Sunday, May 21, 2006
Yupe, I am in dilemma right now whether we're (I anak beranak) going to US or not! The reason why we're going to US?? Actually Burn got a project to be done in US for 2 months. So, apa lagi... I pun bodeklah nak ikut. For me 2 months consider lama tu.... Ish! x sanggup rasanya nak berjauhan dengan suami tersayang selama 2 months. It's hard to persuade Burn to bring us along in the beginning. I've been trying so hard to persuade him since the day I knew he needs to be there. And for sure, there'll be a pro's and con's if I anak beranak ikut. Biasalah, money wise.... everything need to be calculated. For me, loves and happiness is d most important things in our lives. Alhamdulillah... akhirnya lembut juga hati Burn untuk membawa kami ikut serta. Thank you "sayang" for your consideration and thank you too to all my friends yang memberi I sokongan untuk terus memujuk Burn. Hehehe.... Without you all, I don't think I'll be able to persuade him. Susah woo nak pujuk mamat sorang nie. Hehehehe...
Persoalannya sekarang, mengapa I dalam dilemma?? I dalam dilemma kerana keputusan untuk ke US sekarang dipostpone by his manager coz he might be involved with another project in Malaysia. Haaiii... lemah semangat bila dengar kena postpone. Mana x nyer... setelah I bertungkus lumus memujuk dan merayu untuk dibawa bersama ke US dan Burn pun akhirnya dah setuju, sekarang kena postpone pulak! Kalau postpone tapi confirm pergi x per... Ini 50/50 pulak! Aduhhhh.. boring laaa macam nie. Dah lama I x pi jalan jauh2 (oversea). Ada laa dalam 5 years back, since balik dari US dulu. Sekarang rasa nak bertukar anginlah pulak.... Hmmm.. sebab tu lah I dalam dilemma.
Apa2 pun, keputusan untuk ke US kena tunggulah dulu. Insyaallah, jika ada rezeki mungkin kami anak beranak akan ke US by mid of June. Tapi kalau x der, tak per laaa.. dah bukan rezeki.. iyer tak? Pergi atau tidak, yang penting I love him so much dan dia berada dekat dimata, makin dekat dihati I..... Tunggu ajerlah keputusanya nanti ya!
Wassalam.
Monday, May 08, 2006
Setelah 9 bulan bersama, membawa ke mana2 sahaja Cik Mimie pergi.. akhirnya lahirlah seorang puteri bertubuh munggil pada 29 April 2006, jam 6.30 am seberat 3.2kg dengan nama yang cukup indah - Sarah Arissa Dania. Alhamdulillah kedua ibu dan anak berada di dalam keadaan yang sihat. Cuma after a few days keluar dari hospital Arissa di dapati ada jaundiced dan dimasukan ke ward selama 3 hari.
Last Saturday,I went to visit Cik Mimie kita yang baru lepas bersalin di rumah barunya di Sungai Petani. I memang tak sabaq nak tengok baby Cik Mimie kita sebab nak tahu baby dia ikut rupa siapa.. ikut rupa mama dia ker or abah dia??. Tapi bila dah nengok baby cute tu,macam tak tahu pulak nak beza ikut rupa Mimie or Irman. Apa2 pun yang pasti d baby ikut rupa dia sendirilah... hehehee... betul tak? Lagi pun masa baby nie susah nak diramalkan ikut rupa siapa sebab bila dia dah besaq sikit rupa dia bertukar pulak!. So, kalau nak tahu banyak ikut rupa siapa, kena tunggu dia besar sikitlah. For those who don't have a chance to see d cute baby, nie i postkan gambar2 yang sempat I ambil ketika berada di rumah Cik Mimie kita. So, enjoiceee...
Ditujukan khas untuk :-
My moms - Zainab Abu Bakar dan Fatimah bt Hj. Shariffudin
My sisters - Siti Mariam Omar, Kamaliah Omar, Akbariah Omar dan Jamilah Omar...
My in-laws - Azimah Zulkefli, Salmah Othman, Rozianti, Kak Fiza, Kak Hawa, Hani...
My friends - Salmi, Ollie, Yati, Fizzie, Halijatun, Kak Jus, Ita dan semua yang mengenali diri ini tapi tak tersenarai....
Diucapkan "Selamat Hari Ibu" . Tidak lupa juga kepada semua wanita yang bergelar ibu, mama, mummy, ummi, mak dan bakal ibu. Semoga kita semua bersyukur dengan gelaran yang diberikan kerana "tangan yang menghayun buaian itu, mampu mengoncangkan dunia". Hmmm... besar maknanya tu... jangan main2.
Saturday, May 06, 2006
May 05, 2006
Yesterday we went to Harvard Golf Club - Sungai Petani dan bermalam di sana. Actually tempat tu tak ada apa2 yang menarik pun melainkan ada golf club, tetapi memandangkan ada perkara yang perlu di uruskan, maka kami anak beranak bermalam disana. Lagi pun sekali sekala bawa anak2 bermalam di hotel syok jugak... boleh depa berenang di swimming pool. Kalau di tanya pada I service di sana ok ker idak, I cuma boleh bagi rate dia dalam 2.5 bintang ajer. Sorrylah erk!.. Hehehe...
Wednesday, May 03, 2006
Yupe, that is what really happened to me yesterday noon. I've been locked outside d house but still inside d car posh. Hehehehe.... inilah dikatakan orang nak dijadikan cerita. Kisahnya begini...
Semalam seperti hari2 weekdays yang lain, lagi 2 minutes to 12.oopm I akan bersiap (pakai tudung) to fetch Irsyad frm school. Ketika membelek h/bag I, baru I realised my favourite pen (a gift frm Burn for my besday) dah hilang. Dalam hati I dah jangka mesti tercicir di Sunshine sebab d day before, kita orang p shopping di Sunshine untuk beli groceries. Rasa sedih sangat coz I really loved d pen and it's a gift frm Burn pulak tu ;( tapi waktu tu masa tak mengizinkan untuk I bersedih2 sebab it's time to fetch Irsyad, sat g kalau lambat amik dia.. banyak pulak questionaire yang perlu dijawab. Sambil bergegas I capai handbag, keluar rumah.. lock pintu dari dalam... and "tadaa......" baru I perasan yang kunci rumah dan kunci keta masih ada kat dalam.
I panic for a while, x tahu nak buat apa... I gegar2kan pintu dari luar dengan harapan kot2lah pintu tu boleh terbuka... tapi "harap" ajerlah. Nasib baiklah masa tu Irfan ada bersama dengan I, kalau dia terkunci dari dalam lagi haru I dibuatnya. I search kat dalam h/bag nasib hand phone ada.. sms kat Burn bg tau I dua beranak dah terkunci kat luar, dia bg tau dia akan balik tengahari tu. I called Ms Jeanie ( Irsyad's teacher) that I'll pick him up a little bit late. Lega dalam hati, since everything is under control. Cuma nak kena tunggu Burn balik ajer. Di luar rumah punyalah panas... berpeluh2 I dibuatnya, rasa dihati mahu ku cabut saja tudung dikepala ku ini. Since dah terperangkap di luar rumah, untuk mengisi masa yang terbuang... I pun sapu sampah dan melayan Irfan naik basikal. Bukannya apa, takut dia bebai ajer nanti. Irfan kalau dah bebai payah sikit nak pujuk tapi sekali sekala ada jugak dia buat perangai sebab boring, nasib baiklah kat car posh tu ada buai... (hmm.. I pun apa lagi, landing dan bagi dia menyusu sampai puas.. barulah dia x banyak ragam.)
Burn sampai kat rumah around 12.32pm, agak2 dalam setengah jam jugaklah I berada di luar rumah. Sambil tersengih dari dalam kereta dia melihat I yang menjadi security guard di rumah sendiri. Hehehe... pengalaman yang tak boleh I lupakan... Serik! next time kena beringat " kalau nak keluar rumah, dalam fikiran jangan fikir benda2 yang lain, kang ada ajer benda yang tertinggal". Ingat tu!.