Saturday, February 26, 2011
Salam, to all my blog viewer.. (ehem! masih ada ker lagi insan yang ingin baca blog i ni??)
Dah lama x update blog nie... terasa rindu menusuk dikalbu... hehhehe... tetapi apakan daya kengkadang malas menyebelahi diri untuk tidak mengupdatekannya.
Berikut adalah adegan-adegan ketika kami berada di Eastin Hotel Penang meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang 11. Semoga perkahwinan yang dibekalkan dengan kasih sayang ini akan berpanjangan hingga ke hujung nyawa. Amin...
Friday, August 27, 2010
Sesungguhnya, inilah dugaan di bulan Ramadan. Nak sahur pun payah... namun itulah hakikatnya.. selama 2 hari di hospital bangun seawal 4 pagi dan tidur selewat2nya pukul 12mlm sebab pukul 12 mlm adalah waktu yang terakhir untuk Irsyad diberi makan ubat sebelum menunggu hari esoknya.
Ramadan untuk Irsyad kali ini banyak yang tak cukup. Selama seminggu dia berpuasa berturut2, kemudian jatuh sakit, demam n batuk... makan muntah, makan muntah akhirnya badan dia dehydrated. X perlah Irsyad, ini adalah suatu pengajaran untuk diambil iktibar. Next time bila nak posa, sahur tu kena makan banyak sikit. Jika dahulu 'Mama' cukup tegas apabila Irsyad nak ponteng puasa, tapi kali ini.. 'Mama n Abah' beri kelonggaran. Even doktor pun x sarankan untuk dia berpuasa dalam jangkamasa yang terdekat ni.
Friday, August 13, 2010
Tidak lupa juga I ingin mengucapkan Happy Birthday kepada anak teruna I.. yang ke9 tahun. Harapan mama dan abah semoga Irsyad menjadi seorang insan yang berguna di masa hadapan.
Oleh kerana birthday Irsyad jatuh pada bulan puasa, abahnya dah belanja dinner awal-awal lagi dari tarikh yang sepatutnya. Birthday boy pulak mintak makan di Pizza Hut, so permintaannya dilaksanakan...
Monday, April 19, 2010
Ya... memang dah lama i x mencoret story kat blog i ni. Dulu reasonnya sebab computer i masuk hospital.. adalaa... dalam 3-4 months. Tapi bila tengok gaya macam x boleh nak disihatkan lagi terus jer beli beli CPU baru. Haa.. la nie legalah sikit.
Alkisahnya sekarang nie i sibuk ngan main game kat FB. Aduhhh... susah betul kalau dah terjatuh hati dengan permainan game nie.. benda lain x leh nak buat, asyik dok mengadap ajerlah.... kalau x pun asyik dok teringat ajerlah... Aduhai... masalah-masalah... padahal diri sendiri yang mencari masalah. Memang padan dengan muka i....
I juga tengah sibuk nak menguruskan badan. Kalau dulu my weight is about 50-52kg tapi sekarang nie dah naik 55kg. So at least dapat turun dalam 52kg pun kira ok dah tu. Tapi semangat tu kurang laa... sebab bila orang tengok I, depa asyik kata I slim ajer... tu yang maleh den nak menurunkan tu. Burn so far on the track.. maintain you...makin slim suami ku..... hahaha...
Oklah, next time i coret lagi ya... bye!
Thursday, December 24, 2009
Hai, today I really had a bad day. I never felt so humiliated by a person that I tot like a sister to me. Mungkin dah nasib badan.... tapi nak buat macam mana ya tak? Like my hubby said, don't ever expect people to treat u nice even though u treat them nice. There're so many types of peoples out there... with high ranking ego, very humble down to earth, very easy to forgive (like me...) or hard to forgive... and macam2 laa... tapi bila difikir2kan semula apa yang terjadi or berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Actually these lessons I should remember/ locked into my mind since I was in form 5. Still remember my eldest sister 'Along' persuade me not to take serious with whatever my friends did to me. Let it be... Allah tu maha adil... dan maha mengetahui dari segalanya. Hmm... betul tu Along... and today... 24.12.09 the similar scenarios happened again. If last time Along will be the best person who lend me her shoulder to cry on... but today.... my hubby's the best person for me to cry and be tucked under his hug. Thanks sayang... i believed without your magical words.... i'm easily given up with whatever I went to...
Haa... I'm sure u guys wanted to know what exactly happened to me. Actually, if possible I wanted to tell u the whole story from a-z about my bad day. But after I think it back, it would be much better if I just keep it for myself... it's enough for me to share my problem with my hubby and my lovely niece and I need sometimes to get over it. Since I don't have the strength to tell u guys the whole story of it... may be u can help me to judge what kind of person with the below criteria..
1) Couldn't accept any excuses thru sms, u need to call personally and explain what exactly happened (credit phone pun tinggal ciput... itu pun nak kena explain ker?)
2) Couldn't even tolerate with a small matters...
3) Never ever appreciate with whatever you do...
4) Last but not least... dare to kick you out like you're a beggar... (ini yang x boleh tahan nie)
Actually the most important things that really made me sad because i knew her and pernah belajar bersama-sama dengan dia..... macam mana dia boleh tergamak buat macam nie ya??? Hmmm... what everlah.. asalkan dia bahagia.
Thursday, November 26, 2009
Entry kali nie pun buat short entry ajer... x boleh lama2 nak dapatkan ilham. banyak kerja yang menunggu. So, short entry pun.. short entry lah.. janji ado... Here are the activites sepanjang bulan november..
18.11.09
21.11.00
22.11.09
Saturday, July 18, 2009

Friday, July 17, 2009
Alhamdulillah, majlis bertandang berjalan dengan lancar walaupun semasa rombongan pengantin perempuan ke rumah lelaki, ada kereta yang tercicir. Sapa lagi kalau x lain dan x bukan kereta I. Biasalah, karenah anak2... macam2 hal, nak terkencing lah ada2 saja. So, kenalah stop kat stesyen Petronas untuk tujuan tersebut. Nasiblah ada anak buah sebagai penunjuk arah yang naik sekali bersama dengan I. Kalau x, hmm.. for sure I anak beranak akan patah balik dan duduk ajerlah kat rumah mak. Walaupun tercicir, namun kami sempat tiba pada waktunya.. bersama dengan rombongan yang lain.
Tak banyak yang nak diceritakan disini. Tengok ajerlah gambar ya!
(Sultan Mansur Syah dan Puteri Hang Li Po)
(Makan beradap..)
(Ntah apalah yang diceritakan tu.. beriya benor..)
(Mummy & Daddy pengantin perempuan)
(Mesyuarat UMNO Adun manalah nie.. sedondon jer mukannya.. hehehhe)
(Haa... mak buyung pun ada sama..)
(Penyanyi dangdut yang tersohor di Serdang..)
(Empat beradik yang abangnya tengah moncong!)
(Mak itam dan Misya)
(Terkulat2 tiga beradik nie menunggu kek dipotong)
(Aaa.....aa. ammm... yummy!)
(Picts, taken by Irfan.. boleh tahan gak mamat kecik ni.. besar nanti boleh jadi photog)
Friday, July 10, 2009
Hari nie kami anak beranak akan balik ke Serdang untuk kenduri sebelah Fizi pulak. Walau apapun, rasa syukur yang teramat sangat kerana kenduri di sebelah Ija berjalan dengan lancar. Masing2 memberikan kerjasama yang terbaik untuk majlis tersebut. Alhamdulillah.... "Terima Kasih Ya Allah kerana melancarkan majlis kami". Ini semua berkat doa dari semua serta disusuli solat hajat yang dibuat oleh Along agar majlis yang diraikan ini berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah.
Gambar masa Ija kahwin x der pada camera I sebab masa tu I tengah sibuk menyiapkan dia. Oleh itu kamera I hanya ada gambar sekitar kakak-kakak ku semua memakai inai. Tak aci tau... mereka semua pakai inai, I ajer yang x pakai masa tu sebab x der siapa nak menempelnya... makanya semalam dengan hati yang berkobar2, I dah pakai sendiri inai dengan bantuan suami ku yang tersayang... hahahaha.... canggih x?
Oklah banyak lagi kerja yang nak disettlekan sebelum berangkat balik ke Serdang. I coretkan cerita lain kali ya.
p/s -I tukar template baru sebab dah boring dengan yang lama. Agaknya orang yang dok jenguk blog i pun boring sebab each time jenguk mesti tak update. Sorrylah ya, actually template yang sekarang nie I x berkenan sangat, tapi x pelah untuk sementara waktu guna ajerlah yang nie sebab x der masa nak carik yang lain. Apa-apa pun, enjoy the photo!
(Along nak potong kek pun suruh orang nyanyi lagu Cik Mek Molek.. Ada ke??)
(Orang kuat dapur tengah memasak sambal tumis.. Serious jer!)
(Haa.. nielah gelagat orang yang pakai inai sedang tido.. macam Spiderman.)
(Nie lagi sorang... sanggup tido duduk sebab pakai inai)
(Cuba perhatikan.. masing2 jaga tangan sebab masa tu tengah pakai inai)

(Sibuk masukkan telur...)

(Ain.. One of the flower girl. Berbunga2 hatinya dapat pakai veil nie. Ssweett!)

