Saturday, December 23, 2006
OKlah, I stop kat sini dulu. This weekend I akan balik ke Kedah (rumah my MIL) and on Christmas mungkin kami akan balik ke KL.
"Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I cant be there where you are
Theres something missing in my heart"
By - Backstreet Boys
Saturday, December 16, 2006
Today I wake-up as early as 4 o'clock in the morning to send Burn to airport coz he need to go to US. Go to US again?? Yes, he need to go to US again!. Oh! my... rasanya baru ajer kami landing kat Mesia nie, dah dia nak kena p semula. Kali nie I tak ikut... kalau ikut mau habis ongkosnya!.
Last night I really feel sad coz I knew that it'll be the last night for me to be with him. I cried sepuas hati sebelum tidur, bukan x merelakan untuk dia pergi tetapi.. biasalah dah adat, apabila berpisah walaupun hanya sementara tetap terasa kesedihannya. Burn memujuk not to cry tapi I nie, lagi dipujuk lagi sayu hati I. Lagi pun dalam hati I dok pk biarlah I menangis sepuas2nya malam tadi so kalau boleh pagi nie i tak mahu menitiskan setitik pun airmata.
So, awal pagi tadi I anak beranak berserta my mom pergi menghantar Burn ke airport. After check-in kami terus p breakfast kat Nandos. Harga breakfast, subhanallah.. mahal mengutuk.. kalau sedap x per ler jugak, ini... hmm.. pakai sumbat ajerlah. X sempat nak habis breakfast, Burn habaq yang dia nak masuk dah ke departure hall sebab takut x sempat nak solat subuh. Surau yang ada diluar, hat yang lelaki punya berkunci. After Burn bersalaman with my mom, I anak beranak temankannya sampai ke pintu departure. Waduh! inilah masanya nak bersedih2 nie. I dah dok ingatkan diri I "not to cry... not to cry..." consider about 95% terasa kekebalan I untuk menepis kesedihan tu.
Ketika bersalaman dengan Burn I masih boleh bertahan lagi untuk tidak menitiskan airmata... walaupun pada ketika itu terasa seperti ada awan gelap yang menyelubungi kelopak mata I nie. Dan ketika memeluk Burn buat kali yang terakhir sebelum berpisah, I masih OK lagi... hehehe.. (kebal x??) itu pun disebabkan ketika memeluknya, dia berbisik pada I "don't cry" TETAPI.. jeng, jeng, jeng.. haa, apa yang dah berlaku?? Apa yang dah berlaku niee???? My 95% "not to cry" tadi terus drop to 0% when Burn menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Irsyad.
Kenapa yer nak bersedih? I sedih sebab Irsyad x mahu bersalaman dengan Burn dan dia terus menangis pada I kerana dia tahu yang abahnya akan meninggalkannya untuk jangka masa yang lama. Hati mana yang boleh tahan... haaiii... nak x nak bergenang juga airmata yang I dok pertahankan. Irfan juga turut berkongsi kesedihan kerana x nak berpisah dengan abahnya. Irfan siap hulurkan tangan ke arah abahnya agar dia dibawa bersama. Tetapi alhamdulillah... lama kelamaan, reda juga kesedihan anak2 I tu.
Irsyad menangis untuk kali yang kedua ketika I berada di dalam surau untuk solat subuh. Mungkin dia teringatkan abahnya. Dia kata " I want abah mama". I pujuk dia, nanti bila abah dah habis kerja di US, we can see abah again. Adduhhh... Sedih x?? Sapa yang x sedih? Kalau ada yang tak sedih tu, I memang tabik hormat kat dia. Lagipun tatkala I menulis blog nie, bergenang air mata I bila mengimbas kembali saat2 perpisahan kami di airport. Irsyad yang baru bangun dari tidur ketika I belum sempat menyiapkan blog nie pun terus meluru pada I menangis bertanyakan abahnya. Aduhhh... Kalau begini selalu, jawabnya memang panjang laa... 1-1/2 bulan yang akan I tempohi. I hope the sadness dari anak teruna I nie will get over soonest.
To Sayang a.k.a Abah, We miss you and we love you so much! Do take care of yourself. Jangan nakal2 diperantauan ya. Bubye!