Tuesday, June 27, 2006

Hari nie malam Selasa. Kami anak beranak masih lagi jet lag. Tidur malam tak tentu.. siang pulak mengantuk. Yang paling teruk Irfanlah... dia tidur kul 2pagi.. aduhhh.. jenuh nak bagi dia lelapkan mata. At last I pun ikut time dia tido. Irsyad tak per lagi... tapi lebih kurang ajer laa.. dua beradik tu... kalau sorang tak tidur.. sorang lagi memang payah nak tidur. Bukan takat kami 3 beranak ajer yang jet lag, Burn pun jet lag jugak.. kecian dia.. p office mengantuk sakan.
I masih lagi batuk.. tak baik2 lagi. Dah berjenis2 ubat I makan.. tapi tak lega jugak! Nasib demam hari tu dah lega. Laa nie musim panas, tapi waktu malam, pagi dan tengahari di sini sejuk. Panas dia boleh dikategorikan macam ala2 cameron gitu. Kalau dok dalam rumah tak yah pasang air-cond.. memang sejuk rasanya. Cuma disebelah petang baru terasa bahang panasnya. Irfan sekarang nie pun tengah buat perangai... tak tahu apa yang tak kena. tidur pun x nak! kami nie tengah menunggu sembahyang isyak. Kat sini isyak masuk nak dekat pukul 12mlm. Tuu.. dia, bayangkan kami kena tunggu punyalah lama untuk sembahyang isyak. Betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. syok lagi di negeri sendiri... nak apa2 pun senang.
That's all my update for today... tak banyak citer yang nak dikongsi bersama. Bubye!

Saturday, June 24, 2006

Assalamualaikum, Alhamdulillah kami sekeluarga kini telah berada di Boise, Idaho USA. Kami tiba di SFO (San Francisco Airport) pada hari Khamis pukul 4pagi waktu Malaysia. After menunggu 5 hrs di San Francisco Airport kerana flight delayed, barulah kami berlepas ke Boise.
Perjalanan kami ke US sungguh memenatkan. Apatah lagi dengan karenah 2 orang hero yang ada kalanya sukar untuk difahami apa yang mereka inginkan. Lagi pulak yang si kecik tu.. Irfan banyak betul ragamnya. Dari HK hingga ke San Francisco bagaikan bertahun rasanya untuk tiba ke destinasi yang dituju. Dengan keadaan seat yang sempit.. adduhhhh... memang sungguh tidak selesa.
Setibanya kami di Boise, kami terus ke Winco untuk membeli barang makanan. Nasiblah hypermarket di US nie kebanyakan beroperasi 24 hrs. Jika tidak jenuh jugak, sebab kami tidak lalu menjamah makanan di dalam kapal terbang. Selepas subuh barulah kami masuk tidur...
Keesokan harinya I demam. Al-maklumlah.. semasa nak datang ke US pun dah terasa tak sedap badan.. sakit tekak dan sebagainya...kena pulak dengan perjalanan jauh yang sungguh memenatkan... hmmm.. bagai dicita ulam mendatang ler jawabnya. Nasiblah kedua orang hero I tu tak demam... kalau tidak lagi jenuhlah si Burn nak melayan.
Since I kurang sihat, Burn yang menyediakan dinner untuk kami sekeluarga. Nasib baik jugalah dia nak memasak... Iyerlah, kalau bukan dia yang kena masak, siapa lagi yang nak diharapkan sebab I dah tak sihat! Betul tak?? Jika tidak, kelaparanlah kami semua....
Buat masa ini I tak dapat upload lagi gambar yang kami tangkap sewaktu dalam perjalanan ke sini....sebab terlupa nak bawa cable camera (tertinggal dirumah). Insyaallah, kami akan cuba cari cable tu di sini tetapi jika tak der jugak!.. alamatnya, tak derlah gambar yang akan mewarnai weblog I pada kali ini.
Okeylah, Salam Sayang untuk semua family & rakan2 yang berada di Malaysia.
Assalamualaikum!

Tuesday, June 13, 2006

Hari Sabtu - 3/6/06 kami plan untuk p jenguk Along dirumahnya. Malang sekali along tiada dirumah pulak!. So, kami pun bergegas ke rumah Kak Yah. Actually I dah lama tak jumpa dengan sister I yang sorang nie. Maklumlah, jarang sekali p kerumahnya di Kajang Utama. Dia pun sekarang nie makin busy agaknya since dah bukak kedai jahit. Alhamdulillah.. kali ini sempat juga I berjumpa dengan dia, tetapi kami berjumpa tak lama memandangkan anak2 I tidur, dan Burn menunggu mereka didalam kereta. Lepas amik baju yang ditempah oleh Mak Pun and anak2nya, I pun minta diri untuk pulang.

Dari Kajang kami terus ke Ulu Langat untuk menziarah Acik. (family angkat burn). Dah lama juga kami tak menjenguk Acik & Pakcik. Namun, sekali lagi harapan kami hampa... Acik & Pakcik tak der dirumah. I pun pelik, hari ini dah 2 buah rumah kami p tak der orang. Yang peliknya kenapa kami tak call dulu??? Ish! Ish! saja nak buat cerita sebenarnya nie.

Disebelah malam kami ke rumah Mak Itam. Since rumah my mom x der Astro, rumah dia ajerlah menjadi tumpuan kami untuk nengok concert AF4. Tengok2 ramai sungguh yang datang pada malam tu. Along dah Kak Yah juga turut serta, syok juga bila adik beradik berkumpul beramai2. Macam kenduri jadinya.....I pun sibuk gak malam tu sebab buat facial to all my sisters. Nasib berbayar.. hehehehe..

The next day (4/6/06), I ada customer untuk dimake-upkan. Syok juga bila jadi freelance make-up artist nie.. dapat kepuasan apabila nengok wajah mereka cantik berseri dihari bersejarah mereka. "Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Yantie dan pasangannya. Semoga berkekalan hingga ke akhir
hayat". Lepas make-upkan pengantin, I terus bersiap2 untuk balik ke Penang. Semasa balik, kami singgah sekejap di One Utama. Sempat jugak snap satu dua gambar Irsyad bersama Disney Cars. On d way balik ke Penang we found something miraculous. Nak tahu apa dia?? Hmm.. cuba teliti gambar disebelah. OK...




p/s: Thanks to Mak Itam for d hospitality. Susah2 ajer masak sodap2 pada malam tu. Lain kali kami boleh mai lagi... heheheh!


Posted by Picasa

Wajah sebelum dimake-up!

Final touch-up...

Setelah selesai dimake-upkan..

Tengah nak boh earing lagi satu...
 Posted by Picasa

Pengantin sedang disiapkan...

Kejap.. nak boh pin sat...

Tadaa.. dah siap!

Anggun, menawan....
Posted by Picasa

Manja...
Mempersona..

Anggun...

Hmmm.. sedapnya...
 Posted by Picasa

Our plan for today is to go to Aquaria at KLCC. Since dah dapat ticket masuk percuma untuk 2 orang hero tu, kami pun gunakan masa ini untuk membawa mereka ke sana. Lagi pun kalau tak p masa ni, bila lagi nak p sebab lepaih nie memang dah tak balik KL. Awal pagi lagi kami dah bertolak dari rumah sebab perlu ke JPJ Wangsa Maju sebelum ke KLCC.

Since yesterday p JPJ Pdg. Jawa tak leh settlekan pembatalan tuntutan hak milik tu sebab our car is registered under Wilayah, so terpaksalah kami ke Wangsa Maju untuk menyelesaikannya. Alhamdulillah, pada kali ini kami senang dapat parking kereta dan manusia pun tak berapa ramai macam yang sebelum nie. Maka, apa yang ingin kami settlekan pada hari ini tercapai.

Dari Wangsa Maju kami terus p KLCC. Sampai di sana kami terus lunch dulu. Oh! ya terlupa nak habaq, kali ini I bawa my mom ikut serta. Kesian jugak pada dia kengkadang dok sorang di rumah, so I bawalah dia sekali berjalan2 ke KLCC. Since dah lama tak lunch di KLCC rasa macam terkejut beruk jugaklah sebab harga makanan di sana punyalah mahal... Ish, tara harga makan kat fancy restaurant ajer harganya. Nak makan mee or nasi, minimum harganya around rm7.00++ . Itu tak termasuk air lagi tu. Or, mungkin I nie dah lama tak dibiasakan dengan harga yang sebegini sebab tu lah rasa mahal bebenar. After lunch, Burn p sembahyang jumaat di masjid KLCC while I + my mom + my kids tunggu di KLCC. Lepas sembahyang Jumaat barulah kami bertolak ke Aquaria.

If you're from Suria KLCC to Aquaria, bagi diri I jauh rasanya kena menapak. Macam kami... jenuh jugaklah nak sampai ke sana, sampaikan Irsyad dok complaint sakit kaki. I pun risau gak takut my mom tak larat berjalan jauh. So, kalau nak lebih senang... terus park keta di Convention Centre KLCC. Yang kami nie, park keta di Suria KLCC sebab tak tau yang Aquaria tu sebenarnya berada di Convention Centre. Apa2 pun yang penting kami enjoy berada di sana, cuma terlalu ramai bebudak sekolah (iyerlah... musim cuti sekolah nie.. ) sampaikan nak snap gambar pun payah.

Nie I selitkan gambar ketika I sekeluarga berada di sana.


Posted by Picasa




 Posted by Picasa



 Posted by Picasa




 Posted by Picasa

Saturday, June 10, 2006

Selepas balik dari US Embassy, kami anak beranak p makan di Cozy Restaurant Ampang Park. Our plan for today is after go to US embassy we go to Auto show at PWTC. Mula2 nak cancel ajer p sana sebab Burn dah penat dan tak larat nak jaga 2 orang hero tu... but finally, after balik from JPJ-Pdg Jawa, (lepas lunch kami terus p JPJ untuk settlekan pembatalan tuntutan hak milik yang tak settle dulu, tapi masih tak dapat dsettlekan jugak!) we decided untuk p jugak ke Auto show since Irsyad dah merengat2 nak p. Lagi pun dari awal pagi lagi kami dah janji untuk bawa dia ke sana, kalau cancel rasa macam kesian dan bersalah pula sebab tidak tepati janji pada anak sendiri.
So, dalam kepenatan kami terus ke PWTC. Sampai di sana, kami p solat dulu lepas tu baru beli ticket, total untuk family ticket is rm35. Kira2, okeylah tu.. berbaloi jugak sebab dapat free entrance ticket for children to Aquaria KLCC. Masuk saja di Auto show, manusia punyalah ramai ya amat! Ish! ish! ish! tak sangka ramai jugak yang berminat untuk nengok Auto show nie. Mana yang bawa anak yang masih kecik lagi.. dalam 3-4 bulan pun ada. Memang meriah betullah kat sana... tapi rasa penat sungguh sebab exhibition hallnya jauh2. Rasanya kalau bukan sebab masuk kena bayar... mahu I duduk saja di sana.. tak nengok keta pun tak per.
Orang yang paling happy dan teruja siapa lagi kalau bukan si Irsyad. Irsyad dalam bab2 keta nie memang minat sungguh!. Serah ajer apa jenis keta pun, pasti dia dapat menekanya... Jenuh jugaklah nak memuaskan hati anak teruna I yang sorang nie untuk round sampai habis. Yang syoknya, Irsyad siap tahu jenis2 kereta yang ada di sana. Tajam sungguh ingatan dia. Burn pun teruja jugak nengok keta di sana... Haaiii.. teruja tengok keta ker.. teruja tengok benda yang lain?? Hehehe.. jangan mare! gurau ajer Yaangg...
Overall, the show is okey laa... selain dapat nengok keta yang canggih manggih, dapat jugak nengok aweks2 seksi yang memperagakan diri bersama keta2 canggih di sana. Kengkadang rasa macam menyibuk pun ada gak, sebab bila kita nak snap ajer gambaq, time tu lah jugak dia akan pose maut kat keta tu. Mungkin pada lelaki seronok laa dapat tangkap gambar aweks, tapi bagi kita yang perempuan nie... ek eleehhh.. buat menyemak ajer kat dalam photo kita. Nasib baik laa I nie pandai gak amik gambar. Mana yang bagi posing maut tu, tak yah amik... buat menghabiskan memory camera I ajer. hehehehhe....
Okeylah.. Nie I postkan gambar2 yang sempat I ambil ketika berada di sana. Check it out!

Cantik.....

Menarik.....

Tertarik....

Da Bomb......






 Posted by Picasa

Masa baru sampai, terus amik gambar...

Irsyad pun dengan rela hatinya berposing....

Mama pun nak join sama....

Irsyad berposing di hadapan Renault Kangoo
yang dah bertukar menjadi gurly car....













 Posted by Picasa

;;