Friday, March 20, 2009

Hmm.. lama juga diri ini hibernate from blogging dik sibuk dengan tugasan yang ada di butik. Rasanya baru nak lega kepenatan diri ini kerana mengandam di KL, 2 weeks ago. Aduhhh.. memang very the penat! Hahaha... BTW, I nak ucapkan ribuan terima kasih yang x terhingga kepada assistant2 I sepanjang proses mengandam di KL. Antara orang kuat I adalah, misz beauty, azwa, hazwan, mak itam and my hubby burn. Masing2 pecah peluh untuk menyediakan yang terbaik kepada bakal pengantin. Oh! tidak lupa juga untuk my lovely sis Jamilah yang sudi menjaga dua orang hero I sepanjang I berada di sana. Thanks guys, you're the best!

Demi nak menyediakan segala kelengkapan untuk andaman di KL, my wedding anniversary pun di celebrate dengan ala kadar ajer. Actually, the actual plan Burn nak bawa I p somewhere.. jauh sikit dari tempat yang biasa... boleh lepak2.. romantic dining & etc. Tapi itu semua terpaksa dibatalkan atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Lagi pun pada hari anniversary tu I kena pergi ke KL. Apa pun, I got a GL purse & a roses for my wedding anniversary from Burn. Tapi untuk dia apa pun I x bagi. Ish! rasa diri ini teruk betul!! tapi nak buat camne? I memang x der time untuk cari hadiah dan sebagainya.

Apa pun kami masih lagi dapat menghangatkan ulang tahun perkahwinan kami dengan menonton wayang berdua-duaan. Cuba tengok perkataan tu betul2.. "berdua-duaan". Haaa.. tanpa gangguan oleh 2 orang hero kami. Nasiblah ada penyelamat yang memvolunteerkan dirinya menjaga dua orang hero I tu.. siapa lagi kalau bukan my niece misz beauty and azwa.
Lega rasanya... hehehe...

Got a few things happened during I sibuk ulang alik Penang-KL, KL-Penang. The car that I drove almost spinning due to heavy rain masa I on d way balik ke Penang. Subhanallah.. rasa diri ini betul2 dalam ketakutan waktu itu. Dah lah hanya I berdua dengan Irfan pada waktu itu. Nasib baik Irfan pakai seat belt. Dalam hati dok fikir janganlah ada bad things happened to both of us. Kini, diri ini masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku. Kalau hujan ajer jantung I mesti berdebar2... takut weh!

Oklah, hopefully terubat rindu kepada sesiapa yang nak tahu citer I kali ni. Ciawww......


p/s- to my blog viewer, sorrylah.. citer nie terbasi sikit!



Monday, January 12, 2009

Amir Irfan turns 4 years

As promised, here is the update of Irfan's birthday. The photo's taken during dinner at Secret Recipes. Actually masa we had dinner at Secret Recipes, Irfan dah mintak kek Ben 10. Tapi mahal sangat la kek tu, RM88. Lagi pun kalau beli mesti x habis punya. Haai.. agak2 laa Irfan ooii.... nasib abahnya pandai memujuk, so dia switch from kek ben 10 ke kek chocolate moist. Haa.. macam tu laa... x de la membazir...

Makan-makan di Secret Recipies

On Sunday, after meeting with mama customer we're heading to Sunway Carnival. Sampai sana, we had lunch at pizza hut. Setelah perut penuh di isi, kami terus ke cinema... memang mama plan nak bawa the 2 heroes tengok movie. Movie kali nie "Bed Time Story". Memang enjoy betul kami tengok movie nie... tapi Burn laa yang paling x boleh blah. Mengekek-ngekek bagai digeletek hati dan jiwanya menonton citer ni. Memang lawak sungguh, Irsyad pun x kurang hebatnya. Memang Irsyad n abah lawan gelak kat dalam panggung wayang tu. Mama pun gelihati jugak, tapi control sikit laa.. Lepas habis tengok movie, barulah kami p ronda tengok apa yang berkenan di hati birthday boy untuk dibeli. Hmm... you all tahu x apa yang dia nak?? Mak aaiii... semuanya mahal2 belaka! Actually before bertolak memang Irfan dah bagitau dia nak helmet "transfomer". Tahu x berapa harga helmet tu? RM135.00. Mahal tu.. bukannya boleh buat apa pun, nak pakai memang lah boleh... tapi nak kemana jer ngan helmet tu? Haa.. nasib baiklah kat Sunway Carnival tu x der helmet tu... dalam hati I legaaa... sebab bila dia x nampak, dia x kan mintak benda tu... TETAPI manalah tahu dia up sikit nak robot transformer bumble bee berharga RM2++. Aduh... memang idea yang x bagus bawa mereka pilih sendiri toys apa yang dia orang nak. Masa tu Burn dah mula bising kat I bg tau nie lah gara2 mamanya. Nak suruh birthday boy pilih sendiri sangat! Inilah yang dapat. Hehehe... I pun masa tu rasa serba salah pulak, iyerlah.. mana nak tahu anak teruna I nie high taste orangnya. Hehehe... rasanya berjam2 kami kat toy ur us tu. Finally, after pujuk dan memujuk si manja shotet tu, akhirnya dia dah dapat pilihan hati... Bagi diri I toys tu... alahai... rugi duit ajer.. but since toy tu one of his favourite character... hmm.. beli ajer la.. harga RM99, ok laa daripada RM1++ & RM 2++. Iyer x??? Tak terkecuali Irsyad pun dapat gak, janji x der yang berkecil hati.

Nielah dia Alien Force Ben 10 yang menjadi kegemaran Irfan

Pengajaran, next time kalau nak beli gift untuk anak2.. x yah bawa mereka. Beli ajer siap2 pastu terus bagi. Habis citer.. masa pun x terbuang kat tempat toys tu. Mama sampai sakit kaki dok round and round kat tempat tu. Aduhhh....... pengajaran.. pengajaran...

Hmm... itulah citernya.

Wednesday, December 31, 2008

Aduhhh.. lama betul I peram entry nih! Hingga berakhirnya tahun 2008 dan menjelangnya tahun 2009 baru sempat nak update (hmm.. makan tahun tu.. hehehe). Kalau bukan dek bz nak menyiapkan baju pengantin yang ditempah last minit.. rasanya dah lama I update blog ni. Lagi pun gedebak gedebuk dengan Irsyad nak start sekolahnya.... nak shopping barang2 keperluannya... makanya terbasilah cerita I kali ni.

Oklah, this time entry is about School Holiday activity. Ada a few activities yang kami lakukan sepanjang last holiday untuk kami sekeluarga.

____________________________________________________________________

Sunway Lagoon (3rd December 2008)

Awal pagi dah bersiap nak ke Sunway, eventhough dah tahu makanan luar x leh dibawa masuk tetapi kami yang degil ni still lagi sediakan nugget n bebola ayam goreng. Nak hidup kena pandai2 laa.. Dengar citer kat dalam tu makanan dia semuanya mahal2.

Setiba di Sunway, 2 orang hero I tu dah memang x sabar2 nak masuk, especially si Irsyad. After beli tiket, ada pulak seorang budak yang x puas hati sebab dia x dapat jam Sunway. Siapa lagi kalau bukan si Irfan. Dah dia x dikenakan bayaran, makanya dia x dapat la jam Sunway tu. (FYI, kepada sesapa yang x pernah g Sunway Lagoon, jam tu sebenarnya entry tag untuk masuk ke dalam park tu). Hmm.. Jadi, awal2 lagi Irfan dah bad mood sebab semua ada pakai jam dan dia pulak yang x der.

Dah masuk park, terus simpan luggage kat locker. Pastu naik atas balik ( pergh! punyalah tinggi escalatornya) untuk main ride game. Memang seronok main game2 sebegini... very challenging, I yg dah nak masuk veteran nie pun main gak! Bukan apa, menyahut cabaran orang2 yang memperkecilkan keberanian I. Tapi dalam hati subhanallah.. tuhan ajer yang tahu. Kecut berut perut I. Irsyad yang kurus kering pun berani, cuma Irfan ajer yang x enjoy with any ride game. Maybe dia gayat kot!. Each time bila habis ajer main game pastu tanya dia best ke tak? mesti dia jawab, tak best. So, mana2 game yang ada sikit adventurous memang Irfan tak sertai.

Burn yang kesian dengan anak manjanya Irfan, dengan segera memberi arahan agar terus pegi ke water park. On the way to water park, perut rasa dah berkeroncong. Apa lagi, terbayang2 nugget dan bebola ayam goreng yang dibekalkan tadi. Dengan selamba kodoknya kami mengeluarkan bekalan pagi tadi dan makan. I rasa orang yang nampak kami makan mesti tertanya2 kami beli dimana sedangkan x der stall pun yang menjual nugget. Hehehe... itulah.. x pandai... lain kali kena sorok2. Lagi pun, walau kami bawa makanan sendiri, kami x buat sampah sarap or buang merata2. Haaa.. itu yang penting tu. Tengok ajer ice-cream cornetto yang Sunway jual mencecah RM5.00. Aduh!, 2 orang dah RM10. Itu baru makan ice-cream belum makan yang lain lagi!.

Setibanya di water park, saat yang ditunggu2 oleh Irfan dah tiba. Bermain air memang menjadi kegemarannya. Bayangkanlah kalau dalam bilik air kat rumah I nie pun dia boleh buat slide. Kat Sunway ni apa lagi? macam2 dia boleh buat.. and I could see dia memang enjoy, Irsyad pun enjoy juga... boleh dikatakan semua orang pun enjoy lah. Main air, naik water ride, seronoklah! Pukul 3ptg kami dah naik dan tukar baju, takut x sempat nak solat zohor pulak nanti. Akhir sekali, sebelum balik ada last minute request untuk naik ride Grand Canyon River Rapids. Apa lagi... Burn, Azwa n Irsyad naik sekali lagi. Ikutkan I memang nak naik, tapi kesian pulak kat Irfan sebab dia tak suka naik ride tu. Makanya I jadi juruphoto untuk menangkap gambar mereka ajerlah. Balik, badan terasa penat tapi sempat singgah Jusco untuk window shopping. hehehe..

Scenario di Sunway Lagoon - bermacam aksi dan gelagat!
____________________________________________________________________

Ulu Yam picnic (5th December 2008)

Haa... lepas berseronok di Sunway Lagoon, my sis Jamilah plan agar kami semua berpicnic di Ulu Yam. So, we all decided to go there on weekdays, bukannya apa.. takut kalau pegi during weekend for sure ramai orang kat sana. Kiranya kali nie cuti2 untuk Irsyad asyik bermain air ajerlah jawabnya. Tapi apa yang penting, Irsyad sendiri seronok dengan activity cuti sekolahnya pada kali ini.

Setibanya di Ulu Yam, seperti apa yang diwar2kan oleh my sis, tempatnya memang best! Lagi pun dah lama I tak p tempat2 mandi air terjun nie. So, feeling tu memang terasa best ajerlah. Kalau x silap I kali terakhir I pegi mandi air terjun ialah di Lata Kijang kat Perak. Masa tu I pregnantkan si Irsyad - 4 months. Hmm.. itulah kali terakhir.. lepas tu I x p dah tempat2 macam ni... kalau ada pun, pasti x mandi... mesti sekadar tengok dan ronda2 ajer.

Apa yang seronok pergi berkelah on weekdays ni ialah tak ramai orang. So, kiranya tempat tu kita boleh conquer laa... dan lagi satu x susah sangat nak cari tempat untuk lepak. Sebab semua pondok tak ada orang yang pilih, so apa lagi?? kita boleh pilih mana yang kita nak. Hehehhe... seronok tak?? Hari tu picnic my sis masak nasi daging, perghh... memang sedap! especially lepas mandi manda.. perut secara automatic terasa lapar minta diisi. Overall bagi diri I, Ulu Yam nie tempat yang memang seronok untuk mandi manda. Especially untuk orang yang ada anak2 kecik macam I ni, memang sesuai bangat sebab tak perlu nak mendaki tinggi2 dan berjalan jauh berbatu2 untuk mencari 'pot' yang baik.

Scenario di Ulu Yam. Center frame tu gambar aksi orang tengah menunggu taik cicak jatuh! hehehe
____________________________________________________________________

Oklah, that's all the stories about Iryad's school holiday activities. Today (10/01/09) is Irfan's birthday. Mama minta maaf banyak2 sangat pada Irfan sebab apa yang diplan untuk hari ini tidak seperti apa yang dijanjikan. Actually we all plan nak bawa dia pegi shopping beli birthday gift dan dinner kat luar. Tetapi disebab mama ada last minute customer yang nak buat body treatment, makanya kami keluar agak lewat sikit. By the time sampai kat Jusco Seberang Prai, Irfan dah mengantuk. Hanya sempat dinner di Secret Recepies pastu Jusco pun dah nak tutup. Masa dok dengar announcement tentang Jusco nak tutup mulut I membebel2 bagitau kat Burn apsal lak dia tutup awal kul 10pm(padahal memang dah tahu Jusco tutup pukul 10pm kecuali pada hari2 tertentu). Lain kali tutup laa kul 12pm ker... lagi pun today kan ker Saturday?? Hehehe... itu sebenarnya kata2 geram I sebab tak dapat mengotakan apa yang dijanjikan. Padahal kalau ikut plan asal dan I x der last minute request pasti kata2 membebel ni tidak keluar dari mulut I. Sorry my dear.... mama soo.. sorry. Tadi masa Irfan merengek kat Jusco mama sempat janji esok akan bawa dia pegi jenjalan... Insyallah... esok mama ada masa.. itu pun selepas appointment mama dengan customer settle tenghari esok. Oklah, tunggu update tentang Irfan's birthday on the next post. (HAPPY BIRTHDAY IRFAN)

Bubye! Dah mengantuk nak titon...



Thursday, November 20, 2008


Venue: Damiral's Grill
Date: 17/11/08

Menu:-
Irfan - Scottish Bread with Mushroom Soup
Irsyad - Chicken Cordon Bleu
Mama - Cafe De Paris Steak
Abah - As usual, T-Bone Steak

Drinks:-
Blueberry Lassi - Hmm... memang sedap
Strawberry Shake
& Plain Water

Tuesday, November 18, 2008

Dah bertambah setahun umur ku meningkat. Whuaaa.... maknanya secara x langsung diri ini dah tua setahun. Aduss... sadis laa. Cepat betul masa berlalu ek? Last night Burn bawa kami anak beranak dinner kat Damiral's sempena meraikan hari tua ku... ahaks! memang dah tua pun.... cuma berhati muda jer lagi. Rasanya kalau bukan orang2 yang terdekat mengingatkan, pasti akan ku lupa tarikh bersejarah dalam hidupku ini.

Oklah, nak update gambar, rasanya diri ini dah mengantuk, insyaallah.. bila free i updatekan gambarnya yer.... To all my friends and my nieces who sent a birthday wishes thru sms, thank you so much kerana sudi menghabiskan credit anda... hehehe... and last but not least to my 2 heroes and my beloved hubby... thank you so much for birthday cake, dinner & gift.

I love you all....

Monday, October 20, 2008

Hola! hmm...nak dekat habis bulan Syawal barulah I terkial2 nak update my raya entry. This year raya I rasa seronok sungguh. Walaupun dapat beraya di sebelah I hingga raya kedua sahaja, tapi... rasa memang seronoklah!

Pagi raya bersalaman dan bermaafan...

Pepagi raya I n Burn bersiap2 untuk pergi menziarahi kubur arwah abah. Kami pergi awal pagi bukannya apa, takut kalau pergi lepas sembahyang raya terlalu ramai sangat orang sehingga x der tempat nak park keta. Lagi pun waktu2 macam nie rasa tenang ajer suasana di tanah perkuburan tu. Nak baca surah yassin pun rasa tenang.

Lepas settle menziarahi kubur arwah abah, singgah pula ke kubur arwah aliyas. Arwah Aliyas nie adalah anak buah I yang pertama sekali pergi ke rahmatullah akibat accident.

Balik dari tanah perkuburan perut I mula berkeroncong, lapar la tu... sebab belum diisi, manakala Burn pula bergegas ke masjid yang berhampiran untuk sembahyang raya. Apa2 pun, perut I kena isi dulu....hehehe... Raya tahun nie memang I kuat makan betul. Bayangkanlah sepanjang pergi beraya ke rumah orang, x sah kalau x makan ketupat or nasi impit. Hmmm... rasanya ada sebuah rumah ajer kot yang i x rasa ketupatnya.. itu pun sebab dah makan kat rumah yang sebelumnya. Ish3x manalah I ni x gemuk! Kalau pakai baju raya tu, memang dah nampak perut naik membukit dek makan bermacam2 jenis juadah yang dihidangkan. Hehehe... tapi kan ker orang kata, masa raya bukannya time untuk berdiet. Memang betul, tapi sebenarnya eloklah kita makan mengikut ala kadar sahaja... iyer x? Jangan pulak diisi perut kita dengan bermacam2 benda seumpama tong sampah pulak.

First day raya I n family banyak menghabiskan masa dengan beraya di rumah sedara mara di kampung. 2nd day raya I dah balik ke Penang tetapi bertolak agak lewat sikit sebab pergi beraya kat rumah Along, hmm... hari tu Along masak memang sedap walaupun dia berpuasa. Ha, Along... kalau baca tu jangan kembang2 sangat ya.. kang terkoyak lak kerusi kat opis tuh! heheheh... Dari rumah Along, kami terus ke rumah adik Burn di Subang Jaya. Ini consider first time kami p beraya ke rumah adik Burn sebab dia pun baru ajer berpindah beberapa bulan yang lepas. Oleh itu, nak menyampaikan diri ke rumahnya mengambil masa yang agak lama sebab kekurangan informasi arah tunjuk jalan ke TUDM. Lagi pun depa tu kan ka mai dari Kedah, mana nak tau selok belok jalan kat Selangor nie lagi. Hmm.. memang fenin tetapi nasib baik sampai jugak akhirnya kami ke sana. Dalam pukul 5 lebih baru kami bertolak ke Penang.

Balik Penang badan memang penat. Sampai rumah dalam kul 9.00 mlm. X larat nak buat apa dah... esok pepagi basuh kain pastu pack baju untuk ke Kedah lak. Kat Kedah.. agak boring sikit, mungkin ipar duai I semuanya dah balik ke rumah masing2 yang tinggal hanyalah parents n 2 orang adik Burn. So, rasa macam sunyi ajer. Tetapi dalam hati ok jugak sebab x derlah anak2 I buas merayau satu kampung. Sebab depa nie kalau ada geng sepupu sepapat memang x ingat dunia, berjalan merata. Risau I dibuatnya takut masuk dalam bendang ka, x ker pasai. On 4th day raya tu, my MIL request untuk I masak nasi ayam sebelum cik kak p balik UTM. Lagi pun katanya dah lama x rasa nasi ayam dan cabai yang I buat. Ha, dengar tu ada special request daripada my MIL. I pun apa lagi, tunjukkan lah skill yang I ada... hehehe... Alhamdulillah, habis seperiuk nasi yang I masak tengah hari tu. Makan malam memang kena tukar menu lain.

Oklah, till now... dah habis idea dah ni... bye!

Wednesday, September 24, 2008

Assalamualaikum, sedar x sedar hampir sepurnama kita semua sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa. Insyaallah tinggal lagi seminggu ajer lagi untuk kita meraikan hari raya. Bagaimana dengan persiapan raya anda semua? X kiralah bagaimanapun caranya... ingin saya ingatkan biarlah ianya berpada2. Tidak berlebih2 dan tidak kurang.... bersederhana itu adalah lebih baik dari kita berlebih2 sehingga membazir. Betul x?

Alhamdulillah, inilah kali pertama kami menjalani ibadah puasa bersama anak teruna kami yang sulung Irsyad. Maybe first day puasa dia x larat, tengok ajerlah badannya... kurus kering, tetapi alhamdulillah hari2 yang berikutnya Irsyad dapat melaluinya dengan tabah. Namun tinggal puasa tu tetap tak boleh lari dengannya sebab dalam bulan puasa nie kira dah masuk 4 kali dia demam. So, takkan nak paksa dia berpuasa.. iyer x? I nie memang tegas dalam bab2 suruh Irsyad berpuasa.. tetapi tengok keadaanlah jugak.. x boleh nak paksa dia berpuasa jika memudaratkan dirinya.

OKlah, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Jika terdapat salah dan silap yang tertulis di dalam blog I nie secara langsung atau x langsung, harap dapat dimaafkan ya.

Sampai disini dulu... This year kami sekeluarga beraya di Serdang dahulu, insya allah raya kedua baru kami balik beraya di Kedah. Sesiapa yang nak jemput I datang ke rumah pada first day raya tu sila maklumkan lebih awal ya... hehhehee ;D

Sunday, August 17, 2008


Last Tuesday (12/08/08) was Irsyad's birthday. I have a problem to download all the pict's to my computer due to full of memory. I tried to delete some of the files folder, mostly a photo's folder laa.... yet still sembab weh! geram nih! Memang geram tahap gaban punya sebab I tried a few times to upload it. Hmm... nampak gayanya nak suruh big bos upgrade computer baru nih!. Hehehhe... Finally, I found a solutions why not I download ajer kat lap top abahnya, senang citer... while downloading I still can lepak2 n surfing kat dalam bilik yang nyaman... hehehe.. tak ler sorang2 berada kat dalam bilik computer kat bawah tu. So, itulah satu2nya sebab I terlambat update Irsyad punya birthday.

We plan not to do any birthday party for him for this year (you know laa... Burn x suka sangat party2 nih!). Burn x mahu nanti ianya menjadi satu kemestian pada setiap tahun untuk anaknya. Nasihatnya, cukup sekadar celebrate bersama family terdekat itu sudah memadai. Actually, Irsyad do request to have a party for him and he already listed a few names of his friend to invite, and not only his friends but cik lah, atok, kak ija, kak wa... semuanya ada dalam list. Tapi nak buat macam mana?? kuasa veto bukan terletak di tangan I. Walaubagaimana pun, we do celebrate his birthday dalam kelompok 4 orang kami ajer. Bila ditanya Irsyad nak celebrate di mana? Jawabnya, Pizza Hut ajerlah!. Hmmm.... senang citer.... abah dia pun kata OK. So, petang tu I and Burn set a time untuk kami sekeluarga buat date at the nearest Pizza Hut! After office hours Burn terus ke Pizza, while I on that day tutup kedai lebih awal sebab nak kena siapkan 2 orang hero tu before pegi ke Pizza Hut!. I sampai 5 mins early than Burn. Staff kat Pizza Hut tu pun pelik agaknya... nie mama n abah budak2 nie.. tapi mengapa mereka datang asing2? Hmm... siapa nak jawab soalan tu yer?? heheheh.... We do enjoyed our dinner... very peaceful sebab weekdays x ramai orang makan kat sana. Cuba kalau pegi during weekend. Subhanallah! nak cakap semeja pun kena jerit.... sebab terlalu bising dan penuh dengan orang. Lepas dinner, kami terus ke Secret Recipes untuk beli cake.

Mood I masa nak beli cake tu kureng sikit sebab I dah rasa x sedap badan. Rasa macam nak demam ajer. Suruh Burn pilih cepat2 cake mana yang nak dibeli, pastu nak terus balik ajer!. Finally, atas desakan Irfan kami pun belilah Mango Delight cake. Memang I & Burn plan nak beli cake yang x pernah kami rasa. So, inilah hasilnya cake Irfan jugak yang terpilih, kalau ditanya birthday boy memang pening kepala, sebab sekejap nak cake tu sekejap nak cake ni..... x ker haru. Hehehe... nasib cake yang Irfan pilih tu sedap dan Irsyad pun suka. Kalau x sedap, buat rugi RM70 ajer semata2 beli cake tu.

Balik rumah Burn terus bagi hadiah... Irsyad dapat 2 hadiah, tapi Irfan pun dapat jugak... tapi satu jerlah. Kalau x beli untuk Irfan, kang merajuk pulak dia. Abah dia memang adil dalam bab2 bagi hadiah nie. Serupa juga bila birthday Irfan, Irsyad pun akan dapat hadiah... cumanya dia dapat satu ajerlah. Birthday boy selalunya dapat lebih sikit! Alhamdulillah, anak2 x bergaduh dan berkecil hati kerana nak berebut hadiah sebab masing2 ada habuan masing2. Bila ditanya Irsyad seronok x dapat makan Pizza Hut n dapat hadiah? Dia jawab seronok. Even masa lepas makan Pizza tu Irsyad ada bagi tahu kat abahnya, "Terima kasih abah kerana belanja Irsyad makan Pizza." Bila I dengar rasa sayu hati... sayu kerana dia tahu menghargai dan berterima kasih dengan apa yang diberikan kepadanya. Hmmm.... memang anak teruna I ni dah besar panjang......

Lepas bagi hadiah, potong cake... ngap makan sikit2, I telan panadol 2 biji dan terus masuk tido. Next day... memang I demam!.
Posted by Picasa

Thursday, July 10, 2008

~ HOLA ~

Hola, lama yer i x update my blog, rasanya ada la dalam 2 bulan gitu... Bagi sesiapa yang melawat blog i nie mesti rasa bohsan sebab i x update citer2 terbaru. Especially, orang tua Mariam and Misz Beauty.... mesti merungut, "apsal laa Cik Nah ni x update2 blog dier". Hmmm... gerenti punyalah!. Bak kata Misz Beauty nak termuntah asyik dok tengok entry yang sama ajer. Sorry laa.. acik bbbbzzzzzzzzzz.. eh!3x, mengalahkan Cik Salmi pulak i nie. Cik Salmi pun ada masa untuk update fotopagesnya walaupun sibuk dengan buku2 dan anak2. Iyer x cik Salmi? Hehehe... sebenarnya I bukan bz tetapi penat dengan rutin harian sehingga kengkadang nak menghadap depan computer ni memang x larat rasanya.

Actually memang banyak perkara yang happened within this couple of month, tapi tunggu dululah... esok2 baru i citer yer. Citer terbaru mengenai i n my family ialah, i baru ajer balik dari Hospital Pantai Mutiara. Reason? Irsyad admitted due to viral infection. Dia demam and bila makan dia muntah, makan ajer dia muntah sehingga minum air pun dia boleh muntah. Finally bila bawa dia p jumpa Pead Dr. Hasanah, dia ditahan di wad kerana dehydrated. Nak x nak I, Burn and Irfan pun dok berkampung la sekali di Hosp. Pantai tu.

Alhamdulillah, sekarang Irsyad dah Ok. Cuma doktor pesan supaya dia makan banyak sikit, sebab laaa nie badan dia memang sungguh cekeding. Keringg ajer badannya.... serupa lidi. Hopefully dengan adanya advice dr Hasanah tu, dia akan kuat makan. Dan kepada my blog viewer, doa2kan lah juga supaya Irsyad akan kuat makan serupa adiknya Irfan yang tak henti2 asyik nak berulang makan aje.

Till now, dah rasa mengantuk dah nie. Bila free I update lagi eh!

Friday, April 25, 2008

~ GOODBYE ~

I'll be away for 1 month from my 3 heroes. Isk! isk! sedey tau... Kalau diikutkan, tak sampai hati nak tinggalkan mereka bertiga. Tetapi demi ingin menambah ilmu didada, terpaksalah I telan segala kesedihan itu.

Untuk Burn, Jaga diri dan anak2 baik2. Segala pengorbanan dan keperihatinan you terhadap apa juga yang I ceburi dan usahakan selama ini... seseungguhnya amat tidak terbalas oleh I. Thank you so much for being a wonderful husband and abah for me and for the 2 heroes. Doakan semoga apa yang I usahakan ini berjaya dan diberkati oleh Allah di dunia dan di akhirat.

I love you and I'm gonna miss you so much!

Tuesday, April 22, 2008



20 April 2008
Hari Ahad yang lepas adalah hari jadi Burn yang ke34. Tahun ni I x beli satu hadiah pun dia. Tiada kek, tiada card... hanya sms pengganti diri. Teruk betullah I ni!. Mana x nya, duit I dah habis sebab dok shopping beli barang untuk pergi kursus yang akan datang. Kesian kat dia... I rasa macam bersalah ajer... Tapi nasiblah Burn ni jenis x kisah.... pada dia hadiah tu bukanlah sesuatu yang penting... apa yang penting adalah ingatan kita pada tarikh itu yang lebih bermakna.

Birthday Burn pada kali ini kami celebrate di kampung. Kebetulan weekend tu memang kami dah plan untuk balik ke kampung sebab nak menjenguk Tok Burn yang sedang sakit. Di awal pagi ahad itu, Burn dah suruh kami anak beranak bersiap untuk ke Bandar Darul Aman, Jitra for outdoors activity. Lokasinya x jauh mana pun dari kampung Burn. Dalam 15min dah boleh sampai..... I memang teruja betul pagi tu sebab dah lama kami anak beranak x adakan outdoors activity. Irsyad n Irfan bukan main seronok lagi bila dengar kami nak bawa mereka pergi naik bot. I pun seronok jugak sebab rasanya dah lebih 15thn I x naik bot.

Setibanya kami di Bandar DA, our first acitivity is boggey ride. Naik ride keliling area tasek tu... seronok jugak, cuma Irfan ajer yang haru sikit sebab dia pulak yang nak bawa boggey tu. Lepas dah round satu tasek tu... barulah kami naik bot. Masa nak naik bot nie pun satu hal jugak. Irfan pun sibuk jugak nak paddle bot tu.. pada hal mana laa sampai kakinya cecah kat paddle tu. Irsyad jugak yang ok. Ok sebab dia pening kepala... hahaha.. lebih kurang macam mama dia jugak.. pening bila tengok air di tasek tu berombak2 di tiup angin. Rasa lenguh kaki2 I nie masa naik bot tu. Itu pun nasib x pegi round satu tasek... Ikut kan Burn, memang dia nak round satu tasek tu... tapi i bagi tau kat dia I dah surrender.. mana dengan penat nak kayuh dan panas matahari yang nak naik.... I bagi tau kat Burn lepas nie I x mau dah naik bot. Hehehhe... x syok mana pun... tapi kalau berdua mungkin syok kot! Lepas naik bot, kami biarkan Irsyad n Irfan main di playground berdekatan. Hmmm.. seronok betul tengok dia orang tu bermain. Sampai nak tengahari baru mereka stop bermain. Itu pun kena panggil dua beradik tu ajak balik... kalau tidak mahu mereka tido kat playground tu ajer.

On the way balik, singgah kat pekan Jitra. Since that day is Burn's birthday, dia belanja kami makan kat Pizza Hut!. Hehehe... terbalik kot pulak! Burn yang kena belanja kami. Patutnya kamilah yang kena belanja dia. Tapi kalau bukan dia yang belanja, siapa lagi yang nak belanja. I nie kan ker dah pokai. I rasa inilah kali pertama kami celebrate birthday kat Pizza Hut!. Kami order set Italiano Paradiso. Hmm... memang sedap pizzanya.... siapa yang belum lagi mencuba Italiano Paradiso nie... baik pergi cuba... memang sedap!

Oklah... corat coret I sampai disini. Insyaallah, bila I free I update lagi.... bubye! Untuk Burn yang tersayang...

Birthday Myspace Glitter Graphics

Tuesday, April 15, 2008

Assalamualaikum, rindu betul I nak mengomel kat my blog nih!. Iyerlah.. asyik kejap ada... kejap x der... macam biskut chips more tu. Btw, untuk pengetahuan anda semua, I baru ajer balik dari PD untuk kursus yang di atas selama 10 hari yang dianjurkan oleh MARA. Sepanjang 10 hari berada di sana, bermacam2 pengalaman i timba, mahu yang seronok atau pun tidak. Dan tidak kurang juga berbagai karenah manusia I jumpa sepanjang I berada di sana. Namun itu semua I jadikan iktibar untuk memperbaiki segala kekurangan diri I. Bak kata orang, mana yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

You know what, first day I berada di PD, I dah teriak dah.... sedih teringatkan suami dan anak2 yang selama ini tak pernah I tinggalkan. Bak kata orang, makan x lalu... tidur x lenalah.... sampai my roomate kata I nie diet betul!. Masuk hari yang ketiga... barulah dapat menyesuaikan diri.... memang skema betullah I ni. Bila dah dapat sesuaikan diri, terbit pulak cerita ada "ha*tu" kat hotel tu.... Hmmm.... macam2lah! Tapi alhamdulillah.. sepanjang tempoh I berada di sana, tiada perkara2 ghaib yang berlaku pada I atau di depan mata I. I just had a bruises (macam orang selalu dok kata.. gigitan pelesit) pada peha I, tapi yang nie I rasa okey lagi. Sebab I ada dengar peserta yang nampak budak bermain di playground pada tengah2 malam di kawasan rumah kosong yang bersebelahan dengan hotel tempat I menginap tu. Tidak kurang juga, ada my classmate yang tangkap gambar, apabila transfer gambar ke lap top.. tengok2 belakangnya ada satu lagi makhluk. Eeeeee... gerun betullah! Dah lah every night kami balik kelas kul 12.00am. Mau x gabra nak balik ke bilik. Kebetulan bilik kami memang menghadap rumah banglo kosong yang ditinggalkan tu.... Aduhhh... pecah peluh bila nak balik ke bilik. Eee.. takut tau! Menurut pekerja hotel yang ditemu ramah oleh one of my housemate, memang wujud ha*tu kat hotel tu... cumanya dia x mengusik orang.... kalau dia usik pun, dia hanya usik dengan bunyi2an atau kelibat dia yang terbang. Whoaa..... ada takut x??? Hmm... memang takut! Ok.. kita tinggalkan cerita hantu tu..... kita cerita bab lainlah pulak.

Kursus yang I pergi nie... memang seronok! Mengapa I kata seronok... walaupun kelas dari pagi sampai 12am baru habis, ditambah pulak dengan cerita ha*tu... namun semua itu tidak dapat merubah pengalaman yang diberikan kepada kami ketika berada disana. Bermacam2 usahawan dan bakal usahawan dari pelbagai bidang yang I jumpa. The best thing, my facilitator is a writer you know....dengan nama penanya "Ibnu Yusoff". Kalau ada sesiapa yang pernah dengar atau baca dengan novelnya, mesti tahu siapa Ibnu Yusoff nie. Salah satu hasil tulisan beliau adalah "Permata Yang Hilang". Namun di dalam kelas I beliau lebih mesra dengan panggil "Pak Sheth". Kursus ini benar2 mengajar jati diri kita sebagai seorang usahawan di dunia dan di akhirat. Sekaya mana pun kita di dunia ini, kalau akhirat kita lupa.. maka akan rugilah kita... Ingat tu!

Hari yang paling sedih sepanjang 10 hari berada di sana adalah pada hari ke 5, hari perpisahan bersama facilitator kerana mereka akan digantikan dengan facilitator yang baru.. merujuk subjek yang baru. Setiap ungkapan doa yang dipanjatkan oleh Pak Sheth pada malam itu benar2 menyentuh hati dan perasaan. Untuk seketika dewan yang dipenuhi dengan 79 orang peserta terasa begitu hening sekali... dan pada ketika itulah hati teringatkan suami dan anak2 yang ditinggalkan.... terasa betapa kerdilnya diri ini disisi allah.... sesungguhnya kadang kala kita alpa dengan apa yang kita ada tanpa bersyukur bahawa semua yand datang itu adalah dari Allah. Tanpa keizinanNya segala2 yang kita rancang atau impikan tidak akan berjaya. Seketika kemudian keadaan dewan dipenuhi dengan isakan dan tangisan para2 usahawan. Tidak kira lelaki atau perempuan... masing2 mempunyai jiwa dan perasaan.... linangan airmata tanda kesedaran bahawa adakah cukup ilmu dan iman untuk dibawa kehadapan? Demi generasi muda yang akan datang, harus kita berdiri dan martabatkan diri sebagai usahawan yang gemilang. Gemilang bukan sahaja pada nama, tetapi kepada agama, nusa dan bangsa. Di kesempatan ini, I memohon beribu kemaafan andaikata terdapat salah silap serta terkasar bahasa kepada semua rakan sekelas I dan my housemate. Saya doakan semoga anda semua akan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Insyaallah....

Rakan2 sekelas & my housemate ...

1) Kak Ina (my roomate) 20) Rashid (Ustaz, pembaca doa & my best adik too..)
2) Adek Ira (my best adik) 21) Khamis
3) Dilla (my housemate) 22) Khairul Anwar (kembung)
4) Ina ( my housemate) 23) Ahmad Tarmizi
5) Ida (my housemate) 24) Effendy
6) Zira (my housemate) 25) Pakcik M.Jamil (CEO)
7) Kak Latifah 26) Johari
8) Kak Salamah 27) Amran
9) Hjh Nan Teh (Accountant)
10) Shamin (Secretary)
11) Jarina
12) Midah
13) Hjh Esah
14) Eny
15) Atie
16) Emmy
17) Roslina
18) Yatie
19) Cik Piah

p/s- I rindu.. rindu... rindu... u all semua. Untuk peserta SPA & Beauty.. kita jumpa 28hb nanti...


Thursday, February 21, 2008



Hola! It's been long, long time I didn't update my blog.
Sorry guys! But I do really miss all this stuff. Yesterday is our 8th Anniversary. Couldn't imagine how time flies very fast. Now I'm three quarter of century already :(. Alhamdulillah, our marriage everlasting till now and hopefully it'll last forever. Life really makes me to appreciate everything that I have in my life and I do really thankful to Allah (swt). I'm so grateful coz I have a very wonderful husband and 2 sons that cheering my life. Yesterday we went out for dinner to celebrate our anniversary. With the boys, aduh!... rasa gamat restaurant tu dengan karenah mereka. I received a beautiful brooch with a lovely card from Burn and for him, I just bought a Renoma T-shirt with a simple card (sorry sayang, limited budget! heheh!) Oh! ya, I wanted to share with you guys the verse that Burn written in the card. Macam x caya jer hubby i nie ada bakat berpantun...

Amir Irsyad sudah bersekolah..
Irfan pula pandai membilang..
Genap sudah 8 tahun bernikah..
Semakin hari bertambah sayang..



Myspace Anniversary

Till now, hopefully terubat rindu kepada sesiapa yang nak cerita terbaru dari i.

Wednesday, January 02, 2008

Hmmm... pejam celik, pejam celik... dah sampai kita ke tahun baru. Terasa sungguh masa berlalu dengan begitu pantas.... Dalam pada pejam celik, pejam celik nie lah anak teruna i Irsyad akan melangkah ke alam persekolahan. Maka bermulalah episode baru yang mana from now on I sekeluarga cannot simply went for holidays. Kalau nak pergi kena tunggu school breaks lah pulak.

Last Monday Irsyad had his first orientation at his new school S.K Bandar Tasek Mutiara. So pepagi lagi after suboh, I dah kejutkan Irsyad to get ready. Bukannya apa, I memang dah masak dengan perangai dia yang memang liat nak bangun pagi. While Irsyad mandi, mama buat his favourite breakfast menu- roti + scramble egg with cheese.

After breakfast Mama pun rush hantar Irfan ke nursery and straight ahead to school. Sampai ajer di sekolah tengok kereta dah penuh kiri kanan jalan. Finally dapat gak park keta, tapi jauh lerr...

Dalam pada mama blurr and don't know what to expect (iyerlah first time, mana nak tahu apa yang kena buat), tengok ramai dok baca kat board, the list of student yang masuk ke temporary class. Check punya check dapat tahu Irsyad masuk ke kelas Merak. Lepas tu tengok all the parents heading ke dewan. Mama pun follow ajelah depa... hehehe memang tak tahu dewan sekolah tu kat mana, rupanya kat tingkat satu. Sampai ajer tengok dewan dah dipenuhi dengan parents and students.

Tak berapa lama selepas itu, cikgu suruh all the students pergi ke belakang dewan. Masa tu Irsyad memang dah menggelabah, ikutkan I pun nak menggelabah sekali... tapi apa2 pun kita kena cool.... I bagitau kat dia, u just follow your friends Ok. Later mama will find you. After that, dia hilang dari pandangan mata i. Dalam hati I, ish! kemanalah depa nak bawa anak I nie? Rupa2nya cikgu2 mereka bawa mereka ke kelas sementara untuk menjalani ujian. Masa nie jugalah kita boleh lihat ada student yang menangis yang x mahu berpisah dengan parents mereka. Risau gak bila I tengok ada budak yang menangis nie.. takut Irsyad pun join sama menangis. Tapi alhamdulillah... so far so good...

Taklimat dari Guru Besar dan guru2 yang lain berakhir dalam pukul 10am. I terus menuju ke kelas Merak untuk tengok Irsyad. Tapi telek punya telek Irsyad x der kat dalam kelas tu. Haa.. sudah, dalam hati I kemana pulak dia pergi? I pun pergi ke kelas yang lain untuk mencari dia.. dalam hati jenuhlah i nak mencari.... sebab ada 6 kelas kesemuanya. Nasib memang menyebelahi I, kelas pertama yang i tuju i dah nampak dia. Dia masuk ke kelas Murai. Dalam kelas tu I tengok dia duduk seorang saja... tak ada kawan pun dan duduk dibelakang sekali dengan x buat apa. Student yang lain semuanya i tengok sibuk menjawab kertas soalan. Yang x syoknya, mana parents yang datang, siap ajar anak dia orang jawab soalan. Ish! mana aci.. I pun terus tuju kat Irsyad, since I tengok cikgu dia pun x kisah parents tolong ajarkan anak dia orang, I pun ingat nak tolong jugak laa. I tanya dia where's your paper. Dia bagi tahu dah passed up kat cikgu. I tanya betul ka? and I tanya lagi, are you sure you can answer all the questions. Irsyad kata a'aahh.. senang ajer. Dalam hati, tak puas hati sebab x dapat tengok apa yang dia jawab. I p tanya cikgu dia, Irsyad dah passed up ker paper dia. Cikgu dia jawab, A'aaahh dia student yang paling awal passed up the paper. Cikgu dia siap bgtau, dia masuk kelas paling lewat sekali, tapi dia siap paling awal. Hmmm... dalam hati teror gak anak aku nih. Tapi betul ker jawapan yang dia buat tu? Sama2lah kita tunggu keputusan dia masuk kelas mana nanti.

Lepas habis test, kena tunggu giliran untuk amik buku teks pulak. Masa tu badan Irsyad start panas... memang dia demam pun. Maybe shock with the new environment. Hari ni, dia still demam. Hopefully by tomorrow dia dah ok sebab esok dah start sekolah. Doa2kanlah semoga dia cepat sembuh. Aminnn...

Thursday, November 01, 2007


Time flies very fast, it feels like just yesterday her tall is under my shoulder... and now it is only a few cm than me. Her appearance is more matured, prettier than ever and the most important is she always makes me happy while she's around. Thank you for everything Azwa.. From become my loyal follower... masa dia kecik2 dulu (kalau nak p kenduri mana2 mesti bawa dia sebagai peneman) and until now masih... dan masih lagi sudi menemani acik bila mana dia berkesempatan. Alhamdulillah... semalam genap umurnya 20 tahun. Acik panjatkan doa agar Azwa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia ke akhir hayat.

Last nite, we went to Secret Recipes. Saja jer Cik Burnnya nak belanja makan cake sempena harijadinya. Nak beli hadiah masing2 x berkesempatan. As yesterday is her besday... I gave her a Full Treatment Facial as a gift. Alhamdulillah.. seronok katanya. Apa2 pun... acik nak ucapkan "Happy Besday 2 U Azwa". Don't be naughty, jaga diri baik2, jaga tingkah laku and keep up a good work as my loyal follower. Boleh?? Heheheh… gurau ajer!



Birthday Myspace Glitter Graphics

Tuesday, October 30, 2007


I received an e-mail from my beloved hubby for the below messages. It's very touching and I decided to share with my blog viewers. Read on....

"Be grateful with what you have..."












--------------------------------------------
--------------------------------------------------

CONTENTMENT

Have you ever, at any one time, had the feeling that life is bad, real bad, and you wish you were in another situation?

You find life make things difficult for you, work sucks, life sucks, everything seems to go wrong...

Read the following story... it may change your views about life:
After a conversation with one of my friends, he told me despite taking 2 jobs, he brings back barely above 1K per month, he is happy as he is.

I wonder how he can be as happy as he is considering he has to skimp his life with the low pay to support a pair of old parents, in-laws, a wife, 2 daughters and the many bills of a household.

He explained that it was through one incident that he saw in India that happened a few years ago when he was really feeling low and touring India after a major setback.

He said that right in front of his very eyes he saw an Indian mother chop off her child's right hand with a chopper. The helplessness in the mother's eyes, the scream of pain from the innocent 4-year-old child haunted him until today.

You may ask why did the mother do so; had the child been naughty, had the child's hand been infected?? No, it was done for two simple words - - -TO BEG!

The desperate mother deliberately caused the child to be handicapped so that the child could go out to the streets to beg.

Taken aback by the scene, he dropped a piece of bread he was eating half-way. And almost instantly, a flock 5 or 6 children swamped towards this small piece of bread which was covered with sand, robbing bits from one another. The natural reaction of hunger.

Stricken by the happenings, he instructed his guide to drive him to the nearest bakery. He arrived at two bakeries and bought every single loaf of bread he found in the bakeries. The owner was dumbfounded but willingly sold everything. He spent less than $100 to obtain about 400 loaves of bread (this is less than $0..25 per loaf) and spent another $100 to get daily necessities.

Off he went in the truck full of bread into the streets. As he distributed the bread and necessities to the children (mostly handicapped) and a few adults, he received cheers and bows from these unfortunate. For the first time in his life he wondered how people can give up their dignity for a loaf of bread which cost less than $0.25.

He began to tell himself how fortunate he is. How fortunate he is to be able to have a complete body, have a job! , have a family, have the chance to complain what food is nice and what isn't nice, have the chance to be clothed, have the many things that these people in front of him are deprived of...

Now I begin to think and feel it, too! Was my life really that bad? Perhaps... no, I should not feel bad at all... What about you? Maybe the next time you think you are, think about the child who lost one hand to beg on the streets.

'Contentment is not the fulfillment of what you want, it is the realization of how much you already have.'

When the door of happiness closes, another opens, but often times we look so long at the closed door that we don't see the one which has been opened for us.

It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that! we don't know what we've been missing until it arrives.

The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way.

The brightest future will always be based on a forgotten past,you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches.

Please send this message to those people who mean something to you, to those who have touched your life in one way or another, to those who make you smile when you really need it, to those that make you see the brighter side of things when you are really down, to those who you want to let them know that you appreciate their friendship.

And if you don't, don't worry, nothing bad will happen to you, you will just miss out on the opportunity to brighten someone's day with this message.

Friday, September 14, 2007

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 3 kita semua sebagai umat islam menunaikan ibadah puasa. Hari nie harap2 i x berbuka puasa sorang lagi. Burn lately busy with his job n have to stay back late. Actually I x kisah sangat kena buka posa sorang-sorang, tetapi apakan daya kengkadang perasaan sedih tu datang jua. I selalu berfikir kalau I rasa x syok dok buka puasa sorang2, apatah lagi Burn yang terpaksa berbuka puasa di office. Kecian dia kan? Last year, first day puasa I dah kena buka puasa sorang2. Tetapi alhamdulillah.. this year, first day puasa kami dapat berbuka bersama walaupun, dia sampai rumah agak ngam-ngam ajer ngan timing berbuka. Heheheheh...

During fasting month, I slow down a bit for my beauty treatment activities. I just bz to complete the bridal costume. Iyerlah, bulan puasa kan ker bulan yang mulia, kenalah kita jaga tata tertib ibadah puasa kita. Jangan tahu nak kaut untung ajer... betul x? And for the past few days, I also bz with my 2 heroes. Irsyad dan 4 hari demam "on and off". Especially during nite time, badan dia memang panas sungguh! his temperature reached up to 41C. Risau I dibuatnya. Nak tido malam pun x lena. Tapi alhamdulillah sekarang keadaan dia beransur pulih. Now Irfan pulak yang kena demam. Haiii... lepas sorang.. sorang... hmmmm..... sabar ajerlah.

Oklah, sampai disini ajer yang sempat untuk I mengomel. Rasanya belum terlewat lagi untuk I mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang rajin menjenguk blog i nie. Sorry guys, i boleh update yang simple2 macam nia ajer... bz laa... isk! isk!.. Sedey tau, x banyak masa nak update my blog.

Friday, August 17, 2007

Haa.. this is the last entry of my photo in US. Lepaih nie x dak dah... will comes up with gambo2 yang lain ek! This is the 2nd time I p jenjalan di S/Francisco. I memang suka p tempat nie sbb bangunan dia cantik2 n banyak happening places. Restaurant yang halal pun senang nak dapatkan di sini. Cuma jalan dia ajer yang x syok.. naik, turun bukit.. pastu during peak hours memang jam giler... Apa2 pun I sukalah tempat nie... Bilalah I berpeluang lagi untuk pergi ke S/Francisco yer....

San Francisco


Going Back to M'sia

Monday, August 13, 2007

Continued from Part 1. I attached my photos in Boise.


US (Boise)

Wednesday, August 08, 2007

I seriously x dak idea nak update my blog nih! Bukannya apa, I'm still bz dengan kedai yang masih lagi dalam renovation. So, daripada u guys jengok my blog pastu x dak apa2 yang baru, lebih baik I boh gambar2 semasa I on d way to Boise, US last year. I'm sure u guys mesti nak tengok gambar2 tu kan?? hehehee...Oklah. Enjoice the photos.. Wait for the upcoming photo in Boise... Ok

On d way 2 US

;;