Wednesday, December 31, 2008
Aduhhh.. lama betul I peram entry nih! Hingga berakhirnya tahun 2008 dan menjelangnya tahun 2009 baru sempat nak update (hmm.. makan tahun tu.. hehehe). Kalau bukan dek bz nak menyiapkan baju pengantin yang ditempah last minit.. rasanya dah lama I update blog ni. Lagi pun gedebak gedebuk dengan Irsyad nak start sekolahnya.... nak shopping barang2 keperluannya... makanya terbasilah cerita I kali ni.
Oklah, this time entry is about School Holiday activity. Ada a few activities yang kami lakukan sepanjang last holiday untuk kami sekeluarga.
____________________________________________________________________
Sunway Lagoon (3rd December 2008)
Awal pagi dah bersiap nak ke Sunway, eventhough dah tahu makanan luar x leh dibawa masuk tetapi kami yang degil ni still lagi sediakan nugget n bebola ayam goreng. Nak hidup kena pandai2 laa.. Dengar citer kat dalam tu makanan dia semuanya mahal2.
Setiba di Sunway, 2 orang hero I tu dah memang x sabar2 nak masuk, especially si Irsyad. After beli tiket, ada pulak seorang budak yang x puas hati sebab dia x dapat jam Sunway. Siapa lagi kalau bukan si Irfan. Dah dia x dikenakan bayaran, makanya dia x dapat la jam Sunway tu. (FYI, kepada sesapa yang x pernah g Sunway Lagoon, jam tu sebenarnya entry tag untuk masuk ke dalam park tu). Hmm.. Jadi, awal2 lagi Irfan dah bad mood sebab semua ada pakai jam dan dia pulak yang x der.
Dah masuk park, terus simpan luggage kat locker. Pastu naik atas balik ( pergh! punyalah tinggi escalatornya) untuk main ride game. Memang seronok main game2 sebegini... very challenging, I yg dah nak masuk veteran nie pun main gak! Bukan apa, menyahut cabaran orang2 yang memperkecilkan keberanian I. Tapi dalam hati subhanallah.. tuhan ajer yang tahu. Kecut berut perut I. Irsyad yang kurus kering pun berani, cuma Irfan ajer yang x enjoy with any ride game. Maybe dia gayat kot!. Each time bila habis ajer main game pastu tanya dia best ke tak? mesti dia jawab, tak best. So, mana2 game yang ada sikit adventurous memang Irfan tak sertai.
Burn yang kesian dengan anak manjanya Irfan, dengan segera memberi arahan agar terus pegi ke water park. On the way to water park, perut rasa dah berkeroncong. Apa lagi, terbayang2 nugget dan bebola ayam goreng yang dibekalkan tadi. Dengan selamba kodoknya kami mengeluarkan bekalan pagi tadi dan makan. I rasa orang yang nampak kami makan mesti tertanya2 kami beli dimana sedangkan x der stall pun yang menjual nugget. Hehehe... itulah.. x pandai... lain kali kena sorok2. Lagi pun, walau kami bawa makanan sendiri, kami x buat sampah sarap or buang merata2. Haaa.. itu yang penting tu. Tengok ajer ice-cream cornetto yang Sunway jual mencecah RM5.00. Aduh!, 2 orang dah RM10. Itu baru makan ice-cream belum makan yang lain lagi!.
Setibanya di water park, saat yang ditunggu2 oleh Irfan dah tiba. Bermain air memang menjadi kegemarannya. Bayangkanlah kalau dalam bilik air kat rumah I nie pun dia boleh buat slide. Kat Sunway ni apa lagi? macam2 dia boleh buat.. and I could see dia memang enjoy, Irsyad pun enjoy juga... boleh dikatakan semua orang pun enjoy lah. Main air, naik water ride, seronoklah! Pukul 3ptg kami dah naik dan tukar baju, takut x sempat nak solat zohor pulak nanti. Akhir sekali, sebelum balik ada last minute request untuk naik ride Grand Canyon River Rapids. Apa lagi... Burn, Azwa n Irsyad naik sekali lagi. Ikutkan I memang nak naik, tapi kesian pulak kat Irfan sebab dia tak suka naik ride tu. Makanya I jadi juruphoto untuk menangkap gambar mereka ajerlah. Balik, badan terasa penat tapi sempat singgah Jusco untuk window shopping. hehehe..
Ulu Yam picnic (5th December 2008)
Haa... lepas berseronok di Sunway Lagoon, my sis Jamilah plan agar kami semua berpicnic di Ulu Yam. So, we all decided to go there on weekdays, bukannya apa.. takut kalau pegi during weekend for sure ramai orang kat sana. Kiranya kali nie cuti2 untuk Irsyad asyik bermain air ajerlah jawabnya. Tapi apa yang penting, Irsyad sendiri seronok dengan activity cuti sekolahnya pada kali ini.
Setibanya di Ulu Yam, seperti apa yang diwar2kan oleh my sis, tempatnya memang best! Lagi pun dah lama I tak p tempat2 mandi air terjun nie. So, feeling tu memang terasa best ajerlah. Kalau x silap I kali terakhir I pegi mandi air terjun ialah di Lata Kijang kat Perak. Masa tu I pregnantkan si Irsyad - 4 months. Hmm.. itulah kali terakhir.. lepas tu I x p dah tempat2 macam ni... kalau ada pun, pasti x mandi... mesti sekadar tengok dan ronda2 ajer.
Apa yang seronok pergi berkelah on weekdays ni ialah tak ramai orang. So, kiranya tempat tu kita boleh conquer laa... dan lagi satu x susah sangat nak cari tempat untuk lepak. Sebab semua pondok tak ada orang yang pilih, so apa lagi?? kita boleh pilih mana yang kita nak. Hehehhe... seronok tak?? Hari tu picnic my sis masak nasi daging, perghh... memang sedap! especially lepas mandi manda.. perut secara automatic terasa lapar minta diisi. Overall bagi diri I, Ulu Yam nie tempat yang memang seronok untuk mandi manda. Especially untuk orang yang ada anak2 kecik macam I ni, memang sesuai bangat sebab tak perlu nak mendaki tinggi2 dan berjalan jauh berbatu2 untuk mencari 'pot' yang baik.
____________________________________________________________________
Oklah, that's all the stories about Iryad's school holiday activities. Today (10/01/09) is Irfan's birthday. Mama minta maaf banyak2 sangat pada Irfan sebab apa yang diplan untuk hari ini tidak seperti apa yang dijanjikan. Actually we all plan nak bawa dia pegi shopping beli birthday gift dan dinner kat luar. Tetapi disebab mama ada last minute customer yang nak buat body treatment, makanya kami keluar agak lewat sikit. By the time sampai kat Jusco Seberang Prai, Irfan dah mengantuk. Hanya sempat dinner di Secret Recepies pastu Jusco pun dah nak tutup. Masa dok dengar announcement tentang Jusco nak tutup mulut I membebel2 bagitau kat Burn apsal lak dia tutup awal kul 10pm(padahal memang dah tahu Jusco tutup pukul 10pm kecuali pada hari2 tertentu). Lain kali tutup laa kul 12pm ker... lagi pun today kan ker Saturday?? Hehehe... itu sebenarnya kata2 geram I sebab tak dapat mengotakan apa yang dijanjikan. Padahal kalau ikut plan asal dan I x der last minute request pasti kata2 membebel ni tidak keluar dari mulut I. Sorry my dear.... mama soo.. sorry. Tadi masa Irfan merengek kat Jusco mama sempat janji esok akan bawa dia pegi jenjalan... Insyallah... esok mama ada masa.. itu pun selepas appointment mama dengan customer settle tenghari esok. Oklah, tunggu update tentang Irfan's birthday on the next post. (HAPPY BIRTHDAY IRFAN)
Bubye! Dah mengantuk nak titon...