Saturday, August 19, 2006
Salams semua,
Today is the 2nd day we stayed at Spring Hill Suites Marriott Hotel coz our leasing apartment agreement is ended yesterday. Nasib baik kami stay kat hotel for 2 days ajer.. kalau tidak mahu "botak" kepala Burn sebab kena belanja kami anak beranak makan kat luar. Kat sini "halal" restaurant is very limited... so far yang kami cari ada dua sahaja, indian cuisine and thai cuisine. Alhamdulillah, kedua2 owner of these restaurant are muslim, dan makanannya pun bolehlah tahan jugak, cuma harganya sahaja yang x boleh tahan... mahal sungguh!
Tomorrow awal2 pagi kami akan fly ke San Jose, kami plan untuk berjalan2 di San Francisco sebelum fly ke Hong Kong at 1 o'clock in the morning. Insyaallah, kami akan sampai ke Malaysia pada malam Isnin. Laa nie nearly 2.00am I n Burn masih lagi belum masuk tido sebab menunggukan baju yang dibasuh untuk kering (dryer). Lepas tu nak kena buat last minute packing untuk baju2 yang dibasuh. Ntah pukul berapa laa kami boleh masuk tido nie.....
Okeylah, Burn pun dah sampai dengan kain baju yang telah kering. Sampai disini dulu.. Bubye.
Monday, August 14, 2006
Irsyad: Hmmm.. smell good lah mama.. what are you doing?
Mama: Hah? Mama tengah buat cake, a birthday cake for you..
Irsyad: Wow, a birthday cake for me? Thank you mama.. thank you. I love you!
Mama: (Masa tu tersentuh perasaan I dengan kata2 yang diucapkan oleh Irsyad)
Mama: Your welcome.. I love you too...
(While waiting the cake to cool, Irfan bangun pulak, I pun bergegas menyusukan dia dan alhamdulillah... dia sambung tido semula) About 1 hour + I tunggu cake tu sejuk before frosting the cake. Sambil2 tu Irsyad jenguk ke dapur melihat progress birthday cakenya. Jenuh jugak nak boh frosting pada cake jika x pandai.. (macam I lerr.. memang tak pandai sungguh!) Tengah syok dok ralit nak bagi licin the frosting, Irfan bangun sekali lagi dari tidurnya... I pun tinggalkan cake yang belum fully complete frosting tu dan terus ke bilik menyusukan Irfan semula.. dengan harapan dia akan sambung tido. Hehehe... harapan I berjaya... x lama selepas menyusukan Irfan, dia tido semula. I pun terus menyambung kerja yang tergendala tadi dan setelah siap menyapukan forsting, I mula untuk meletak strawberry glaze. Irsyad datang sekali lagi to check the progress..
Irsyad: Wow, nice lah mama.. hmmm..yummy... (sambil menggosok tummynya)
Mama: Thank you.. this cake is for your birthday, tomorrow, okey! (kena remind him takut dia nak makan lak cake tu)
Irsyad: OK. What is that? The red colour one?
Mama: It's strawberry glaze, you said you want a strawberry cake right, but mama don't know how to make a strawberry cake. So, mama covered the top with strawberry glaze. Okey? Irsyad: Ok.
Nak dijadikan cerita, separuh jalan I boh glaze tu Irfan bangun untuk kali yang ketiganya. Aduh! I bergegas semula ke bilik untuk menyusukannya. Kali ini I dah agak, Irfan tidak akan sambung tido dan memang sah2 dia tak nak tido semula. I pun bawa dia ke living hall dan pujuk dia untuk tengok tv. Irfan usually kalau bangun tido dia kena berkepit dengan I dulu, kalau tidak memang dia akan mengamuk sakan kalau I tinggalkan dia, sebab tulah I pujuk supaya dia tengok tv. Alhamdulillah.. masa dia leka dok tengok tv, I jengoklah cake I yang kat dapur tu. Bila I nak continue boh glaze, alamak! some part of the glaze dah keras.... so, bila I start sapu nak bagi licin, dia macam melekat2.... aduh.. sakit betul hati I... tapi nak buat macam mana... dah asyik kerja separuh sambung, separuh sambung ajer... inilah akibatnya. Makanya, cake yang sepatutnya diletakkan glaze di atasnya bertukar menjadi semua glaze pada keseluruhan cake. Walau bagaimana pun I cuba sedaya upaya untuk mencantikkan cake tu with the final touch up with decorating icing. It turns the cake to be "Okeylaa.." instead of "X cantik langsung". Selepas siap menghias cake yang x seberapa indahnya itu, I pun terus membersihkan dapur. Sedang I membasuh pinggan, Irsyad datang semula ke dapur...
Irsyad: Eh! mama, mana cake Irsyad??
Mama: Keep silent... sambil terus mencuci pinggan..
Irsyad: Mama... where's my cake??
Mama: It's inside the fridge.... X payah tengoklah... bukannya cantik pun... (rasa sedih sebab cake yang dibuat x cantik)
Irsyad: Terus membuka fridge. Wow, cantiklah mama... nice. Pandai mama buat kan?
Mama: Silent (Dalam hati tersentuh sungguh dengan pujian yang diberikan, rasa macam nak menitis air mata, sebab dalam hati, cake tu memang x cantik!)
Irsyad: Mama... sambil p dekat I. Cake tu cantik kan?? Pandai mama buat kan?
Mama: Cantik ker?
Irsyad: Menganggukkan kepalanya... sambil berkata "Yes"
Mama: (Dengan rasa rendah diri dan terharu dengan pujian anaknya, mengucapkan.. ) Thank you Irsyad...
Petang itu, apabila abah dia balik dari office, Tak sabar2 Irsyad bagitau yang mamanya dah buat a nice cake for him and tak sabar juga untuk menunjukkan birthday cake itu pada abahnya. Setelah melihat cake yang berada dalam fridge tu, Abah dia pun kata "Wow, nicelah.. mama buat". Tetapi selepas tu abahnya bertanya pada mama dengan nada suara yang perlahan sambil tersenyum, "Kenapa cake tu jadi macam tu? Apsal merah sangat? ". I pun ceritalah kisah di atas.
Apa yang I nak ceritakan disini adalah, Sesungguhnya pujian ikhlas dari seorang anak kepada mamanya adalah suatu yang cukup menyentuh perasaan. Tidak kiralah apa yang dipujinya, ia amat bererti dalam sebuah diari hidup seorang mama. Bak kata seorang ustaz(dah lupa namanya) dari ceramahnya, "Kata2 yang keluar dari mulut seorang anak adalah bagaikan suatu doa dari dirinya untuk ibubapanya." Harap2 anak2 kita semua mengucapkan kata2 yang baik untuk diri kita. Insyaallah....
-End of the story -
During Irsyad's birthday, besides the potong cake ceromony dan buka hadiah, kami bawa dia tengok movie cerita "Monster House". Syok jugak nengok citer nie.. tetapi apa yang paling penting sekali adalah Irsyad enjoyed the show. After nengok movie, kami bawa dia p shopping sana, sini sampai penat! Itu sahaja lah kisah cuti minggu ini.. Next day Ahad, abah dia p kerja sebab try to complete his project as soon as possible. So dapatlah kami semua balik on time. Insyaallah, final decision from Burn, kami akan bertolak balik ke Malaysia on 19/08/06.
Till now, Bubye!
Irsyad, Irfan & Mama...
Abah tolong potong kek..
Besday boy kena suap dulu.... Irfan terliur..
Haa.. baru Irfan punya turn pulak kena suap..