypermarket di US nie kebanyakan beroperasi 24 hrs. Jika tidak jenuh jugak, sebab kami tidak lalu menjamah makanan di dalam kapal terbang. Selepas subuh barulah kami masuk tidur...
Keesokan harinya I demam. Al-maklumlah.. semasa nak datang ke US pun dah terasa tak sedap badan.. sakit tekak dan sebagainya...kena pulak dengan perjalanan jauh yang sungguh memenatkan... hmmm.. bagai dicita ulam mendatang ler jawabnya. Nasiblah kedua orang hero I tu tak demam... kalau tidak lagi jenuhlah si Burn nak melayan.
Since I kurang sihat, Burn yang menyediakan dinner untuk kami sekeluarga. Nasib baik jugalah dia nak memasak... Iyerlah, kalau bukan dia yang kena masak, siapa lagi yang nak diharapkan sebab I dah tak sihat! Betul tak?? Jika tidak, kelaparanlah kami semua....
Buat masa ini I tak dapat upload lagi gambar yang kami tangkap sewaktu dalam perjalanan ke sini....sebab terlupa nak bawa cable camera (tertinggal dirumah). Insyaallah, kami akan cuba cari cable tu di sini tetapi jika tak der jugak!.. alamatnya, tak derlah gambar yang akan mewarnai weblog I pada kali ini.
Okeylah, Salam Sayang untuk semua family & rakan2 yang berada di Malaysia.
Assalamualaikum!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
wahhh bestnyerrr...mesti dua hero tu happy duk sana....take care yer...psst lama ke stay kat sana? klau tak buleh kirim baby guess sehelai dua hehehe...
best? hmm.. bolehlah tahan... irsyad mmg happy dok kat sini, tak larat nak dok layan soalan dia. irfan x tau pulak suka ker idak.. hehehe since dia pun tak leh nak celoteh lagi. i mgkin berada disini dalam 2 bulan. btw, siapa nie?
fizzie...hehehe..terlupa nak letak nama tadi...tolong surveykan ye kot2 ada baby guess yg worth it bli kat sana...bulehla i kirim hehehe....
insyaallah.. jika akak ada terjumpa baby guess, akak akan cuba surveykan harganya. tapi kat sini kebanyakan brand yang fofular Osh Kosh B'Gosh & Carters.
huhuhuhuuu...penat sungguh tunggu berita acik dr US...alhamdulillah slmt sampai sume.......sane skang musim pe cik???member eija kat australia cakap sane nak start winter...kalo same..waaahhhh..lagi arr besh.......;-)
cite psl guess tuh...eija pown baru nak suh acik surveykan sun glasses kat sane;-) survey yg mantap2 k...;-)
laaa nie musim panaz laa... tapi still ok lagi if compared to some other states yang memang panaz giler bila musim summer. how much is your budget?? ada specific brand ker yang nak disurvey?? kalau ada plz e-mail kat acik. ok.
owh ok...nnt kite bg taw specific dier eh...budget tak lah banyak....dlm 300 tu kire ok arrr:) anything i'll inform ya..=)
Post a Comment